*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, …….sambungan…… Syarat sahnya pengabdian `ubudiyah kita yang kedua ialah kita redha dengan qada,qadar dan rezeki. [ Apa yang ALLAH beri,kita redha.Apa yang Dia tentukan ke atas kita berlaku,kita redha. ] Dan kata Imam Ghazali,”Syarat `ubudiyah yang ketiga ialah mengutamakan redha ALLAH daripada diri mu sendiri.” [ Sentiasa kita mencari keredhaan ALLAH kerana inilah ciri `ubudiyah. ] Muslimin/muslimat boleh periksa diri masing-masing; adakah ketiga-tiga ciri `ubudiyah ini berada dalam jiwa kita? Yakni memelihara perintah syarak, redha dengan qada qadar ketentuan dan yang ketiga,kita mengutamakan keredhaan dengan sentiasa nak cari redha ALLAH.Inilah perangai para sahabat Rasulullah s.a.w..Sebab itu mereka disebut “Radiallahu anhum waradhu an”.ALLAH telah redha kepada mereka,dan mereka juga telah redha kepada ALLAH.Dan sebab inilah juga membuatkan sahabat tak bimbang bila nak mati. [ Seperti yang pernah kita baca dalam Sirah,yakni menceritakan tentang ada sahabat yang seronok bila nak mati kerana tak sabar nak bertemu dengan ‘Kekasih’ mereka,yakni ALLAH SWT.Tapi kita ni pulak jadi sebaliknya,iaitu jadi takut nak mati. ] Sebab apa para sahabat gembira?…Sebab ALLAH sudah redha kepada mereka,sepertimana turunnya ayat-ayat Quran yang menjadi dalilnya. Mengapakah ALLAH sampai meredhai para sahabat? Apa bezanya mereka dengan kita?…Dari segi fizikal bentuk tubuh badan,memang tak ada bezanya antara sahabat dengan kita.Tapi yang membezakannya ialah iman,taqwa dan sifat mereka terhadap Islam.Itulah bezanya. [ Sehinggakan malaikat menangis bila ada sahabat mati.Contoh yang ustaz Halim ambil ialah Saad bin Muaz r.a.,yang telah meninggal dunia dalam peperangan Khandak.Walaupun perang Khandak ni tak bertempur secara berdepan,tapi panah memanah antara satu sama lain berlaku juga.Lalu satu anak panah sesat daripada pihak musuh,tiba-tiba mengenai Saad bin Muaz,yakni pemimpin Ansar; maka beliau pun jatuh sakit dan meninggal dunia.Kalau tuan-tuan belajar Sirah, nama Saad bin Muaz tidaklah terkenal orangnya, tetapi namanya dikenali di langit yakni dikalangan para malaikat. ] Sebab itu kata ulama bahwa manusia ni boleh di’katogeri’kan.Yakni golongan yang pertama ialah mereka yang dikenali di dunia dan dikenali di langit.Mereka ialah seperti Rasulullah s.a.w.,Saiyyidina Abu Bakr as-Siddiq dan Saiyyidina Umar al-Khatab. [ Mereka adalah contoh orang yang disayangi manusia dan juga disayangi para malaikat. ] Kemudian,golongan yang kedua pula ialah di dunia sahaja dikenali,tapi di langit tidak pula. [ Haaa! Golongan ni yang banyak sekarang ni. Sebut nama saja,semua orang kenai.Tapi di langit,belum tentu.Mungkin dia dilaknat oleh ALLAH,Malaikat dan semua manusia.Dia dikutuk/dimaki bukan kerana namanya atau tubuhnya,tapi ialah kerana perangai dia.Tuan-tuan bayangkanlah,macamana ‘dia’ nak tidoq malam lena? Katakanlah,satu malam purata ceramah seluruh Malaysia dok ada 40 tempat, maka setiap malam ‘dia’ dok kena lebih kurang 40 kutukan (tu tak masuk lagi kutukan daripada hadirin lagi).Jadi,lena ka ‘dia’ tidoq? Apakah erti hidup ‘dia’?…Tara nak lena saja,terperanjat ‘dia’ bangun, nuuuh,belah timur dok hentam ‘dia’.Kemudian,masa nak letak balik kepala kat bantai, terperanjat lagi, kali ini tengok-tengok kita belah utara pulak dok hayun ‘dia’.Itu baru satu malam.Tuan-tuan bayang ka,dalam satu bulan,berapa banyak ‘dia’ dok kena maki? 40x30=1200 makian ‘dia’ kena.Kalau macam ni,apa erti hidup ‘dia’? Salah sapa?…Yang salah ialah ‘kamu’ jugak.Yakni sikap/perangai jahat ‘kamu’ yang tak hendak kepada Islam, maka orang pun marah/benci. Masa hangat pilihanraya tahun lalu,lagi teruk ‘dia’ kena.Masa tu,ada kajian telah dibuat (matlumat dari KL),yang mengatakan bahwa satu malam sahaja,orang keluar dengar ceramah ialah dianggarkan 3 juta orang.Kalau banyak ni punya orang derma, maka tak payah panggil Siti Nurhaliza.Cukup dengan hanya tempek poster,kemudian malam sat lagi,berduyun-duyun turun; jenuh lah pekerja ‘unit amal’.Mereka yang ramai-ramai ni mai pasai apa?…Pasai hati mereka sudah mau pada Islam, hati mahu menghapuskan kezaliman, hati mahu kesedaran. ] Dan kata ulama bahwa ada orang yang di dunia tidak dikenali,tapi dia dikenali di langit. [ Yakni seperti Saad bin Muaz.Bila Saad mati,Nabi menangis sambil berkata,”Demi ALLAH,arasy ALLAH sedang bergegar sekarang kerana kematian Saad bin Muaz. ] Sebab itu,mereka (sahabat) tidak merasa bimbang kerana diredhai ALLAH. Oleh itu,penyelewengan akan berlaku bila kita taat kepada selain daripada ALLAH SWT.Terutama bila kita cuba berjinak atau berkawan dengan Yahudi/Nassara.Tolong ingat ayat ini; dimana firman ALLAH dalam Surah Ali Imran ayat 101 yang bermaksud, ”Hei orang beriman,sekiranya kamu taat kepada sebahagian ahlul kitab yakni yahudi/nassara, dan kalau kamu ikut mereka; nescaya yahudi/nassara akan memalingkan kamu daripada kamu beriman.Maka kamu akan jadi kafir.” [ ALLAH dah bagitau lama dah tentang perangai puak-puak Yahudi/Nassara ni.Sebab itu,apa perlu ‘kita’ pi ucap tahniah dekat PM yahudi tu? Dan apa perlu ‘kita’ pi buat pertemuan dengan David Levy iaitu Menteri Pertahanan Israel, walaupun ‘puak karat’ kata secara spontan saja.Hangpa ingat kami bodo ka?…Pertemuan ambik masa 45 minit,spontan apa namanya tu.Yang tu bukan ‘spontan’ lagi,tapi ‘sepantun’.Melayu dok pi bermesra lawan pantun dengan yahudi pulak.Yang kita faham,’spontan’ ni lagu mana bertemu tanpa dirancang dengan split second saja.Yang tu baru spontan. Apakah umat Islam di Malaysia sudah BUTA sejarah???…Pada masa yang sama dengan pertemuan itu; Harakah telah melaporkan bahwa Yahudi laknatullah telah mengeluarkan produknya yakni arak dengan botolnya bergambarkan Masjidil Aqsa…Astaghfirullah; kiblat pertama orang-orang Islam,itulah Masjidil Aqsa sepertimana yang dikatakan ALLAH dalam Surah al-Israak.Yahudi bubuh gambaq masjid kat botoi-botoi arak depa,pasai depa nak bagi message kat kita orang Islam,bahwa kita orang-orang Islam ni kira tak boleh nak buat apa dah.Mereka menghina kita sampai begitu sekali. Yahudi menjadi lebih berani lagi sekarang,kerana ada pemimpin Islam yang terhegeh-hegeh pi jumpa depa konon nak ucap ‘congratulation’,untuk buat hubungan dua hala.Sehingga sanggup panggil pasukan kriket depa untuk bermain bersama-sama.Apakah kamu buta sejarah,wahai pemimpin-pemimpin Melayu Islam sekelian? Sila baca sejarah sikit; kerana depa ni yahudi adalah satu bangsa yang tak pernah bersyukur kepada ALLAH ketika mereka diselamatkan oleh ALLAH daripada Firaun.Sepertimana dalam firman ALLAH yang bermaksud, “Ingatlah,ketika Kami wahyukan kepada Musa : Wahai Musa,keluarlah kamu daripada Mesir ini di malam hari.Bawalah pengikut-pengikut mu dan pukul lah laut itu dengan tongkatmu,nescaya laut akan terbelah.Wahai Musa,apabila laut itu terbelah, jalanlah kamu,dan janganlah kamu takut akan tenggelam dan janganlah kamu takut akan basah.” …Dalam riwayat menyebut bahwa apabila Nabi Musa a.s. pukul laut,maka ia menjadi 12 lorong.Dan begitulah juga daripada firman ALLAH lagi yang bermaksud, “Ingatlah,ketika kaum Musa meminta daripadanya untuk meminum air.Lalu kata ALLAH : Wahai Musa,pukul lah tongkatmu ke batu itu.Lalu Musa pukul,maka keluarlah daripada batu itu 12 matair” …Mengapa keluar 12 matair? Kerana Nabi Musa membawa 12 kabilah.Kemudian apabila disuruh menyeberang laut dan dijamin keselamatan mereka oleh ALLAH,maka Nabi Musa pun membawa 12 kabilah itu menyeberang.Apabila selamat sampai ke tebing laut seberang sana, maka mereka pun berdiri tengok Firaun yang mengejar mereka tadi pula menyeberang.Maka ketika itulah ALLAH berkata kepada mereka yakni Bani Israil, “Ketika itu Kami temukan laut dan Kami tenggelamkan Firuan; sedangkan kamu wahai yahudi Bani Israil berdiri di tebing sana melihat dan menyaksikan kehancuran Firaun.” …Kemudian,elok-elok selepas mereka selamat daripada ancaman Firaun,lalu ALLAH pun panggil Nabi Musa supaya pergi ke Gunung Tursina.Yang ni yang dikatakan perangai yahudi ni; pasai tak lama kemudian setelah Nabi Musa pergi saja,mereka lantik Musa lain pulak iaitu Musa Samiri.Mereka lantik Musa Samiri ini kerana dia pandai jampi-jampi sikit,dia lebih kurang ‘sepupu spare part’ Mona Fandey jugak la kot. Kemudian menurut riwayat,Musa Samiri mengambil tanah daripada bekas tapak kaki kuda Jibril a.s.,lalu dikepal-kepal dan dijampi lalu akhirnya menjadi seekor anak lembu (ada ahli tafsir menyebut bahwa bila Jibril a.s. turun,dia naik kuda.Dan memang pun ada hadis yang sahih mengatakan bahwa Nabi pernah kata yang Malaikat turun di Badar dengan menaiki kuda).Kemudian Musa Samiri pun bagi satu macam punya ‘nasrul haq’ ka apa ka,lalu anak lembu tu pun boleh bergerak-gerak.Kemudian dipanggilnya semua Bani Israil yang baru terselamat tadi dan diistiharkannya yang tuhan mereka sekarang ialah anak lembu yang boleh bergerak itu.Maka berkatalah Musa Samiri, “Inilah tuhan kamu dan inilah tuhan Musa.Cumanya Musa lupa nak beritahu kepada kita bahwa ini adalah tuhan.” …Kemudian,apabila kembalinya Nabi Musa daripada Gunung Tursina,dan didapatinya sebahagian daripada Bani Israil telah sesat, maka dimarahi abangnya Nabi Harun a.s. kerana tak menjaga kaumnya.Dipegangnya kepala Nabi Harun lalu ditariknya janggut Nabi Harun,sehinggakan berkata Nabi Harun a.s., Wahai anak ibuku,janganlah engkau goncang kepala aku serta tarik janggut aku.” …Sebab itu,semasa Rasulullah s.a.w. di ‘mikraj’kan,dia tengok janggut Nabi ALLAH Harun a.s.,colorful yakni berbelang hitam dan perang.Yang warna perang tu adalah bekas cekakkan Nabi Musa a.s..Itu dia kuatnya genggaman Nabi Musa. Kemudian,apabila Nabi Musa sudah menyedarkan kaumnya daripada kesesatan; ALLAH suruh orang-orang yang sesat tadi bertaubat dengan cara pakat bunuh diri masing-masing.Tu dia,cara taubat pada zaman Nabi Musa,iaitu pakat bunuh diri.Tafsir pula menyebut bahwa masing-masing pakat ambik pisau,kemudian tikam serentak; aku tikam hang,hang tikam aku.Manakala,yang tinggal saki baki yang tak sesat itu lah,berjalan dengan Nabi Musa. Bila mereka berjalan diatas Padang Pasir yang cukup panas,maka ALLAH hantar awan untuk melindungi mereka daripada terik matahari…Tengok,punyalah ALLAH sayang dekat hambaNya,tapi yahudi laknat ni tetap tak bersyukur jugak. Kemudian bila berjalan-berjalan tu,mereka rasa lapar pulak.Lalu mereka minta supaya Nabi Musa berdoa kepada ALLAH supaya bagi makanan untuk mereka.Inilah yang dikatakan ALLAH Maha Pengasih; diperkenankan permintaan mereka dengan menurunkan bertalam-talam makanan daripada langit setiap hari.Cerita ni wajib kita percaya kerana ia dari al-Quran, jangan pi kata merapu pulak.Kemudian tu,ALLAH bagi lagi yakni burung-burung putih yang jinak (macam merpati) datang mengelilingi mereka.Yang mereka hanya perlu ialah pegang/sembelih/makan…Punyalah ALLAH sayang yahudi ni.Tu pun tak bersyukur lagi; depa habag pulak kat Nabi Musa,”Tak kan kuih dengan burung saja kot.Bawa mai lah bawang ka atau kacang ka.”…Tengok la tuan-tuan,nak mentahkedarah bawang pulak.Itu lah yang ALLAH kata bermaksud, “Mereka jumpa Musa lalu berkata : Wahai Musa, kami tak sabar dan tak puas.Tak kan sejenis makanan sahaja.Tak dak ka bawang atau kacang? Mintalah kepada Tuhan supaya Dia tumbuhkan daripada bumi ini kacang dan bawang.” …Ya, memang ALLAH bagi semua yang diminta itu kat depa; tapi bila mai satu masa yang ALLAH suruh depa berjihad, depa lagu tak mau pi pulak…Niiie dia yahudi tu. Kemudian,selepas zaman Nabi Musa a.s. wafat; dilantik lagi seorang Nabi yang bernama Yushak bin Nun a.s..Sewaktu itu Baitul Maqdis dicengkam oleh satu kuasa yang zalim, maka ALLAH perintah Nabi Yushak bin Nun bawa Bani Israil,yang telah ALLAH kurniakan nikmat dengan begitu banyak sekali itu,supaya pergi berjihad untuk membebaskan Baitul Maqdis.Tapi bila Nabi Yushak ajak mereka berjihad, mereka kata apa kat Nabi Yushak,”Wahai Nabi Yushak, hang pi lah berjihad dengan Tuhan hang.Kami tak mau pi,pasai kami hanya nak duduk bersenang-senang sahaja.Tapi kalau hang menang,kami sokong.”…Inilah perangai yahudi,yang suka ‘dok atas pagar’; bukan dia nak buat kerja apa.Hangpa,jangan dok buat perangai serupa yahudi,yang suka dok atas pagar.Lagu mana depa kata kat Nabi Yushak,”Pi lah hang.Kalau menang ,kami sokong.Kalau kalah,kita serupa biasalah.Tapi,kalau nak pi,minta maaf.”…Ini lah yang dikatakan ‘atas pagar’. Kemudian,sampai pula kepada peringkat pemilihan pemimpin pun ALLAH masih ajar lagi.Iaitu ketika hendak memilih pemimpin Bani Israil, depa pakat melobi.Sehinggalah ALLAH turunkan ayat yang mengatakan bahwa pemimpin Bani Israil ketika itu adalah Thalut.Macam-macam tafsir yang menceritakan siapa Thalut.Ada yang kata tukang kayu.Ada yang kata kerja kampung.Tapi pokoknya, dia seorang yang hidup susah.Maka kata Bani Israil,”Kami kenal benar dengan Thalut ni.Dia saham pun tak dak.Rumah pun tak dak.Harta pun tak dak.Macamana dia nak memimpin kami? Yang sepatutnya jadi pemimpin tu ialah kami, kerana harta kami banyak."…Tuan-tuan,inilah perangai yahudi yang ditiru oleh melayu hari ini.Yakni diukur pemimpin melalui harta.Kalau sapa yang boleh bagi projek jalanraya ka; kalau sapa yang boleh bagi projek ayam ka; sapa yang boleh bagi kain pelekat ka; sapa yang boleh bagi harta ka; maka itulah pemimpin.Dan inilah perangai orang yahudi.Maka kata ALLAH, “Aku lantik Thalut itu kerana dia ada 2 kelebihan.Yang pertama; walaupun dia tak dak harta,tapi dia ada ilmu.Maka bolehlah dia pimpin kamu ke akhirat.Dan yang kedua pula ialah kerana tubuhnya sihat.” …Inilah antara yang diajar oleh ALLAH syarat pilih pemimpin.Tapi kalau kita tengok syarat ni,kemudian kita compare dengan pemimpin yang dok ada la ni, kira dah memang ‘out of spec.’,yakni kira tak layak langsung.Dengan jahil ugamanya, dengan umur 74 tahun dah,yang orang kata dah ‘laih’.Memang kita kena tukaq buang pemimpin yang lagu ni.Tapi disini,ustaz cuma nak sebut,inilah perangai yahudi. Teruknya yahudi ni,sampai ke zaman Nabi Zakaria; dengan depa bunuh Nabi Zakaria a.s. pulak.Tuan-tuan nak bayang jahat macamana lagi yahudi ni kalau Nabi pun sanggup depa bunuh? Apabila Nabi Zakaria bangkit menentang raja yahudi ketika itu,yang hendak melaksanakan undang-undang adik beradik boleh bernikah.Kata Nabi Zakaria,”Ini bukan perangai manisia,tapi ini adalah perangai binatang.”…Apabila Nabi Zakaria bersama dengan anaknya Nabi Yahya bangkit menentang satu enakmen yang nampak bercanggah dengan hukum ALLAH, maka kedua-duanya diburu.Sehinggakan Bani Israil tangkap Nabi Zakaria,lalu digergajinya pinggang Nabi Zakaria,serta dibelah kepalanya.Inilah dia perangai yahudi. Jadi,buat apalah kita nak berkawan dengan depa pulak,kerana depa ni lah yang sebenarnya pengganas dunia,maka secara otomatik menjadi musuh Nabi dan musuh ALLAH no.1. Sehinggalah sampai pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. pula; mereka nak bunuh pula Rasulullah dengan satu komplot menggunakan batu (bukan arsenik).Iaitu semasa Nabi datang nak melawat perkampungan Bani Nadhir; mereka naik atas bumbung dan cuba menolak batu besar jatuh ke atas kepala Rasulullah.Lalu rancangan yahudi ini dilaporkan awal-awal oleh Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w.; maka Rasulullah cukup marah.Lalu Rasulullah bersama dengan tentera Islam mengepung perkampungan Bani Nadhir 15 hari 15 malam, maka akhirnya Bani Nadhir ini pun dihalau dari Madinah dan mereka berkumpul di Khaibar.Peristiwa ini telah dirakamkan ALLAH dalam Suratul Hasyr ayat kedua yang bermaksud, “Dialah Tuhan yang telah mengeluarkan ahlul kitab yakni orang-orang yahudi Bani Nadhir,daripada kampung mereka.”…Mreka telah dihalau kerana nak bunuh Nabi. Sehinggalah Nabi wafat, selepas itu mereka tak henti-henti bermusuh dengan orang-orang Islam.Dan akhirnya,sampai kepada tahun 1948,mereka berjaya merampas tanah orang-orang Palestin secara haram melalui boneka mereka iaitu PBB.Dan sampai sekarang,kita masih dicengkam di bawah telunjuk puak-puak yang selama ni adalah musuh ALLAH dan musuh para Nabi. Dalam keadaan macam ni,saya cukup heran sungguh; lagumana ada pemimpin Melayu boleh kata yahudi tu baik,boleh buat kawan?…Inilah kenyataan dari si jahil murakkab namanya (2x jahil). ] Dalam ceramah-ceramah kita; kita mendedahkan penyelewengan,tapi kita pula dianggap berdosa.Kita mendedahkan kezaliman,tapi kita dikatakan menfitnah.Oleh itu,maka benarlah kata Nabi s.a.w.,”Bahwa antara tanda hari nak qiamat ialah apabila orang baik dianggap jahat; manakala orang jahat pula dianggap baik.”…Emmm,Nabi dah habag lama dah perangai puak-puak ‘karat’ ni. Tapi,walau apa pun; kita tetap yakin bahwa sebelum ALLAH qiamatkan dunia,Islam tetap akan dimenangkan terlebih dahulu.Ini memang janji Rasulullah s.a.w..Oleh itu,Islam akan memerintah dunia dulu sebelum qiamat.Adakah sudah sampai masanya sekarang?…WALLAHUA`LAM.Kita hanya perlu teruskan perjuangan,sampai kita dipanggil oleh ALLAH.Dan kemudian barulah kita akan lihat nanti balasanNya di negeri akhirat.Maka inilah keyakinan kita. Oleh sebab itu,kesimpulannya; tidak boleh kita taat selain daripada ALLAH.Kerana taat selain daripada ALLAH dipanggil satu penyelewengan.Sebab itu, `ubudiyah adalah milik ALLAH SWT. …….bersambung……. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Talk to your friends online and get email alerts with Yahoo! Messenger. http://im.yahoo.com/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>