Title: GARA-GARA FITNAH, ISTERI CEMBURU LALU SANGGUP BUNUH DIRI! Suatu Kisah untuk Dibuat Iktibar.....

Assalamu'alaikum wbkt... kepada semua warga hizbi tak kira di mana saja anda berada.

Kisah yg akan saya paparkan ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang kenalan saya sewaktu kenduri tahlil di salah sebuah kawasan perumahan yg tak jauh dari rumah saya.

Kenalan saya, iaitu Puan J telah bercerita sewaktu kami makan selepas tahlil, biasalah; dah lama tak jumpa tu, macam-macam cerita yg timbul.  Antara topik-topik yg menarik ialah bila sampai ke bab "FITNAH". Kisahnya bermula begini; di tempat kerja suaminya (suami Puan J).... ada seorang lelaki yg telah berkahwin dan mempunyai anak (2 orang).  Isterinya pun kerja di kilang yg sama, iaitu Puan X.  Pasa suatu hari, seorang kakak (Puan Kaypoh - yg juga bekerja di kilang yg sama) telah bercerita pada si isteri ni (Puan X) bahawa dia (si Kaypoh ni) telah ternampak suami Puan X "bergesel-gesel" di dalam bas dengan seorang wanita.    Masa tu, suami Puan X bekerja di syif yg lain dengan Puan X tu, so balik pun asing-asing lah, tak balik sekali.....  Jadi si Puan Kaypoh ni pun berceritalah macam tu kepada Puan X.

Yang sebenarnya, niat Puan Kaypoh memberitahu kepada Puan X akan cerita ni tidaklah diketahui sangat.  Tapi, bila mendengar cerita-cerita begini, isteri mana yg tak "bara"?  Hakikatnya, suami Puan X ni tidaklah buat seperti yg didakwa oleh Puan Kaypoh.  Biasalah..... manusia ni, bila dia nampak sikit, dia tambah lebih-lebih.   Tambah-tambah yg memang kaki Kaypoh tu, suka sangat "membawa mulut" sampai porak peranda rumahtangga orang!  Ish... rasa nak bagi pelempang aje kat si Kaypoh tu!

Bila si Puan X ni dengar cerita, dia pun "geerrrram" lah dengan husband dia.  Tup-tup ada suatu hari tu depa pi keluar dengan anak-anak depa.  Entah macam mana, si Puan X ni pun "check" dengan husband dia, betul ke dia dengar cerita dari "somebody" yg husband dia tu "bergesel-gesel" dalam bas ngan pompuan lain?  Jadi, si husband ni pun menafikanlah.....  lalu bertanya:  "Bergesel-gesel macam mana?"  Betul jugak husband dia tanya macam tu?  Ya tak?  "Bergesel-gesel" ni kan banyak makna?  Kalau setakat "bergesel" dalam bas, saya pun penah kena "gesel"... tapi tak ada apa-apa pun!  Kena "siku" lagi si jantan tu adalahhhh! 

Dalam kes ni, "bergesel" tu mungkin membawa maksud si suami tu berdiri, si pompuan tu pun berdiri, bila bas penuh, biasalah kalau "tergesel"!  So, husband si Puan X sudah tentu "defend" diri dia habis-habisan, takkan nak biarkan isteri dia buruk sangka pulak kepada dia?  Lelaki.....;  mana nak ngaku salah dia?  "Defend" tetap "defend".....

Semasa dalam kereta, si isteri ni jadi "histeria", dia naik berang sebab si husband ni tak nak ngaku......!  Dia ugut husband dia yg dia nak bunuh diri......  entah macam mana, bertengkar punya bertengkar, bergelut punya bergelut, si isteri ni tiba-tiba bertindak membuka pintu kereta yg sedang berjalan dan terjun ke luar!  Astaghfirullah'aladzimmmm!

Suaminya terpaksalah buat "emergency break".  Dilihat dari cermin sisi sebelah kiri si isteri sedang terguling-guling ke tepi jalan.  Mujur kereta belakang tidak melanggar kereta mereka.  Dengan cemas, si suami ni membawa Puan X ke hospital (Klang)....  dengan harapan Puan X masih hidup.  Sesampai di hospital, pihak hospital Klang tidak mahu menerima kes itu, kerana tiada kemudahan.... Puan X masih hidup, tapi tinggal nyawa-nyawa ikan.  Puan X dimasukkan sekejap saja di ICU tapi setelah diperiksa dengan teliti, pihak hospital Klang tidak mempunyai kemudahan yg berkaitan dengan kecederaan yg dialami.  Puan X mengalami pendarahan otak yg teruk.  Dia terpaksa dipindahkan ke HKL.......  Sewaktu Puan J menceritakan kepada saya kisah ni, dikhabarkan Puan X masih tidak sedarkan diri lagi dan sudah tentu masih di ICU.


Bila saya dengar cerita ni, tak jadi nak menyuap nasi....... terfikir di benak saya; mengapalah manusia ni sanggup buat fitnah dan exaggerate cerita sampai orang yg difitnah tu jadi huru-hara?  Kalau yg difitnah tu orang beriman tak apalah juga, sekurang-kurangnya boleh menduga sejauh mana keimanannya.....  Ni pergi buat cerita bukan-bukan pada orang macam Puan X, silap banyaklah! 

Bagi si pembuat fitnah; PUAS HATIKAH KAMU SETELAH BUAT FITNAH?  Tak terfikirkah kamu akan nasib anak-anak yg baru nak hidup dan memerlukan kasih sayang ibu?  Dahlah tu, puaskah hati kamu melihat orang lain bunuh diri kerana fitnah kamu?  Tak ada kerja lain ke?

Itu dari sudut si pembuat fitnah, yg saya sedih ialah tindakan si Puan X tu sendiri.  Kot ya pun.....  takkanlah kerana "bergesel" aje dah nak bunuh diri?  Entahlah... kita tak tahu apa sebenarnya yg ditengkarkan lagi dalam kereta; mungkin soal-soal lain pun berbangkit yg mana mungkin suaminya tidak mahu menceritakan kepada kita; tapi secara rational; kalau sayalah yg jadi Puan X, tak kuasa aku nak bunuh diri dek kerana "bergesel" punya pasal!  Dia bergesel, esok lusa kita naik bas, kita bergesel pulak ngan jantan lain!  Itu kalau nak balas dendam sangat.... tapi kalau saya... TAK KUASA!  

Kalau saya jadi Puan X dan "pening" sangat dengan kejadian ni, apa yg saya buat ialah:

1.      Siasat siapa perempuan yg digesel dek si lakinya tu  (menurut cerita Puan J, si pompuan ni dah kahwin, ada anak!)

2.      Tak payah gaduh, senyap aje dulu.....tengok betul-betul; kalau ada perubahan pda diri suami; tu lain cerita, kalau      suami tu macam biasa...         maknanya tak ada apa-apa laaaa....(Kita boleh la cakap macam ni, tapi kalau dah si      pemfitnah dok tambah api, tambah minyak, tambah "perasa', tak ke "mendidih" dibuatnya?)

3.      Ingat pada anak-anak; suami tu bukannya hak kita sorang; kalau dia nak kahwin dia tetap kahwin, walau tanpa     kebenaran; tapi kalau suami tak ada niat jahat, mengapa perlu bunuh diri?

4.      Beristighfarlah banyak-banyak!  Takkanlah benda kecik macam ni pun nak bunuh diri?  Ada orang lain tu laki dia  dok berzina ngan pompuan lain sampai "berbenih" pun sabarrrrrr aje!  Takkanlah setakat "bergesel" boleh jadi    benih?  Beristighfar banyak-banyak akan menjauhi kita dari bisikan syaitan, InsyaAllah.

5.      Yang utama kena ingat, mati bunuh diri tu apa hukumnya?  Sanggup ke dikuburkan di luar kawasan perkuburan       Islam? Nau'zubillah!  NERAKA lah jawabnya!

Ish.. ish.. sayang seribu kali sayang!  Hidup segan mati tak mahu....!  Cuba bunuh diri tapi tak mati!  Tak ke haru dibuatnya?  Mungkin Allah Ta'ala masih nak beri peluang padanya untuk bertaubat Nasuha.....  Mungkin Allah beri peringatan kepada Puan X supaya tindakannya itu tak akan menjadi; mungkin kerana Allah masih sayangkannya, lalu beri peluang.  Tapi macam mana nak bertaubat kalau otak tak betul?  Kalau hidup pun jadi biul?  Ya Allah.....  kasihanilah dia, berilah dia peluang untuk hidup seperti biasa dan bertaubat!. 

PUASHLAH HATI SI PEMFITNAH!  Tunggulah balasan yg bakal menunggu kamu atas perbuatan fitnah kamu.  Allah itu Maha Adil, sampai ketikanya nanti......

Moral dari cerita:  Berhati-hatilah bila nak menyampaikan apa-apa cerita pun, especially yg melibatkan rumahtangga.  orang lain.  Jangan sampai memperondak-perandakan rumahtangga orang......buruklah akibatnya....

Sekian, buat renungan & iktibar jika netters ada sebarang komen, dipersilakan dengan hormatnya......


Wassalam

Kirim email ke