Inilah contoh klasik pemerintahan kukubesi. And they say they are democratic. krqxz <[EMAIL PROTECTED]> on 26/04/2000 02:13:43 To: [EMAIL PROTECTED] cc: (bcc: razman/westport) Subject: H-Net* Penerbitan Tabloid 'Eksklusif' DiHentikan PENERBITAN TABLOID "EKSKLUSIF" DIHENTIKAN KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Penerbitan akhbar tabloid "Eksklusif" telah dihentikan mulai Sabtu lepas, menurut penerbitnya Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd hari ini. Pihak syarikat sehingga ini gagal memperolehi pembaharuan permit Kementerian Dalam Negeri bagi akhbar mingguan itu yang tamat tempohnya pada 15 April lepas, kata syarikat itu dalam kenyataan di sini. "Pada masa siaran ini dibuat, kami masih lagi menunggu kelulusan bagi memperbaharui permit itu yang telah lama dibuat," kata kenyataan itu. Karangkraf berkata ia akan menerbitkan kembali tabloid itu sebaik sahaja permitnya diperbaharui, dan mengucapkan terima kasih kepada pembaca atas sokongan mereka. Ketua Pengarang akhbar itu Abdul Jalil Ali berkata Kumpulan Karangkraf telah menghantar rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri agar memperbaharui permit penerbitan Eksklusif. Katanya akhbar itu masih lagi mengekalkan lebih 20 pekerjanya sementara menunggu keputusan rayuan itu. Eksklusif mempunyai edaran sebanyak 127,000 naskhah. -- BERNAMA COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM --------------------------------- Do You Yahoo!? Send online invitations with Yahoo! Invites.
PENERBITAN TABLOID "EKSKLUSIF" DIHENTIKAN |
|
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.