Title: RE: H-Net* mencuba - Cuba, Jangan tak cuba!

Wa'alaikumsalam adik!

Selamat Datang ke Hizbi Net ni...  kamu budak baru belajar?  Dah akil baligh ke belum?  Kalau belum, banyakkk kena belajar tu!

Tapi tak apalah, kat Hizbi Net kita ada macam-macam jenis orang.  Kena "tahan" sikit la....  Kat dalam mailing list ni kita ada abang-abang Wahabi & Sufi (sedang hangat perbincangan mereka buat masa ni), kita juga dihidangkan dengan penyampian ilmu yg berguna dari Ustaz Jamil Lam, kita ada Pengalisa Politik semasa seperti Encik Ahmad Baharudin Kasbi (Pakdin), tak ketinggalan juga komentar-komentar isu semasa dari Pak Engku, kita ada "pengkritik" pembangkang yg dah sah-sah pro-pemerintah yg tak bertauliah seperti "Incik" Syazana Hamzah & Co. ("& Co" tu kena cari sendiri dia punya "geng-geng" - antaranya "Anti Harakah" dll), kita ada abang-abang yg menulis tentang bermacam-macam topik semasa, kita ada kiriman keratan akhbar dari internet yg disumbangkan oleh "Abang" Counterbalance/krqxz (nama baru dia ni susah nak sebut, tapi ingat XPDC pun OK gak...!), kita ada Abang Mencelah sikit yg memang asyik mencelah ajee dan suka menyakat...  kejap lagi, mesti dia respond punya!  Kita ada Puan Sri Mawar yg asyik me"laser" orang aje kerjanya; kita ada Puan Sri Pabiyen.... tapi entahlah, kurang sihat kot dah lama tak muncul.....  mungkin dalam sehari dua nanti dia muncul leee...

Oh yaa... tak lupa, kat sini nama macam-macam artikel tau dik Sazli!  Ada nama macam bunyi "lanun" ada nama ber"tut"tut", entahlah.... pening gak nak nyebut namanya.  Pendek kata, macam-macam ada kat dalam Hizbi ni,  cuma nak terima dengan tak nak terima aje.  Yang mana dirasakan berguna, baca.....  kalau rasa tak faham, KIV dulu, lepas tu tanya sesiapa yg arif.  Kesian gak, dengar kamu kata budak baru belajar, akak terharu!  Akak pun "mak budak baru belajar"....  sama-sama lah kita belajar, OK?  Pandai-pandailah sesuaikan diri dalam Hizbi net ni, kalau tak tahan, susahlah sikit.  Maklumlah, kita ni masuk dalam rumah orang kenalah pandai-pandai bawak diri...... 

Welcome...  akak bukan tuan rumah, tapi bagi pihak lahh.. gitu!  Akak pun "menumpang" gak ni!

Wassalam

-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 26 April, 2000 11:40 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* mencuba



Assalamualaikum..

Maaf mengganggu ruangan diskusi nie buat seketika..
saya baru lagie kat sini jika ada silap dan salah tolong tunjukkan jalan yang betul..

budak baru belajar..


wassalam
__________________________________________________________________
Make A Buck Or Two @ TheMail.com - Free Internet Email
Sign-up today at http://www.themail.com/ref.htm?ref=534459


Reply via email to