*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > KISAH WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH S.A.W. > > Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu > > asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan > [Wada*]. > > Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat > ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas peneri-maannya untuk > mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian > Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk > perlahan-lahan. > > Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: > "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan > agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan > demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para > sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir > aku bertemu dengan kamu." > > Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun > berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah s.a.w. > mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan > apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat > mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama > kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma." > > Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia > tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu > mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari > pagi hingga ke malam. > > Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat > yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. > dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu > menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira > sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat > maka Abu Bakar r.a. pun berkata: > "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa > kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma > maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut > bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan > dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi men-jadi janda." > > Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah > mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis > dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat > yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa > yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya > Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami > men-dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah > beliau." Apabila R > asulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah > muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu > Bakar r.a.. > > Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka > Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: > "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. > berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya > ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar > ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh > Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan > kamu > semua telah hampir dekat." > > Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka > ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali > r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis > dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, > semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang > di darat mahu-pun yang di laut turut menangis. > > Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu > dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup > selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang > mengatakan beliau hidlip sehingga 50 hari selepas turunnya ayat terscbut, > ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut > diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari. > > Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyu-ruh Bilal azan > untuk mengeijakan shalat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di > masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan shalat dua > raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan shalat > beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: > "Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang > nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan > saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu > semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak > untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya > dituntut di hari kiamat." > > Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah > seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku > dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami > berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu > 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya > Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah > dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat > menciu > m paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda > untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada > tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul > saya atau hendak memukul unta tersebut." > > Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja > memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: > "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke > mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan > tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan > dirinya untuk dibalas [diqishash]." > > Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun mem-beri salam dan > mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah > di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan > oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fatimah > r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata > Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya > untuk diqishash." Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah > manusi > a yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. > tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. > memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada > Rasulullah s.a.w. > > Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka > beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka > Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai > 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah > kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. > dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, > dudukiah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya > un > tuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! > Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh > itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." > Lalu Rasultillah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya > Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." > > Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, > bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., > kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." > Mendengar kata-kata cucunya RasuluUali s.a.w. pun berkata: "Wahai buah > hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah > pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya > Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai > baju." Maka > Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. > membuka baju maka menangislah semua yang hadir. > > Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun > mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya > Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan > begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh > Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka > dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu > sekali-an, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." > > Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka > terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun > berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, > engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah > s.a.w. di dalam syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka > beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau > berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu > semua, saya ber > wasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan > mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya > dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang > hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai > ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah > mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah > itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua > menghendaki, a > tau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan > aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam > rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. > Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan > menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, > malaikat Mikail, dan yang akhir > sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu > baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku." > > Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu > maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya > Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan > untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan > kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda > sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan > yang timbul nanti?."Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para > saha-batku, ak > u tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan > telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya > pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah > AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang > rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran > dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia > dengan mengambil pengajaran dari mati." > > Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. > bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan > sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa > Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada > hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. > selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah > s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. > pun m > emberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah > r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal > r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke > masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu. > > Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke > rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini > salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda > berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, > oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan shalat subuh berjemaah > dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. > maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di > atas > kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai > di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah > Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. > > Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar > kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia > jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, > sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah > apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan > kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah > s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. > bersandar kepada k > edua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di > masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah. > > Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun her-kata: "Wahai > kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam perto-longan dan pemeliharaan > Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan > mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia > ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan > hari terakhir aku di dunia." > > Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. punpulang ke rumah beliau. > Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, > pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu > hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang > paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah > lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke > rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali > padaku. > " > > Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka > malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah > malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun > memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir > risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua > sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya > masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; > "Wahai hamb > a Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin > berat." > > Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini > seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah > s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan > pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang > Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda > sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam > sehingga saya merasa mcnggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. > berkata; "Wah > ai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fadmah; "Tidak > ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala > macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang > memusnahkan semua rumah serta mera-maikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat > menahan air malanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan > ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. > > Apabila Rasullillah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun > berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang > pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah > s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk > dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. > menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku > atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya > adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu > izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata > Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" > Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para > malaikat sedang memuliakan dia." > > Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala > Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. > maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa > ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah > s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang > menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya > semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti roh > mu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para > bida-dari sudah berhias menanti kehadiran rohmu." > > Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alharndulillah, sekarang kamu katakan pula > tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. > telah berfirman yang ber-maksud: > "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga > sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat > memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah > s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." > Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu > kepadaku." > > Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai > pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah > dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah > s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril > a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu > tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, > siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul > mau > t?" > > Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai > di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua > menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. > berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat > terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya > meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, > umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. > telah ber > kata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah > menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat > ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil > seekor ikan dari laut tcrsebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya > dan ikan tersebut akan menjadi batu." > > > -------------------------------------------------------------------------- > ------ > > > > > Pembaca sepatutnya mengalirkan air mata semasa membaca kisah ini. Berapa > ramaikah kita menangis mengenangkan kisah nabi, mungkin yang paling banyak > orang yang menangis ialah apabila mereka menonton film Hindustan yang > berunsur sedih. > > > -------------------------------------------------------------------------- > ----------------------------------------------------- > > > -------------------------------------------------------------------------- > ------ > > > > -------------------------------------------------------------------------- > ------ > Demi keADILan - http://www.keadilan.org > > To unsubscribe, send a blank e-mail to: > [EMAIL PROTECTED] > > > > [Non-text portions of this message have been removed] > > > ------------------------------------------------------------------------ > Avoid the lines and visit avis.com for quick and easy online > reservations. Enjoy a compact car nationwide for only $29 a day! > Click here for more details. > http://click.egroups.com/1/3011/3/_/495387/_/956665608/ > ------------------------------------------------------------------------ > > ~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~ > SUTERA - Berita dan artikel menarik dalam pelbagai topik > Langgan dengan menghantar e-mail kosong (blank e-mail) kepada > [EMAIL PROTECTED] > Untuk sumbangan artikel, e-mail kepada [EMAIL PROTECTED] > Untuk keluar, hantar e-mail kosong kepada [EMAIL PROTECTED] > ~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~ > > > > > > > > ============================================================ > > Disclaimer Note: > > "This email and any files transmitted with it are confidential and > intended solely for the use of the individual or entity to whom they are > addressed. This communication may contain material protected by > intellectual property rights laws. If you are not the intended recipient > or the person responsible for delivering the email to the intended > recipient, be advised that you have received this email in error and that > any use, dissemination, forwarding, printing, or copying of this email is > strictly prohibited. If you have received this email in error please > notify the System Administrator at [EMAIL PROTECTED] " > > http://www.proton.com > ------------------------------------------------------------------------ > Get 3 months FREE and a chance to WIN a trip to London, England when > you receive, manage and pay your bills online with Paytrust.com! > Stamps, checks and bills in your mailbox are history. Enroll Today! > http://click.egroups.com/1/3556/3/_/177528/_/956733118/ > ------------------------------------------------------------------------ > > > > > ============================================================ Disclaimer Note: "This email and any files transmitted with it are confidential and intended solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed. This communication may contain material protected by intellectual property rights laws. If you are not the intended recipient or the person responsible for delivering the email to the intended recipient, be advised that you have received this email in error and that any use, dissemination, forwarding, printing, or copying of this email is strictly prohibited. If you have received this email in error please notify the System Administrator at [EMAIL PROTECTED] " http://www.proton.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "BADRUL HISHAM MUKHTAR, RND/H&T" <[EMAIL PROTECTED]>
H-Net* FW: KISAH SEDIH - WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH S.A.W - Baca sampai habis
BADRUL HISHAM MUKHTAR, RND/H&T Wed, 26 Apr 2000 22:04:59 -0700