*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

1."Kita kembali dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang besar (jihad 
nafsu)..." Hadis.?

a) Org2 yg bertaqwa sangat berhati-hati dlm menyatakan sesuatu. Ulama (yg takut akan 
Allah) sangat berhati-hati dlm mengemukakan hadith kecuali yg shohih & hasan shj, krn 
ada ancaman dr arRasul.

b) org2 yg cermat akan mengemukakan sesuatu yg telah ditakhrij & ditahqiq oleh ulama 
ahli hadith. Kembalinya kpd Tauhid jua, tauhid yg murni akan membuahkan amal yg benar.

c) PAkar/ahli hadith alIraqi mengatakan dhaif sanadnya (lihat Risalah Jihad albanna). 
Syaikhul Islam mengatakan ianya tiada sumbernya (lihat alFurqan..).

d) Nabi ditanya; Amalan apa yg menyamai Jihad?kalian tidak akan mampu. Mrk mengulangi 
2/3 kali, setiap kalimat beliau menjawab: Kalian tidak akan mampu. Kemudian beliau 
bersabda; 'Perumpamaan mujahid fi sabilillah spt org yg berpuasa, bangun malam, yg 
taat dgn ayat2 Allah, ia tidak berhenti dr solat & puasa hingga mujahid itu 
kembali.'(syaikhani)

e) Nabi ditanya: 'Amal apakah yg paling afdhal? Iman kpd Allah & RosulNya . Kemudian 
apa? Jihad/perang di jalan Allah' (syaikhani)

f) IAnya dijadikan hujah oleh golongan tasauf/sufi utk meninggalkan jihad/qital/perang 
fisabilillah. Justru ingin berpaling dr jihad, meremehkan perentah jihad, 
meninggalkannya, maka hujah itu digunakan. Allah mengatakan bahwa mrk yg sedemikian 
itu sbg org yg tidak Faqeh, tidak mengetahui(la yafQahun..attaubah 87). Deen ini tidak 
dipelajari dr org yg tidak faqeh.

Allahua'lam



------Original Message------
From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
To: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: April 25, 2000 8:54:27 AM GMT
Subject: Re: H-Net* Kefaqiran dan Sufi


salam

Istilah yang disebut dalam Al Quran bagi orang yang ringan timbangannya ialah orang 
yang rugi atau muflis (Khasirin). Antaranya ialah pada - Al Ashar: 1&2,  Al Mujadilah 
: 19, al Munafikun : 9.

Tauhid yang murni ialah yang menepati seperti mana yang diterangkan oleh Allah melalui 
Kalamullah. Allah SWT tidak bertempat, tidak dahulu sahaja, tidak sekarang sahaja dan 
tidak akan datang. Tidak ada sempadan waktu atau zaman bagiNya, malahan Dia meliputi 
akan segala sesuatu, Dia berada dimana jua anda berada. Kemana jua anda menghadap 
Allah sentiasa berhadap.

Orang yang ada Tauhid sentiasa dalam keadaan tidak lalai dalam keadaan mengingatiNya 
dan berhadap kepadaNya. Bukan tunggu atau nanti seolah-olah Allah hanya ada pada waktu 
tertentu atau zaman tertentu !

Ilmu tidak mampan hanya semata-mata teori sahaja tanpa penyaksian atau pengamalan. 
Ilmu yang benar yang disertai dengan amalan yang konsisten, insya Allah akan 
membuahkan hasilnya. Hasil bagi Ilmu yang benar akan menyampaikan matlamat untuk 
menjadi orang-orang yang benar (siddikin). Iaitu orang-orang yang benar-benar 
menyaksikan tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad ialah Rasul Allah. Yang 
pentingnya,
Tauhid mestilah dengan bukti penyaksian!

Demikian juga orang-orang yang berperang dengan bersenjata pada Jalan Allah 
semata-mata untuk mengikhlaskan dinnya serta Allah lantaran hanya mengharapkan 
WajahNya adalah ahli Tauhid. Namun begitu setiap waktu dan saat, jihad adalah suatu 
kemestian. Orang-orang yang bersungguh-sungguh bermujahadah sepanjang masa dan keadaan 
terhadap nafsunya juga adalah ahli Tauhid.

"Kita kembali dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang besar (jihad 
nafsu)..." Hadis.

Ikhlas itu semaknalah dengan Tauhid. Orang yang ikhlas adalah orang yang Tauhid. 
Betapa pentingnya Tauhid ialah sinonim dengan Ikhlas. Betapa pentingnya 
Ikhlas,sehinggakan Allah SWT menurunkan satu surah yang khas dinamakan SuratulIkhlas.

"Dan tidaklah mereka itu diseru melainkan hanya untuk beribadah kepada Allah dengan 
mengikhlaskan (Tauhid) agamanya" AL Baiyinah : 5.

Persoalan yang lebih penting ialah bagaimanakah praktisnya untuk mengamalkan sesuatu 
ilmu yang benar untuk mencapai Tauhid (Ikhlas)?  Pendekatan atau penghayatannya? Agar 
tercapai - ilmu , amal , ikhlas itu satu jua.

Wallahu 'alam
Salam

ibn muhajir wrote:

> salam~
>
> kefakiran yg tercela ialah bila berjumpa dgn Allah nanti tiada membawa apa2 bekal 
>justru ringan timbangan amalnya. Ringan timbangan amal disebabkan tauhid yg tidak 
>murni. Tauhid yg tidak murni disebabkan ilmu yg tidak benar.
>
> kefakiran yg terpuji ialah dgn Tauhid yg murni melalui ilmu yg benar. Tauhid yg 
>murni akan membuahkan amal yg benar. Justru itu ALlah mengatakan bahwa org2 yg benar 
>ialah mereka yg berperang (atttaubah (119-120). Org2 yg benar2 beriman ialah mrk yg 
>berjihad (alanfal 74).
>
> Bagaimana org yg berperang/jihad itu dikatakan benar tauhidnya, benar tauhid 
>uluhiyahnya?. Kerana org yg berperang sudah tidak ada kepentingan duniawi 
>(faqir/ikhlas disisi Rabbnya). Kerana yaqin bahwa ajal ditangan RabbNya, bahwa 
>Rezekinya dibawah ujung senapangnya, menyaksikan bahwa syurga dibawah pedangnya, 
>membenarkan ALLAH dan RASULNya, maka dia benar2 hambaNya, yg menurut segala PERENTAH 
>fardhu.
>
> Justru surah al-ikhlas itu dikatakan 1/3 dr alQuran kerana ianya membicarakan soal 
>TAUHID. Kerana Quran mengandungi 3 bahagian-1/3 membicarakan tauhid, 1/3 membicarakan 
>hukum/hakam syariat (perentah & larangan) dan 1/3 lagi membicarakan kisah2 nabi, 
>kisah2 perang, kisah2 pengajaran.
>
> Alalhua'lam, wslm
>
>
> From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> Assalamualaikum wbt.
>
> Semua manusia adalah hamba Allah.
> Tetapi ramai manusia yang tidak mengenal diri dan mengakuinya.
> Masih ramai yang lalai dan membudayakan cara hidupnya menjadi hamba kepada
> selain Allah. Inilah yang Allah tujukan dengan kata-kata," ...mereka mengambil
> Tuhan selain daripada Allah ..."
>
> Malangnya , "hamba Allah" hanya untuk penyedap kata, menanam tebu di bibir.
> Kebanyakan kita menyangka kita boleh menipu diri kita sendiri, sebenarnya tidak.
>
> Betapa pula Allah mahu ditipunya. MUSTAHIL!
>
> Hamba Allah tidak memiliki apa-apa terhadap Tuhannya.
> Dirinya lahir dan batin adalah milik Allah. Satu helai bulu roma, rambut atau
> satu sel pun pada dirinya bukan miliknya. Hatta umurnya, rezekinya, sihatnya,
> hidupnya, matinya dan jodohnya adalah milik Allah.
>  "Allahussomad". Allah itulah tempat sekalian makhluk bergantung.
> Lalu apakah yang dibanggakan dan diegokan, "Aku ada itu dan ini? Itu milik Aku
> dan ini milik Aku". Atau "Tanah ini milik aku? Pada hal sebutir tanah pun dia
> tak boleh buat". Bak kata orang yang arif,"Datang telanjang bogel balik pun
> orang yang tolong balut". Kerana setiap orang dilahirkan telanjang. Dan masa
> matinya, dia pun tidak boleh berbuat apa-apa. Mandi pun orang lain yang
> mandikan. Kain kapan pun orang lain yang tolong kapankan.
>
> Allahlah yang memberi makanan dan minuman
> Allahlah yang memberi teduhan dan perlindungan
> Allahlah yang memberi pakaian dan kenderaan
> Allahlah yang memberi kesihatan dan keselesaan
> Dan semuanya Allah .....jadi semua manusia adalah pada hakikatnya faqirullah.
> Yang insaf, sedar dan menghayatinya dengan sebenar ilmu amal dan petunjuk Allah
> maka itulah sebenar-benar faqirullah.
>
> Sesiapa yang tidak faham faqirullah maka janganlah pura-pura mengaku sebagai
> hamba Allah. Pengucapan dan pengakuannya sendiri tidak dimengertinya.
>
> Tetapi faqirullah tidak bermakna hidup faqir daripada segala harta benda. Yang
> dilarang ialah ,"bersenang-senang dengan kesenangan harta yang melalaikan,
> perniagaan yang melalaikan, anak isteri yang melalaikan daripada mengingati
> Allah"
>
> "Orang yang fakir ialah orang yang apabila tidak ada apa-apa dia tidak mengeluh
> dan apabila berada ia bermurah hati memberi".
>
> "Fakir itu ialah tidak ada kepunyaanku, walau pun aku berada maka itu bukan
> kepunyaan ku".
>
> "Milik Allahlah sekalian yang ada diLangit dan diBumi". AL Ayat.
>
> "Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) melebihi atas diri mereka,
> sekalipun mereka mengalami kesusahan". AL Hasyir : 9
>
> Kepada Allah jua dipohonkan keampunan.
> Allah lebih mengetahui.
> Wassalamualaikum wbt.
> ______________________________________________
> FREE Personalized Email at Mail.com
> Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup

--
-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/freevideo/
______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke