*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Begitulah kalau belum PAHAM APA APA dah hentam orang saya ALI nilah jenis 
celik tapi buta hati!!!!!!!kalau umno buat dia kan kata rasuah/zalim, kalau 
orang pas buat dia akan kata halal dan takdir!!!!


>From: "Mohd Ali, Ismail" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], "'Syazana Hamzah'" <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: RE: H-Net* Fwd: Seratus hari pemerintahan Hadi Awang
>Date: Sun, 23 Apr 2000 07:37:09 +0100
>
>       ini laa dia orang buta belagak celik dan orang bodoh berlagak
>pandai.
>Mohd.Ali Bin Ismail.
>MECH.PLANNER
>BP AMOCO CHEMICAL (M) SDN.BHD.
>KUANTAN,PAHANG,MALAYSIA.
>TEL   : 09-584 5323.
>FAX   : 09-583 6327.
>Mailto: [EMAIL PROTECTED]
>
> > ----------
> > From:       Syazana Hamzah[SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> > Sent:       Sunday, April 23, 2000 9:05 AM
> > To:         [EMAIL PROTECTED]
> > Subject:    H-Net* Fwd: Seratus hari pemerintahan Hadi Awang
> >
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> >
> >
> > >From: jabujik jabujik <[EMAIL PROTECTED]>
> > >To: [EMAIL PROTECTED]
> > >Subject: Seratus hari pemerintahan Hadi Awang
> > >Date: Thu, 20 Apr 2000 17:03:22 -0700 (PDT)
> > >
> > >sila email to the rests.............
> > >
> > >Alhamdulillah, sudah lebih 100 hari pilihanraya umum
> > >ke-10 berlalu. Omong-omong Badrul Amin di Masjid KUSZA
> > >bahawa Menteri Besar Terengganu Abdul Hadi Awang dan
> > >Mustapha Ali akan berundur daripada kerusi ahli
> > >Parlimen kerana mahu menumpukan kepemimpinan negeri
> > >dan mendakwa bahawa beliau (Badrul) dan Haron Din akan
> > >bertanding menggantikan mereka sebelum mengangkat
> > >sumpah di Parlimen jelas kosong belaka.
> > >Ada kalangan yang mula mengusik mengatakan elaun yang
> > >diperoleh sebagai ahli Parlimen cukup menarik untuk
> > >ditolak sekalipun mereka mungkin tidak dapat
> > >menghadiri sidang Parlimen sekiranya persidangan DUN
> > >berlangsung pada waktu yang sama.
> > >
> > >Mungkin ini tidak tertakrif pada perkataan zalim
> > >kerana yang mengamalkan perbuatan demikian adalah
> > >orang-orang Pas?
> > >
> > >Isu tol nampaknya sudah basi di Terengganu. Pergi
> > >balik melalui tol sebelum ini hanya dikenakan bayaran
> > >sebanyak RM1 sahaja. Sebelum PAS memerintah, tempat
> > >meletak kereta di tepi laut di Tanjung percuma sahaja.
> > >Kini terpaksa membayar 60 sen untuk sejam. Jika dua
> > >jam dihabiskan untuk ke pasar raya berdekatan,
> > >nampaknya sudah terpaksa membayar lebih daripada kadar
> > >tol yang dilupuskan. Begitu juga, DW mengesan dua lagi
> > >tempat meletak kereta di kawasan bandar yang dinaikkan
> > >kadar bayaran meletak kereta sebanyak 20 sen sejam.
> > >Nampaknya orang Terengganu rugi apabila tol
> > >dimansuhkan.
> > >
> > >Bab ini saya ucapkan syabas pada kerajaan Terengganu
> > >sekarang kerana berjaya memperdayakan rakyat
> > >Terengganu.
> > >
> > >Isu KKN yang kononnya ditentangi oleh Pas dan BA
> > >sebelum ini, diamalkan pula oleh kerajaan baru.
> > >Tanyalah Dr Syed Azman, apakah jawatan yang diperolehi
> > >isterinya dan isteri seorang lagi 'orang besar baru'
> > >di Terengganu.
> > >
> > >Pelik juga apabila penganut-penganut Pas yang bersolat
> > >berasingan daripada orang-orang UMNO di sekitar Besut
> > >mahukan Menteri Besar Terengganu mengeluarkan arahan
> > >rasmi untuk mereka kembali memenuhi masjid-masjid yang
> > >mereka tinggalkan akibat amanat beliau dulu.
> > >
> > >Jika bekas orang-orang Pas yang didakwa telah melompat
> > >ke UMNO yang mencetuskan solat bersaingan, sembelihan
> > >haram dimakan dan pelbagai karut marut sebelum ini
> > >dituduh sebagai punca perkara kafir mengkafir, mengapa
> > >penganut-penganut Pas meminta Menteri Besar Terengganu
> > >pula yang mengeluarkan arahan rasmi? Kini jelas
> > >siapakah yang mengeluarkan 'arahan rasmi' yang
> > >terdahulu.
> > >
> > >Paling malang, ada kalangan mereka yang mahukan
> > >masjid-masjid yang dipulaukan mereka di samak dengan
> > >air tanah terlebih dahulu sebelum mereka bersetuju
> > >bersolat di dalamnya.
> > >
> > >Apakah yang bersolat di dalam masjid tersebut sebelum
> > >ini anjing dan babi? Alangkah bejatnya...
> > >
> > >Semakin ramai belia-belia lepak dan berlumba motor
> > >haram di laluan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
> > >Mereka lepak-lepak dan berbual kosong, separuhnya
> > >kelihatan khayal dan bermata merah dengan keadaan
> > >tidak terurus.
> > >
> > >Ke mana agaknya amar makruf dan nahi mungkar Exco-Exco
> > >Pas agaknya? Di tepian pantai kelihatan
> > >Pasangan-pasangan tanpa segan silu duduk berdua-duaan
> > >dalam posisi yang kedangkala merimaskan mata-mata yang
> > >memandang.
> > >
> > >Apakah orang-orang Pas yang terkenal dengan semangat
> > >sayangkan Islam melebihi orang-orang UMNO sebelum ini
> > >takut menegur dan membasmi gejala yang berlaku kepada
> > >anak-anak muda ini?
> > >
> > >Patung penyu di Bulatan Ladang pun sudah dibuang
> > >dengan alasan Islam melarang kehadiran patung
> > >sedemikian. Malangnya alasan yang sama tidak pula
> > >digunakan terhadap dua patung naga di dalam kawasan
> > >bandar kerana lebih ramai orang Cina di sana, atau
> > >mungkin itu tidak bertentangan dengan Islam pula.
> > >
> > >Beberapa rakan yang bertugas dengan kerajaan negeri
> > >merungut dengan cuti bersalin 3 bulan.
> > >
> > >Hairan juga DW mengapa mereka merungut sedangkan
> > >itulah antara sebab mereka mengundi Pas. Mereka
> > >mendakwa cuti di bulan ketiga itu dibenarkan dengan
> > >syarat tanpa gaji. DW bertambah hairan kerana salah
> > >seorang rakan DW (orang Pas) mendakwa cuti diberikan
> > >supaya jimat belanja susu dan mencari penjaga,
> > >bagaimana nak jimat jika sebulan gaji dah ditiadakan?
> > >
> > >Nampaknya sistem Kerajaan Pusat walaupun tidak
> > >mewar-warkan bulan ketiga sebagai cuti, ibu-ibu boleh
> > >menghabiskan cuti yang ada tanpa dipotong gaji dan
> > >boleh juga mohon cuti sakit tanpa potongan gaji juga.
> > >
> > >Apakah benar dakwaan kakitangan kerajaan negeri itu
> > >yang kini mula mempersoalkan tindakan-tindakan
> > >kerajaan negeri (tak termasuk soal senarai pemohon
> > >rumah, isu hudud, isu senarai nama penerima zakat, isu
> > >Kemas dan lain-lain lagi).
> > >
> > >Kita masih menunggu berlori-lori pendakwaan ke atas
> > >berlori-lori penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh
> > >pemimpin UMNO oleh Menteri Besar Terengganu. Alasan
> > >beliau kena siasat jika ada penyelewengan berlaku,
> > >belum siasat lagi bagaimana agaknya Menteri Besar
> > >Terengganu membuat kenyataan adanya berlori-lori
> > >penyelewengan sebelum ini pula?
> > >
> > >Paling hebat adalah ceramah-ceramah dan unsur-unsur
> > >fitnah disebar di dalam khutbah Jumaat. Nampak benar
> > >nasihat Nabi s.a.w supaya hanya bercakap yang
> > >baik-baik saja atau berdiam diri tidak dipedulikan
> > >langsung. Tidak penting agaknya sunah Nabi s.a.w yang
> > >tidak menguntungkan mereka untuk diamalkan di dalam
> > >kehidupan, atau ada sebab lain agaknya, mungkin
> > >juak-juak Pas ada jawapannya.
> > >
> > >DW masih memerhatikan perubahan-perubahan positif yang
> > >dilakukan dan akan menyokong mana yang baik untuk
> > >semua. Cuma sedikit pelik kerana jika sebelum ini
> > >kerajaan yang diterajui BN diuja, ditohmah dan
> > >diserang oleh Pas, Menteri Besar Terengganu meminta
> > >kerajaannya tidak diserang dan diusik oleh pembangkang
> > >dan beri peluang agar rakyat menilai sendiri kerajaan
> > >beliau, sesuatu yang tidak beliau amalkan kepada
> > >kerajaan BN sebelum ini. Mungkin itulah keadilan pada
> > >beliau?
> > >
> > >
> > >__________________________________________________
> > >Do You Yahoo!?
> > >Send online invitations with Yahoo! Invites.
> > >http://invites.yahoo.com
> >
> > ________________________________________________________________________
> > Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
> >
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: "Syazana Hamzah" <[EMAIL PROTECTED]>
> >

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Syazana Hamzah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke