Semalam ada tertonton buletin Utama,dia orang ada sebut tentang kematian Yusof Rawa. Tapi tiada visualnya. Tapi selepas tu , dia orang highlight kematian orang kuat MIC, tak ingatlah namanya. Siap dengan temuramah sekali. Tu dia aih, kalau hindu mati bukan main lagi hampa no. Kalau melayu sama melayu Islam hampa tak highlight pun. Itulah jati melayu. Ni bukannya apa semalam sibuk kat TV 3 suku cerita pasal perasmian konvensyen Melayu di Universiti Perguruan Sultan Idris. Antara isu yang diulas ialah kehilangan jati melayu yang menyebabkan melayu semakin hilang identiti. Hebat, Hebat ulasan wartawan TV 3 suku. Tapi kita semua tentu maklum bahawa krisis jati diri melayu dan kehilangan identiti melayu disebabkan oleh siapa ? Pernah tak kita lihat pemimpin Parti Islam Semalaysia merasmikan konsert ala barat di Dataran Merdeka? Yang rasmi konsert tersebut tidak lain ialah Mahataik. Mahataik jugalah akan mengembar-gemburkan isu kononnya melayu perlu kembali kepada identitinya. Bagi saya ,tak perlulah kita kembali kepada identiti melayu yang banyak tidak selari dengan ajaran Islam. Contohnya, bersanding bila majlis perkahwinan. dan pakai tudung ala UMNO. Macam mana kata tudung UMNO tu ? Tudungnya jarang atau pun dalam bahasa sainsnya lutsinar dan ada 2-3 jambul kat depan . Itukah identiti melayu ? Lupakanlah tentang jati diri melayu kalau itu yang kamu nak canaikan wahai mahataik dan orang sewaktu dengan pemikirannya. Wassalam.
-----Original Message-----
From: krqxz [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Saturday, April 29, 2000 7:56 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Yusof Rawa Tokoh Politik Bertoleransi

YUSOF RAWA TOKOH POLITIK BERTOLERANSI

 

PULAU PINANG, 28 April (Bernama) -- Bekas Presiden PAS Yusof Abdullah, lebih dikenali sebagai Yusof Rawa, 77, yang meninggal dunia hari ini, merupakan seorang tokoh politik bertoleransi dan sentiasa membuat kritikan membina.

Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Utama semasa PAS berada dalam Barisan Nasional.

Di kalangan rakyat, beliau dikenali sebagai Pak Yusof. Keluarganya adalah keturunan Rawa dan tinggal di sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Rawa di sini.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7 pagi di kediamannya di sini.

Dilahirkan pada 8 Mei 1922, beliau mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Penang Free School.

Beliau juga mendalami pendidikan agama di Kolej Al-Fatah, Mekah dan mendapat Diploma dalam Pengajian Khas Islam.

Sebelum pulang ke tanah air, beliau bekerja di sebuah fi! rma yang mengendalikan urusan import-eksport di Arab Saudi dan mengikuti kursus secara pos dalam bidang pengurusan perniagaan dan pelajaran yang berkaitan dengannya.

Beliau pulang pada 1946 tetapi selepas itu ditahan oleh kerajaan British kerana dikatakan terbabit dengan Gerakan Al-Islah di Mesir dan diberi amaran agar tidak terlibat dalam pergerakan itu di negara ini.

Yusof menubuhkan perniagaannya sendiri dikenali sebagai "Syarikat Percetakan Al-Rawa" di sini serta menjadi pengarah urusan syarikat itu sehingga tahun 1949.

Allahyarham mula berminat menceburi bidang politik secara aktif semasa pilihan raya persekutuan 1959 dan dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri serta anggota jawatankuasa kerja PAS pusat.

Beliau bertanding untuk kerusi Parlimen Kota Star Selatan pada pilihan raya umum 1969 dan mengalahkan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dengan majoriti 989 undi.

Pada tahun 1973, beliau menjadi timbalan ketua perwakilan Malaysia ke Per! tubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan kemudiannya menjadi anak Melayu pertama dari Pulau Pinang dilantik sebagai timbalan menteri ketika itu.

Beliau juga menjadi Duta Malaysia ke Iran, Afghanistan dan Turki pada tahun 1975.

Sebagai mengenang jasanya, beliau dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri pada 1992.

Yusof mula uzur pada 1988 dan sering dimasukkan ke hospital sejak kebelakangan ini kerana menghidapi penyakit kencing manis, lemah jantung dan paru-paru berair.

Allahyarham meninggalkan lima anak lelaki dan enam anak perempuan, 30 orang cucu dan dua orang cicit. Isterinya Che Kulsom Ali meninggal dunia pada 1994.

-- BERNAMA

 



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Talk to your friends online and get email alerts with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke