YUSOF RAWA MENINGGAL DUNIA

 

PULAU PINANG, 28 April (Bernama) -- Bekas Presiden PAS Haji Yusof Abdullah atau dikenali sebagai Haji Yusof Rawa meninggal dunia di rumahnya di sini pagi ini. Beliau berumur 79 tahun.

Menurut anak keempat Allahyarham, Ahmad Nazrien, 48, Yusof menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 7 pagi di kediamanya di 363-J Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor.

Katanya, Allahyarham uzur sejak 1988 kerana menghidapi penyakit kencing manis, diikuti lemah jantung dan paru-paru berair.

Beliau berkata, bapanya telah dimasukkan ke hospital kira-kira tiga minggu lepas dan dibawa keluar empat hari lepas.

Allahyarham meninggalkan 11 orang anak -- lima lelaki dan enam perempuan -- dan 30 orang cucu. Isteri beliau, Che Kulsom Ali meninggal dunia pada 1994.

Kesemua anak dan cucu Allahyarham berada di sisinya ketika beliau menghembus nafas terakhir.

Yusof pernah menjadi Duta Malaysia ke Iran semasa PAS menjadi ! parti komponen Barisan Nasional (BN). Jawatan terakhir beliau dalam PAS sebelum bersara daripada politik ialah sebagai Mursyid Am parti itu.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak.

-- BERNAMA

 



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online and get email alerts with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke