*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KINI 
27 April 2000 Edisi 128 
22 Muharram 1421

UMNO di Ambang Kehancuran 

Umno tenat sekarang. Umno akan hancur bukan kerana
serangan parti-parti pembangkang tetapi kerana amalan
rasuah dan politik wang dalam parti itu sendiri.
Presiden Umno, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad akan
mendedahkan sendiri nama calon yang didapati
mengamalkan rasuah dan politik wang dalam kempen
pemilihan. 

Berikutan dengan itu, Presiden Umno itu telah
mengarahkan semua calon serta penyokong dan agen
mereka menghentikan serta-merta segala bentuk kempen
mulai hari Selasa lepas, 25 April. Mereka dilarang
menghubungi perwakilan atau sebaliknya sama ada secara
bersemuka, melalui telefon atau faksimili untuk
berkempen dan perwakilan juga tidak boleh berkunjung
ke rumah calon. Semuanya kena perintah berkurung! Umno
dalam darurat! 

Jika diteliti pantang larang terbaru dari Mahathir
ini, jelaslah sungguh betapa dahsyatnya kempen politik
dalam Umno. Umno sekarang sebagai satu parti politik
amat takut dengan proses pemilihan kepimpinan dan
kempen. Kalau ada pemilihan, maka Umno akan pecah;
kalau ada kempen calon, maka Umno akan pecah. Jadi,
untuk elakkan Umno jangan pecah lalu dibuat kod etika
supaya tidak dibenarkan berkempen. 

Tidak ada rasanya parti politik dalam Malaysia ini
yang amat banyak pantang larang, undang-undang dan kod
etika yang menyekat kebebasan ahlinya untuk berpolitik
kecuali Umno. Mengapa boleh jadi sampai begini Umno
sekarang? Pada masa Umno dipimpin oleh Dato’ Onn,
Tunku Abd Rahman, Tun Abd Razak dan Tun Hussein, ia
tidak seburuk seperti sekarang. Malah dulu Umno
mengadakan pemilihan pucuk pimpinan pada tiap-tiap
tahun. Pada zaman Tun Abd Razak mulailah dipinda,
iaitu diadakan pemilihan tiga tahun sekali bagi Majlis
Tertinggi. Tetapi waktu itu tak berlaku politik wang
dan rasuah sampai begitu buruk seperti sekarang di
zaman Mahathir. 

Apa sebenaya masalah Umno sekarang sehingga reput dan
lemah sekali jatidiri para pemimpin dan ahli mereka
sehingga menerima amalan rasuah dan politik wang
dengan begitu berleluasa dan sampai menjadi seperti
budaya? Apakah kerana Umno parti berkuasa yang
membentuk kerajaan dan menjanjikan pulangan ekonomi
dan kebendaan bagi mereka yang berkuasa? Kalau itulah
sebabnya maka ia adalah petanda jelas bahawa Umno
sekarang sakit. Ia dihinggapi barah dalam diri yang
memakan tubuh badannya dan akan mengalami nasib yang
sama seperti parti-parti politik berkuasa di
negara-negara lain di dunia yang akhirnya tumbang dan
kalah, bukan sangat kerana cabaran dari parti-parti
lawan tetapi kerana kerosakan dari dalaman parti itu
sendiri. 

Umno sekarang sudah jadi macam kelab atau persatuan di
sekolah. Semua mesti ikut cakap dan kehendak guru
besar atau pengetua yang garang dan mempunyai kuasa
veto. Mengapa tidak? Lihat sahaja betapa bangganya
Presiden Umno, Dr Mahathir menunjukkan tandatangan 15
calon Naib Presiden, Ketua Wanita serta Naib Ketua
Wanita dan Pemuda yang berikrar seperti murid sekolah
bahawa mereka tidak akan berkempen demi kononya untuk
menjamin kepentingan parti, agama dan negara. Sungguh
melucukan! Pemimpin-pemimpin Umno yang macam murid
sekolah inilah yang sekarang menjadi menteri-menteri
kerajaan Barisan Nasional. 

Lalu, apabila Mahathir kata jangan berkempen, Abdullah
Ahmad Badawi pun sambut arahan Mahathir itu dengan
berkata bahawa dia tidak menolak kemungkinan larangan
berkempen itu akan dikuatkuasakan dan dijadikan
peraturan dalam perlembagaan Umno pada masa depan.
Abdullah yang sudah sedap dengan kuasa seorang Menteri
Dalam Negeri yang antara lain kerjanya ialah menahan
dan menangkap pembangkang, menutup suratkhabar dan
majalah seperti Detik, Eksklusif dan juga sekatan
terhad ke atas Harakah kini berpaling ke dalam Umno
sendiri untuk melakukan sekatan yang sama. Tetapi kali
ini ke atas ahli partinya sendiri. 

Di Amerika Syarikat yang mengamalkan liberal demokrasi
dengan sistem ekonomi kapitalis, calon-calon Presiden
berkempen dengan hebat dan meriah sekali.Walaupun
calon-calonnya membosankan! Malah di negara bekas
komunis, Russia, pilihanraya Presiden mereka juga
dijalankan dengan calon-calon berkempen. Di Korea
Selatan yang dahulunya diperintah secara diktator
tentera, kini melalui era reformasi dan menyaksikan
pilihanraya dijalankan dengan rancak berkempen. Tetapi
Umno menutup ruang berkempen untuk ahli partinya
sendiri. 

Dibimbangkan, jika demokrasi terlalu menjadi semacam
hantu atau phobia kepada Mahathir, lalu akan diusulkan
dalam pilihanraya umum Malaysia kali ke-11 empat tahun
lagi, tidak dibenarkan berkempen. Sebabnya dalam Umno
tak boleh berkempen! 

Hal ini bukan mustahil di Malaysia bawah Mahathir yang
"Malaysia Boleh!" 

Seorang lagi pendukung kuat kepimpinan Mahathir
sekarang, tidak lain tidak bukan Pemangku Ketua Pemuda
Umno yang naik kerana nama ayahnya dan menumpang rakit
Ahmad Zahid Hamidi, telah dilaporkan sebagai berkata
bahawa dia, iaitu Hishamuddin Tun Husein memberi
amaran bahawa Pergerakan Pemuda Umno tidak akan
teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk
mengemukakan cadangan menggugurkan keanggotaan
sekiranya mendapati ada ahlinya yang melanggar kod
etika pemilihan. Sampai begitu taksubnya Hisham
terhadap arahan Mahathir. 

Lengkaplah sudah bahawa sebuah keranda sudah
disediakan. Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi dan
Hishamuddin, masing-masing sekarang kelihatan memegang
tukul dan paku terakhir untuk menutup rapat keranda
sebuah parti politik yang kini lebih mirip
disenda-gurau sebagai "United Mahathir National
Organization- UMNO".  

Subscribe to KINI & The Malaysian tmk-despatch archive
Hosted by eGroups.com 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online and get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: si tora jebat <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke