*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.

Ye..le…..Ain , sebagai yang kita telah sedia maklum “Sesungguhnya fitnah 
lebih berbahaya daripada membunuh” Dari apa  yang telah kamu ceritakan, 
mencelah dapati terdapat perkara-perkara yang agak terlidung daripada 
kejadian tersebut. Memang tak dapat dinafikan cemburu adalah sifat yang tak 
dapat lari dalam naluri seseorang wanita dan adakala ianya lebih-lebih lagi 
pada lelaki. Daripada cerita kamu , mencelah dapat bayangkan pompuan ini 
seorang yang “Cemburu buta”. Bagaimana mencelah rasa , walau seseorang 
pompuan itu cemburu buta dia tidak akan mengambil tindakan yang terlalu 
drastik…..dengan erti kata “Membabi buta”. Pompuan ini mencelah rasa, telah 
lama memendam rasa. Telah menjadi kebiasaan bagi sesetengah wanita , mereka 
ni lebih suka memendam perasaan daripada meluahkan terus apa-apa perkara 
yang terbuku di hati, tapi masalahnya begini le…apa sudah membuak-buak, nak 
halang pun sudah terlewat. Ini bermakna, kejadian ini berlaku daripada 
susulan banyak perkara yang telah lalu, dengan ertikata berlarutan. Kalau 
nak kata sisuami tersebut ada melakukan perkara yang kurang elok spt; 
bergesel-gesel…..mungkin itu tak logik bagi pompuan tersebut bertindak 
memaksa suaminya supaya mengakui akan perkara yang berlaku. Memang dia perlu 
bertenang , lambat laung dia akan tahu juga kalau benar suaminya 
jahat……bangkai gajah takkan dapat ditutup. Andaikata suaminya benar-benar 
tak bersalah…takkan dia nak mengaku. Ada kemungkinan pompuan ni mengalami 
tekanan perasaan ataupun sakit jiwa.


P/S: Saya suka perenggan ini(3. Ingat pada anak-anak; suami tu bukannya hak 
kita sorang)hai....untungnya suami kamu Ain!



>From: "Nor'ain Eusoff" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* GARA-GARA FITNAH, ISTERI CEMBURU LALU SANGGUP BUNUH DIRI!  
>Suatu Kisah untuk Dibuat Iktibar.....
>Date: Mon, 24 Apr 2000 16:41:14 +0800
>
>
>Assalamu'alaikum wbkt... kepada semua warga hizbi tak kira di mana saja 
>anda
>berada.
>
>Kisah yg akan saya paparkan ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh
>seorang kenalan saya sewaktu kenduri tahlil di salah sebuah kawasan
>perumahan yg tak jauh dari rumah saya.
>
>Kenalan saya, iaitu Puan J telah bercerita sewaktu kami makan selepas
>tahlil, biasalah; dah lama tak jumpa tu, macam-macam cerita yg timbul.
>Antara topik-topik yg menarik ialah bila sampai ke bab "FITNAH". Kisahnya
>bermula begini; di tempat kerja suaminya (suami Puan J).... ada seorang
>lelaki yg telah berkahwin dan mempunyai anak (2 orang).  Isterinya pun 
>kerja
>di kilang yg sama, iaitu Puan X.  Pasa suatu hari, seorang kakak (Puan
>Kaypoh - yg juga bekerja di kilang yg sama) telah bercerita pada si isteri
>ni (Puan X) bahawa dia (si Kaypoh ni) telah ternampak suami Puan X
>"bergesel-gesel" di dalam bas dengan seorang wanita.    Masa tu, suami Puan
>X bekerja di syif yg lain dengan Puan X tu, so balik pun asing-asing lah,
>tak balik sekali.....  Jadi si Puan Kaypoh ni pun berceritalah macam tu
>kepada Puan X.
>
>Yang sebenarnya, niat Puan Kaypoh memberitahu kepada Puan X akan cerita ni
>tidaklah diketahui sangat.  Tapi, bila mendengar cerita-cerita begini,
>isteri mana yg tak "bara"?  Hakikatnya, suami Puan X ni tidaklah buat
>seperti yg didakwa oleh Puan Kaypoh.  Biasalah..... manusia ni, bila dia
>nampak sikit, dia tambah lebih-lebih.   Tambah-tambah yg memang kaki Kaypoh
>tu, suka sangat "membawa mulut" sampai porak peranda rumahtangga orang!
>Ish... rasa nak bagi pelempang aje kat si Kaypoh tu!
>
>Bila si Puan X ni dengar cerita, dia pun "geerrrram" lah dengan husband 
>dia.
>Tup-tup ada suatu hari tu depa pi keluar dengan anak-anak depa.  Entah 
>macam
>mana, si Puan X ni pun "check" dengan husband dia, betul ke dia dengar
>cerita dari "somebody" yg husband dia tu "bergesel-gesel" dalam bas ngan
>pompuan lain?  Jadi, si husband ni pun menafikanlah.....  lalu bertanya:
>"Bergesel-gesel macam mana?"  Betul jugak husband dia tanya macam tu?  Ya
>tak?  "Bergesel-gesel" ni kan banyak makna?  Kalau setakat "bergesel" dalam
>bas, saya pun penah kena "gesel"... tapi tak ada apa-apa pun!  Kena "siku"
>lagi si jantan tu adalahhhh!
>
>Dalam kes ni, "bergesel" tu mungkin membawa maksud si suami tu berdiri, si
>pompuan tu pun berdiri, bila bas penuh, biasalah kalau "tergesel"!  So,
>husband si Puan X sudah tentu "defend" diri dia habis-habisan, takkan nak
>biarkan isteri dia buruk sangka pulak kepada dia?  Lelaki.....;  mana nak
>ngaku salah dia?  "Defend" tetap "defend".....
>
>Semasa dalam kereta, si isteri ni jadi "histeria", dia naik berang sebab si
>husband ni tak nak ngaku......!  Dia ugut husband dia yg dia nak bunuh
>diri......  entah macam mana, bertengkar punya bertengkar, bergelut punya
>bergelut, si isteri ni tiba-tiba bertindak membuka pintu kereta yg sedang
>berjalan dan terjun ke luar!  Astaghfirullah'aladzimmmm!
>
>Suaminya terpaksalah buat "emergency break".  Dilihat dari cermin sisi
>sebelah kiri si isteri sedang terguling-guling ke tepi jalan.  Mujur kereta
>belakang tidak melanggar kereta mereka.  Dengan cemas, si suami ni membawa
>Puan X ke hospital (Klang)....  dengan harapan Puan X masih hidup.  
>Sesampai
>di hospital, pihak hospital Klang tidak mahu menerima kes itu, kerana tiada
>kemudahan.... Puan X masih hidup, tapi tinggal nyawa-nyawa ikan.  Puan X
>dimasukkan sekejap saja di ICU tapi setelah diperiksa dengan teliti, pihak
>hospital Klang tidak mempunyai kemudahan yg berkaitan dengan kecederaan yg
>dialami.  Puan X mengalami pendarahan otak yg teruk.  Dia terpaksa
>dipindahkan ke HKL.......  Sewaktu Puan J menceritakan kepada saya kisah 
>ni,
>dikhabarkan Puan X masih tidak sedarkan diri lagi dan sudah tentu masih di
>ICU.
>
>
>Bila saya dengar cerita ni, tak jadi nak menyuap nasi....... terfikir di
>benak saya; mengapalah manusia ni sanggup buat fitnah dan exaggerate cerita
>sampai orang yg difitnah tu jadi huru-hara?  Kalau yg difitnah tu orang
>beriman tak apalah juga, sekurang-kurangnya boleh menduga sejauh mana
>keimanannya.....  Ni pergi buat cerita bukan-bukan pada orang macam Puan X,
>silap banyaklah!
>
>Bagi si pembuat fitnah; PUAS HATIKAH KAMU SETELAH BUAT FITNAH?  Tak
>terfikirkah kamu akan nasib anak-anak yg baru nak hidup dan memerlukan 
>kasih
>sayang ibu?  Dahlah tu, puaskah hati kamu melihat orang lain bunuh diri
>kerana fitnah kamu?  Tak ada kerja lain ke?
>
>Itu dari sudut si pembuat fitnah, yg saya sedih ialah tindakan si Puan X tu
>sendiri.  Kot ya pun.....  takkanlah kerana "bergesel" aje dah nak bunuh
>diri?  Entahlah... kita tak tahu apa sebenarnya yg ditengkarkan lagi dalam
>kereta; mungkin soal-soal lain pun berbangkit yg mana mungkin suaminya 
>tidak
>mahu menceritakan kepada kita; tapi secara rational; kalau sayalah yg jadi
>Puan X, tak kuasa aku nak bunuh diri dek kerana "bergesel" punya pasal!  
>Dia
>bergesel, esok lusa kita naik bas, kita bergesel pulak ngan jantan lain!
>Itu kalau nak balas dendam sangat.... tapi kalau saya... TAK KUASA!
>
>Kalau saya jadi Puan X dan "pening" sangat dengan kejadian ni, apa yg saya
>buat ialah:
>
>1.     Siasat siapa perempuan yg digesel dek si lakinya tu  (menurut cerita
>Puan J, si pompuan ni dah kahwin, ada anak!)
>2.     Tak payah gaduh, senyap aje dulu.....tengok betul-betul; kalau ada
>perubahan pda diri suami; tu lain cerita, kalau        suami tu macam
>biasa...       maknanya tak ada apa-apa laaaa....(Kita boleh la cakap macam
>ni, tapi kalau dah si  pemfitnah dok tambah api, tambah minyak, tambah
>"perasa', tak ke "mendidih" dibuatnya?)
>3.     Ingat pada anak-anak; suami tu bukannya hak kita sorang; kalau dia
>nak kahwin dia tetap kahwin, walau tanpa       kebenaran; tapi kalau suami
>tak ada niat jahat, mengapa perlu bunuh diri?
>4.     Beristighfarlah banyak-banyak!  Takkanlah benda kecik macam ni pun
>nak bunuh diri?  Ada orang lain tu laki dia    dok berzina ngan pompuan
>lain sampai "berbenih" pun sabarrrrrr aje!  Takkanlah setakat "bergesel"
>boleh jadi     benih?  Beristighfar banyak-banyak akan menjauhi kita dari
>bisikan syaitan, InsyaAllah.
>5.     Yang utama kena ingat, mati bunuh diri tu apa hukumnya?  Sanggup ke
>dikuburkan di luar kawasan perkuburan  Islam? Nau'zubillah!  NERAKA lah
>jawabnya!
>
>Ish.. ish.. sayang seribu kali sayang!  Hidup segan mati tak mahu....!  
>Cuba
>bunuh diri tapi tak mati!  Tak ke haru dibuatnya?  Mungkin Allah Ta'ala
>masih nak beri peluang padanya untuk bertaubat Nasuha.....  Mungkin Allah
>beri peringatan kepada Puan X supaya tindakannya itu tak akan menjadi;
>mungkin kerana Allah masih sayangkannya, lalu beri peluang.  Tapi macam 
>mana
>nak bertaubat kalau otak tak betul?  Kalau hidup pun jadi biul?  Ya
>Allah.....  kasihanilah dia, berilah dia peluang untuk hidup seperti biasa
>dan bertaubat!.
>
>PUASHLAH HATI SI PEMFITNAH!  Tunggulah balasan yg bakal menunggu kamu atas
>perbuatan fitnah kamu.  Allah itu Maha Adil, sampai ketikanya nanti......
>
>Moral dari cerita:  Berhati-hatilah bila nak menyampaikan apa-apa cerita
>pun, especially yg melibatkan rumahtangga.  orang lain.  Jangan sampai
>memperondak-perandakan rumahtangga orang......buruklah akibatnya....
>
>Sekian, buat renungan & iktibar jika netters ada sebarang komen,
>dipersilakan dengan hormatnya......
>
>
>Wassalam

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke