Harakah kini miliki web tv

KUALA LUMPUR 28 April (Hrkh)- Agensi media antarabangsa, Reuters dalam laporannya menyifatkan Harakah adalah organisasi media yang pertama di negara ini menyediakan khidmat web tv.

Dalam laporannya 24 April lepas, Reuters melaporkan walaupun Malaysia begitu beria-ia benar membuat promosi terhadap multimedia dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC) tetapi PAS telah menjadi pihak pertama di negara ini yang menyediakan khidmat web TV.


Harakah Web TV

Dalam laporan berita hampir empat minit dengan audio dan visual itu, Reuters melaporkan persiapan Harakah untuk melancarkan web tvnya Mei ini.

Sekarang, Harakah sedang dalam peringkat persiapan untuk melancar web tv yang dibuat di laman webnya http://www.harakahdaily.com.

Berita pertama Harakah Web TV telah dihantar ke laman web pada 12 April lepas.

Pada hari keduanya, dua berita telah dihantar ke laman web iaitu berita berhubung keputusan mahkamah yang tidak membenarkan Dr Mahathir dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan terhadap Anwar Ibrahim.

Buat permulaan ini, pelayar laman web boleh melihat versi percubaan berita Harakah Web TV dengan pergi ke laman web harakahdaily tersebut.

Hanya pelayar yang menggunakan Window Explorer sahaja yang akan mendapat laluan penuh ke web tv tersebut.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online and get email alerts with Yahoo! Messenger.

Reply via email to