*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekor lagi...

>From: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
>To: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>,        Abdul Rahman 
><[EMAIL PROTECTED]>
>CC: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED],        Sidi Shariff 
><[EMAIL PROTECTED]>,        Zainol Zainuddin <[EMAIL PROTECTED]>, 
>[EMAIL PROTECTED],        [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], 
>[EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* SUFI vs WAHABI/(En Hasan USM)
>Date: Fri, 21 Apr 2000 02:35:40 -0400 (EDT)
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>salam~
>
>tulisan En Hasan dapat disimpulkan:-
>
>1A. Syariat diambil oleh ASWJ semenjak Muhammad diutuskan sebagai Rasul dan 
>sehingga wafatnya.
>
>1B.Manakala rujukan asas ilmu tareqat Sufi sebelum Muhammad menjadi Nabi - 
>bermula menjadi Nabi dan, sehingga akhir hayat baginda SAW.
>
>2A. Syariat ASWJ tidak menjadikan Uzlah Nabi sebelum mendapat wahyu sebagai 
>rujukan amalan/ibadah/syariat.
>
>2B. Manakala tareqat sufi menjadikan amalan sebelum Kenabian (uzlah)sebagai 
>syariat utk beruzlah.
>
>Ini adalah perbezaan ketara antara ASWJ dan tarteqat sufi.
>
>ANtara amalan tareqat Naqsabandi, usulnya yg ke-9 ialah rabitah murshid yg 
>mana si murid hendaklah membayangkan wajah syekhnya yg sudah mati ketika 
>berzikir. Amalan ini tak pernah ada sandarannya dari Quran & Hadith.
>
>Allahu a'lam
>
>
>From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
>
>Sedangkan ilmu tarekat-sufi ini sudah terbukti bersumber dan berasas sejak
>sebelum Nabi SAW diangkat menjadi Nabi lagi telah menunjukkan ciri-ciri 
>ilmu
>tersebut.
>
>Catatan sejarah menyatakan bahawa Nabi SAW telah bermula beruzlah dengan
>menjauhkan diri dari masyarakat yang lalai/jahil/maksiat dengan pergi ke 
>Gua
>Hira' bermula sejak 17 tahun lagi sebelum menjadi Nabi. Setengah ahli
>sejarah mengatakan 13 tahun setengah. Setengahnya pula 13 tahun.
>
>Apakah yang Nabi SAW lakukan semasa berkhalwat/uzlah itu?
>Berzikr ke? Solat ke? Kalau berzikr dan solat dengan amalan/ajaran agama
>apa?
>Jika ada amalannya, siapakah gurunya? Sedangkan Nabi tidak pernah berguru
>dan menemui sesiapa untuk berguru?
>Kenapakah di dalam gua yang sempit dan sampai nak berdiri pun susah?
>Kenapakah tidak di kawasan terbuka seperti di padang pasir yang luas
>terbentang atau di puncak bukit sahaja atau di bawah pohon yang rendang?
>Apakah amalan Nabi SAW ketika itu?
>Kenapakah amalan Nabi SAW itu tetap menjadi rahasia kepada kebanyakan orang
>sehinggalah selepas beliau diangkat menjadi Nabi perkara itu tidak
>diceritakan secara terbuka?
>Apakah Muhammad SAW itu dilantik menjadi Nabi itu dengan usaha ikhtiar
>beliau atau dengan anugerah Allah Taala tanpa usaha ikhtiar?
>Sekiranya dilantik semata-mata atas anugerah Allah Taala, apakah perlunya
>Nabi SAW  bersusah payah bercekang biji mata, memudaratkan diri dan
>sebagainya pergi ke GUa Hira tersebut. Apakah baginda SAW tidak boleh duduk
>dan beramal di rumah sendiri? Apakah yang harus dibimbangkan, sedangkan
>musuh agama Islam pun belum ada lagi. Dan bagi Allah SWT Maha Berkuasa
>melantik beliau menjadi Nabi walau di mana jua baginda SAW berada.
>
>Begitu juga selepas Nabi SAW dilantik menjadi Nabi. Apakah amalan beliau.
>Amalan yang beliau hayati dan disampaikan kepada sekalian orang mukmin yang
>mengikuti beliau untuk dihayati. Sedangkan solat, puasa, zakat dan Haji
>belum difardhukan.
>
>Kewajipan solat hanya bermula pada hari berikutnya sejak peristiwa Isra'
>Mikraj pada malam 27 Rejab setelah 12 tahun setengah Nabi SAW dilantik
>menjadi Nabi.
>
>Jadi  daripada diri Nabi SAW sendiri menjadi iktibar kepada pengajian
>disiplin ilmu tarekat-sufi. Sebelum menjadi Nabi - bermula menjadi Nabi dan
>sehingga akhir hayat baginda SAW. Nabi SAW adalah rujukan asas ilmu
>tarekat-sufi.
>
>Keseluruhannya, 13 tahun Nabi SAW di Mekah, berdakwah hanya semata-mata
>untuk menanamkan akidah. Pendekatan atau modus operandi Nabi SAW terhadap
>dakwah menyemaikan akidah itulah juga merupakan pendekatan para guru atau
>syeikh tarekat.
>
>Sesiapa yang menolak tarekat-sufi bermakna orang itu masih tidak faham
>berkenaan ilmu tarekat itu sendiri. Hal ini pun pernah berlaku kepada Imam
>Ghazali . Belaiu pada peringkat awalnya pun teragak-agak untuk menerimanya.
>Hingga memakan tempuh masa yang agak lama. Sampai beliau jatuh sakit kerana
>berat memikirkannya - sama ada mahu beramal tarekat atau menolaknya.
>Sedangkan sebelum beliau beramal dengan ilmu tarekat-sufi beliau sudah pun
>dikenali ramai sebagai Hujjatul Islam. Ilmu dan kealimannya sudah diiktiraf
>oleh para ulama sezamannya. Tetapi beliau memahami tujuan hidup yang
>sebenar. Bukannya kealimana dan pengiktiran manusia yang mahu diraih tetapi
>ialah bagaimanakah mahu menjadi seorang abid, hamba yang dikasihi Allah.
>Yang tetap berada dalam perlindungan dan keselamatan Allah serta pada Jalan
>Lurus.
>
>Bersambung ...
>Wassalamualaikum wbt.
>______________________________________________
>FREE Personalized Email at Mail.com
>Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "minyak 7 sirih" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke