*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
. Maksud firman Allah: Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, 
saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu 
usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat 
tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan 
RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya,maka tunggulah sampai Allah 
mendatangkan keputusanNya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada 
orang-orang yang fasik. (At Taubah:24)


: Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang 
diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka, dan 
berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu 
dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka 
berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa 
sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka 
disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka, dan sesungguhnya kebanyakan manusia 
adalah fasik. (Al Maidah:49)


Adakah Malaysia Menuju Ke Arah Bala Yang Serupa ?



WAHAI SAUDARA SEAGAMAKU, BACALAH KISAH YANG TERKANDUNG DIDALAM UCAPAN YANG 
DITERJEMAHKAN KEDALAM BAHASA MELAYU DI BAWAH INI DAN FIKIRKAN...ADAKAH 
MALAYSIA MENUJU KE ARAH BALA YANG SAMA....????

Asslamualaikum,

Saudara-saudari Islam, berikut adalah ucapan saorang pelajar Islam, Najeeb 
Rahman dimajlis “Charity Lunch For Maluku” di University of Leeds. Majlis 
tersebut di anjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia University of Leeds 
(Saudara Taufik dan beberapa mahasiswa perubatan) Bacalah. Agak sedikit 
panjang tapi sangat menyentuh hati.



--------------------------------------------------------------------------------

Assalamua'laikum warahmatullah,

Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam semesta ini, Sejahtera keatas 
Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi serta Rasul-Rasul, keluarga mereka, 
sahabat-sahabat mereka, dan kita semua yang hadhir.

Baru-baru ini pembunuhan dan penyembelihan umat Islam secara rambang 
(massacres) telah berlaku di Maluku dan Ambon Indonesia. Gambar-gambar foto 
yang mengerikan , gambar mayat kanak-kanak Islam yang dicincang serta 
orang-orang Islam yang dibunuh beramai-ramai (massacre) boleh dilihat di 
internet. Lapuran bergambar yang dilakukan oleh Dr Jemilah mengenai 
pembunuhan-pembunuhan tersebut apabila difikirkan boleh membuat kita 
menitiskan air mata. Dan kesemuanya ini benar-benar telah berlaku dan 
bukannya imaginasi sesaorang.

Saudara-saudari Muslim ku, sebenarnya, ini bukan insiden kekejaman keatas 
kaum Muslimin yang terpencil. Trajedi-trajedi atau bala yang serupa pernah 
berlaku di Bosnia dimana ratusan ribu orang-orang Islam dibunuh dalam 
kekejaman “cuci berseh” ( ethnic cleansing) oleh puak Kristian Serbs. Sama 
juga di Kosova dimana puluhan ribu orang-orang Islam juga telah ‘dicuci 
berseh”, dibunuh; juga oleh puak Serbs. Kanak-kanak dan kaum tua yang tiada 
berupaya untuk mempertahankan diri di bunuh begitu saja. Wanita-wanita Islam 
dirogol dan seterusnya dibunuh. Orang-orang Islam dipenggal dan dikelah 
anggota mereka. Ceritanya sama, berulang-ulang kali.

Mengapa kekejaman ini terus menimpa umat Islam di merata dunia? Kita boleh 
persalahkan kekejaman ini kepada konspirasi antarabangsa terhadap Indonesia, 
atau rancangan jahat Barat terhadap kaum Muslimin, atau pun sebagai tindakan 
kebencian Yahudi dan Kristian terhadap kita, atau pun operasi cuci berseh 
puak Kristian Serbs. Tetapi adakah hanya ini SEBAB MUSABAB YANG SEBENARNYA?

Dari pengalaman saya sebagai Sukarelawan Perubatan di Kosova, saya dengan 
sendirinya telah melihat kubur-kubur tanaman beramai (mass graves) 
orang-orang Islam yang dibunuh, mayat-mayat yang sedang reput dan busuk, 
keluarga-keluarga terutamanya kanak-kanak yang dalam ketakutan, rumah-rumah 
dan masjid-masjid yang telah hancur musnah. Memangnya suatu pengalaman yang 
kuat tamparannya.

Dengan izin Allah SWT saya telah berpeluang tinggal bersama-sama suatu 
keluarga yang baik di Prizren, Kosova. Ketua keluarga itu, Imam Ismail dan 
anak sulungnya, Navahi, kedua mereka adalah imam, begitu juga dengan datok 
Navahi, juga saorang imam. Mereka mesra dan baik hati. Semasa satu dari 
perbualan kami di waktu petang kami telah berbual mengenai bala dan trajedi 
yang telah menimpa, bagaimana masyarakat Kosova sebelum ditimpa bala 
pembunuhan massacre itu.

Navahi yang faseh berbahasa Inggeris telah menceritakan dengan penuh rasa 
segan dan malu mengenai keadaan masyarakat Islam Kosova sebelum berlakunya 
genosid puak Kristian Serbs.

Antara perkara yang beliau sebutkan adalah kaum Muslimin di Kosova telah 
lupa daratan dan membelakangkan Islam. Ramai tidak tahu sembahyang, tidak 
reti membaca Quran, telah lupakan syahadah, dan zina serta meminum arak 
(bir) berleluasa di merata pelusuk. Hanya kaum tua sahaja yang masih ke 
masjid.

Di sebuah bandar kecil bernama Djakova, dimana berlaku pembunuhan massacre 
kaum Muslimin yang terdahsyat sekali, penduduk Islam disana telah berlaku 
syirik terhadap Allah SWT. Mereka menyembah kubur-kubur. Mereka memasang 
lilin (seperti Kristian lakukan dalam gereja) dan menyembah kubur-kubur 
orang-orang alim (saints) yang dianggap keramat. Mereka mendakwa yang mereka 
bukannya menyembah “keramat-keramat” tersebut tetapi menghampiri Allah 
melaluinya. Ini adalah kepercayaan mereka yang nyata sesat. Tidak ada 
“inter-mediaries” atau perantaraan dalam Islam. Ini nyata perbuatan syirik. 
Imam Ismail adalah Imam di masjid Djakova sebelum berlakunya genosid 
pembunuhan orang-orang Islam beramai-ramai di bandar itu oleh puak Kristian 
Serbs.

Di bandar Suhareka, lagi satu bandar di mana pembunuhan secara massacre 
keatas orang Islam telah juga berlaku, penduduk bandar tersebut telah 
mengesa Bilal masjid supaya jangan melaungkan adzan untuk memanggil orang 
mengerjakan solat. Ini kerana adzan mengganggu tidor mereka. (Saya percaya 
ada dikalangan ummah kita yang sama menaruh perasaan benci mendengar adzan, 
atau mereka akan kaleh memekakkan telinga dan mengabaikan solat. Ada yang 
langsung tidak bangun mengerjakan fardhu Subuh).

Di satu lagi bandar di Kosova, seramai 40 orang Islam (lelaki, perempuan, 
kanak-kanak dan orang-orang tua) telah dibawa ke dalam hutan dan diikat. 
Mereka kemudiannya ditembak mati oleh puak Kristian Serbs dengan senjata 
AK47. Di bandar ini hanya gulungan tua sahaja yang ke masjid. Semasa kami 
membuat lawatan rawatan medic kesana kami telah tiba sejurus sebelum masuk 
waktu Maghrib. Pemuda-pemuda disana memberitahu kami hanya orang tua sahaja 
ke masjid. Benar kata mereka kerana apabila kami sampai ke masjid hanya ada 
Imam dan saorang lelaki tua dan rombongan medic kami yang bersolat di masjid 
tersebut. Semasa kami sedang mengedarkan Quran, saorang pemuda yang mulutnya 
berbau arak bir meminta senaskah Quran untuk dibakar buat memanaskan rumah 
beliau (Bandar tersebut dikelilingi hutan. Oleh demikian tidak mungkin tiada 
cukup bekalan kayu untuk bahan api buat memanaskan rumah).

Setelah membuat lawatan ke lelain kawasan di Kosova, kami lihat kebanyakan 
pembunuhan serta kemusnahan harta benda kaum Muslimin berlaku di kawasan 
utara Kosova dimana masjid-masjid jarang kelihatan walau pun majoriti 
penduduk terdiri dari orang Islam.

Bukan niat saya hendak menjatuhkan air muka saudara/i Islam kita di Kosova, 
tetapi untuk mengingatkan kita semua kepada penganjaran dan iktibar di 
Kosova agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama. Saorang lelaki tua 
yang kami temui, yang anak lelakinya telah dibunuh dan rumahnya dibakar, 
telah meminta kami memberitahu umat Islam yang lain apa yang sebenarnya 
telah berlaku. Oleh itu saya hanya menyampaikan yang diamanahkan oleh orang 
tua itu.

Navahi juga memberitahu kami mengenai situasi di Turkey. Datok beliau kerap 
ke Turkey kerana ramai rakan kenalan disana. Turkey, bukannya negara Islam, 
walau pun menonjolkan imej sedemikian. Turkey diperintah gulungan sekular 
yang ekstremis dalam fahaman bahawa agama Islam tiada kena mengena langsung 
dengan pemerintahan negara. Ini sudah merupakan ideoloji kebanyakan 
orang-orang Islam moden masakini. Mereka mendakwa Islam dan politik itu 
berasingan dan tidak boleh dicampur. Gulungan sekular Turkey pernah berkata 
urusan pentadbiran negara hendaklah jangan “tercemar”oleh ajaran Islam 
(saolah-olah politik itu suci dan Islam itu kotor). Mereka mendakwa Islam 
itu perlu disekat amalannya kepada masjid dan rumah-rumah sahaja, dan 
dilarang digunakan di Parlimen, mahkamah dan sebagainya. Pemerintah sekular 
Turkey menganggap hukum-hukum Syariah itu kuno dan purba, sesuai hanya bagi 
puak-puak Arab zaman purba yang hidup di gurun dan menunggang unta. Bagi 
gulungan sekular Turkey undang-undang Syariah tidak lagi sesuai bagi 
masyarakat bertamaddun serba moden masakini, iaitu di zaman kereta, komputer 
dan internet; pro-kebebasan dan hak asasi manusia. Hukuman rejam ke atas 
penzina dan potong tangan yang mencuri dianggap oleh puak sekular Turkey 
sebagai kejam dan tindakan orang-orang yang tidak bertamaddun, dan dengan 
demikian tidak lagi sesuai dilaksanakan. (Tidak terlintas kepada mereka 
bahawa mereka berlaku syirik terhadap Allah SWT). TIDAK KAH SEMUA INI SAMA 
DENGAN KEADAAN KITA?

Wanita di Turkey dilarang berhijab/bertudung menutup aurat. Usaha untuk 
mempelajari agama Islam dijadikan perkara yang susah oleh kerajaan Turkey. 
Pihak berkuasa yang sangat menindas Islam adalah tentera Turkey. Navahi 
mengatakan anggota tentera yang ditangkap mengerjakan solat dikenakan ‘court 
marshal’ (adalah suatu kesalahan mengikut peraturan tentera Turkey untuk 
mengerjakan solat).

Saya menerima e-mail beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi yang dahsyat 
di Turkey baru-baru ini. Beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi tersebut, 
pihak Jeneral-Jeneral tentera Turkey mengadakan temasha keraian (party) di 
apartmen peranginan mereka di pantai Mediterranean. Mereka mengundang 
perempuan jalang dari Israel dan telah bersukaria sakan, meminum arak dan 
berzina. Seterusnya Jenera-Jeneral tersebut telah memanggil saorang anggota 
pangkat bawahan untuk membaca Al-Quran sambil mereka bersukaria, mabok dan 
berzina itu. Anggota pangkat bawahan enggan dan takut berbuat demikian, lalu 
saorang Jeneral merampas Al-Quran itu lalu memijak-mijak Al-Quran itu sambil 
mencabar,” Mana dia Allah untuk selamatkan Quran ini”. Mereka semua ketawa 
terbahak-bahak. Anggota tentera pangkat bawahan telah melihat suatu cahaya 
berwarna merah samar memancar di horizon laut. Beliau ketakutan lalu 
melarikan diri keluar dari apartmen

Jeneral-Jeneral itu. Sejurus kemudian satu ombak yang begitu tinggi melanda 
pantai dan menelan apartmen dengan Jeneral-Jeneral Turkey tersebut kedalam 
laut. Yang berlaku sebijik semacam salah satu bala balasan Allah yang 
difirmankan di dalam Al-Quran. Wallahu ‘alam.

Di Palestine, saya terdengar dari saorang di sana bahawa saorang Yahudi 
pernah berkata kepada saorang Arab, “ Kami Yahudi tidak takut dan gentar 
selagi kami tidak melihat bilangan kaum Muslimin yang menunaikan solat fajar 
berjemaah di masjid sama dengan bilangan kaum Muslimin yang menetap di dalam 
qariah .”

Di Bosnia, kebanyakan orang Islam telah membelakangkan agama mereka sebelum 
berlakunya pembunuhan massacre disana. Mereka telah meniru cara hidup Eropah 
kafir. Zina, arak begitu berleluasa, dan perkahwinan antara Kristian dan 
Islam ( secara murtad) dibenarkan. Orang Islam yang menjaga keimanan mereka 
terlalu sedikit bilangan mereka berbanding dengan yang memilih hidup dalam 
keadaan kejahilan moden dan kesesatan.

Saudara/i Islam, ini hanyalah contoh-contoh kemungkaran dan keingkaran. 
Sekali lagi ditegaskan bukan niat saya mengaibkan mereka, tetapi suatu 
iktibar perlu di ambil. Saya pasti sudah jelas bagi anda semua SEBAB SEBENAR 
berlakunya bala bencana dan trajedi yang dahsyat tersebut. Seperti firman 
Allah SWT didalam Al-Quran : (Terjemahan): “ Janganlah kamu jadikan seruan 
Rasul diantara kamu seperti panggillan sebahagian kamu kepada sebahagian 
yang lain. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang 
beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), 
maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa 
ujian atau ditimpa azab yang pedih.” (Surah An Nuur Ayat 63).

Dan didalam satu lagi ayat Allah berfirman (terjemahan) “ Maka tatkala 
mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan 
mereka semuanya (di laut)”. (Surah Az Zukhruf Ayat 55)

Amaran-amaran didalam Al-Quran itu snagat jelas. Dan Allah SWT tetap tidak 
akan mungkir janjiNya. Bukankah mereka-mereka ini (Bosnia, Kosovo, Turkey) 
telah tidak mematuhi perintah Allah dan RasulNya? Bukankah mereka telah 
mencabar Allah SWT? Ada lah perkara mudah bagi Allah SWT menimpakan azab 
keatas kita atau mengadakan dugaan bagi kita kerana Allah Maha Berkuasa atas 
segalanya. Bala dari Allah SWT itu kalau tidak dalam bentuk pembunuhan, 
Allah SWT boleh turunkan bala itu sebagai wabak penyakit, ribut taufan, 
gempa bumi dan banjir yang dahsyat seperti difirmankanNya didalam Al-Quran.

Jangan pula kita mempersoalkan sifat Allah SWT yang maha pengasih, maha 
pengampun lagi maha adil kerana telah mengizinkan berlakunya pembunuhan 
massacre keatas orang-orang Islam dan kanak-kanak itu. Rahmat Allah SWT 
tetap ujud walau pun kita tidak dapat mengamatinya. Mithalnya, sesetengah 
yang dibunuh itu mungkin orang Islam yang lemah keimanan mereka, dan mungkin 
telah melakukan banyak dosa dan sekiranya mereka mati secara biasa bukan 
mati syahid, sudah pasti tempat bagi mereka adalah api neraka…Wallahu ‘alam. 
Dan kanak-kanak yang terbunuh itu sebenarnya terselamat dari alam sekeliling 
yang berupa jahiliyah moden yang boleh merosakkan mereka dan mungkin apabila 
mereka dewasa kelak, mereka akan murtad atau berlaku syirik atau hidup 
bergelumang dengan dosa. Tetapi Allah SWT telah mengambil mereka kembali 
dari dunia di waktu mereka kecil lagi, dan dengan itu mereka terselamat dari 
membuat dosa, dan Insya Allah akan masuk syurga di akhirat nanti, dan 
sayugia diingatkan akhirat itu adalah kehidupan buat selama-lamanya .

Bukankah ini berupa nikmat dan rahmat Allah jua. Kalau kita percaya hidup 
berakhir didunia ini sahaja maka kita akan melihatnya sebagai trajedi yang 
tidak adil. Tetapi kalau kita percaya kepada akhirat segala-galanya adalah 
ujian dan dugaan dalam perjalanan ke akhirat. Tetapi ini tidak sama sekali 
bermakna kita membiarkan sahaja ummah kita terus ditindas dan menderita 
begitu sahaja. Kita ummat Islam merupakan keluarga yang besar dan menjadi 
tanggungjawab kita untuk membantu mereka dan melindungi mereka kerana meraka 
adalah saudara- saudari Islam kita.

Oleh yang demikian apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan bala 
dari Allah yang berupa bencana alam dan pembunuhan menimpa diri kita dan 
mereka yang kita sayang? Jawapannya sama seperti yang telah diturunkan zaman 
ke zaman. KITA PERLU kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT. KITA PERLU 
memohon keampunan Allah SWT. Kita perlu bersatu dibawah panji dan kalimah 
'La ilaa ha illallah' dan bukan dibawah panji masing-masing. KITA PERLU 
berpegang sepenuhnya kepada HUKUM-HAKAM dan PERINTAH-PERINTAH Allah SWT dan 
berhenti melakukan segala yang dilarangNya. Ini tindakan-tindakan yang perlu 
kita lakukan. Nampaknya agak susah, tetapi ia sebenarnya mudah, Insya Allah. 
Semuanya perlu bermula dari diri dan hati kita. Jangan tinggalkan solat 
fardhu, pelajari dan dalmi ilmu agama kita, dan berdoa memohon Allah SWT 
menguatkan iman kita, dan hentikan bertelingkah antara sesama sendiri 
mengenai perkara-perkara yang remeh. Kita boleh mengelakkan dari ditimpa 
dengan bala pembunuhan dan lain-lain bala keatas diri kita dan keluarga 
kita. Allah SWT telah berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu 
kaum itu selagi kaum itu tidak terlebeh dahulu dengan sendiri berusaha untuk 
mengubahkannya. Kita perlu memulakannya dahulu, dan Allah SWT akan memberi 
kita pertolongan seperti yang dijanjikanNya.

Sebagai bukti, satu keadaan di Kosova. Pada suatu petang saya telah ke 
daerah Opoya, terletak di wilayah selatan Kosova, dan dari mana Imam Ismail 
berasal. Di kawasan itu bandarnya tidak mengalami apa-apa pun. Tiada berlaku 
pembunuhan massacre orang Islam , tiada pula kesan-kesan kemusnahan perang, 
dan tiada tanda-tanda bahawa puak Kristian Serbs telah ke tempat itu. Tetapi 
sebenarnya puak Kristian Serbs telah menetap di kawasan itu selama 8 tahun , 
sama seperti di lain-lain kawasan. Perbedzaan yang dapat kita lihat adalah 
diwaktu Maghrib, masjid di Opoya PENUH. Itu hanyalah waktu solat fardhu 
harian yang biasa. Di hari Jumaat ianya penuh berlimpahan, dan bukan hanya 
kalangan tua sahaja tetapi ramai pemuda sama berjemaah. Dan mereka telah 
beramal walau pun godaan dan pengaruh buruk puak Kristian Serbs telah ujud. 
Kami tidak melihat sesiapa dikalangan orang Islam yang meminum arak disana. 
Saya diberitahu hanya satu tempat sahaja yang dimusnahkan oleh bomb puak 
Serbs, iaitu sebuah kafe yang pernah mensajikan minuman arak. Pelanggannya 
datang dari kawasan lain.

Bandingkanlah perbedzaan Opoya dengan bandar-bandar yang lain. Tidakkah 
jelas dan nyata bahawa kekuatan itu berada di tangan Allah SWT dan bukan 
bergantung sangat kepada tentera yang kuat untuk membalas serangan puak 
Kristian Serbs. Inilah maknanya “La Haula wa laa quwata illa billah”, tiada 
kekuatan atau daya kecuali dengan kehendak Allah SWT. Sekiranya Allah SWT 
tidak mengizinkannya, maka puak Kristian Serbs tidak akan dapat menyerang 
sesebuah bandar itu. Oleh itu jadikanlah ianya suatu pengajaran dan iktibar.

Akhirnya mari kita sama-sama memohon doa’ kepada Allah SWT.

Bismillahhir Rahmaanir Raheem

Ya Allah Tuhan kami. Tingkatkanlah keimanan dan taqwa kami.kepada Engkau Ya 
Allah dan Akhirat. Ya Allah perkenankanlah taubat kami dan ampunkan 
dosa-dosa kami di masa lepas dan yang akan datang. Ya Allah, kami memohon 
taufik dan hidayah dari Mu kerana Engkau sahaja yang boleh memberikannya. Ya 
Allah, tolonglah ummat Muhammad SAW untuk bersatu, dan lindungi kami dari 
pertelingkahan sesama sendiri. Ya Allah kami berlindung dengan Engkau dari 
Syaitan, Dajjal, dan dari tamak haloba.

Ya Allah! Hapuskanlah kekejaman dan penderitaan yang dihadapi oleh 
saudara-saudari Islam kami di Maluku, di Palestine, di Chechnya, dan diamana 
saja mereka ditindas. Dan jika ditakdirkan mereka gugur, tetapkanlah Ya 
Allah bagi mereka mati dalam syahid, mati dalam memperjuangkan agama Engkau 
Ya Allah, dan mati dalam beriman. Ya Allah! Musnahkan kaum yang kafir untuk 
kami kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa. Pecah-belahkan mereka 
dan tanamkan ketakutan kedalam hati mereka.

Ya Allah kami adalah makhlok Engkau yang lemah. Tolonglah kami Ya Allah 
kerana tiada kuasa melainkan kuasa Engkau Ya Allah. Selawat dan salam kepada 
Nabi Muhammad SAW, pesuruh Engkau Ya Allah Tuhan semesta alam. Wa 
billaahit-tawfeeq wal hidayah. Subhanaka Wabihamdika wa ash-hadu allaa 
ilaaha illa anta. Wa nastaghfiruka wa na tuu bu ilaik Wasallallaahu ‘alaa 
Muhammaddin Nabiyil Wa ‘alaa aalihi wasahbihi wassalam.
Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!



--------------------------------------------------------------------------------

CATITAN PENTING:
Saya harap anda semua saudara-saudari Islam di Malaysia akan membaca kesemua 
bahagian ucapan diatas dengan teliti. Ini bukannya perkara yang boleh 
diambil ringan. Bagi kita di Malaysia bukankah bukti-bukti dan tanda-tanda 
sudah jelas bahawa apa yang berlaku di Bosnia, Kosova, Turkey dan lain-lain 
yang mempelawa bala diturunkan oleh Allah SWT sudah pun berlaku di Malaysia 
dengan berleluasa?

1) bilangan yang murtad di Malaysia semakin bertambah, dan pihak berkuasa 
saolah mengalakkannya

2) zina dikalangan orang Melayu sudah berleluasa

3) arak dijual di merata tempat (7 Eleven pun ada menjualnya) dan ramai 
orang Islam minum arak – lihatlah di Bangsar.

4) Kerajaan di Malaysia adalah sekular ( diakui sendiri dengan agkuhnya oleh 
Perdana Menteri Dr Mahathir) Alhamdulillah belum lagi sekular ekstrim 
seperti di Turkey tetapi dengan hasutan syaitan nampaknya Malaysia menuju ke 
arah kerajaan UMNO-BN sekular yang ekstrim yang sudah pun mula menyekat dan 
membendung serta menindas Islam ( di Pahang ceramah agama di masjid/surau 
sudah pun dianggap haram, dan para ulamak dan ustaz sudah pun diharamkan 
dari berceramah di masjid-masjid diseluruh negara kecuali di Kelantan dan 
Terengganu yang diperintah BA (PAS). Diharap kita tidak menuggu sehingga 
gempa bumi yang sangat dahsyat atau banjir besar yang sangat memusnahkan 
berlaku sebelum kita sedar bahawa hari demi hari Dr Mahathir dan UMNO-BN 
mempelawa bala dari Allah SWT diturunkan menimpa Malaysia.

5) Masjid/surau hanya satu dua saf untuk solat fardhu, kadangkala hampir 
kosong (hanya 10 orang solat Maghrib di Masjid Negara pada hari Black 14 
pada Sabtu 15 April 2000) - suatu survey tidak berapa lama dahulu 
menunjukkan hanya 10% orang Islam yang lengkap sembahyang 5 solat fardhu 
sehari. Keadaan yang serupa ujud di Kosova sebelum berlakunya pembunuhan 
rambang kaum Muslimin oleh puak Kristian Serbs. Jangan ingat jiran kita yang 
Cina dan India yang bukan Islam itu tidak mungkin bertindak ganas seperti 
puak Kristian Serbs di Bosnia dan Kosova. Tanda-tanda dah pun ada. Yang 
beragama Kristian dikalangan mereka akur bahawa Shah Alam itu kawasan 
majoriti Melayu islam tetapi mereka berdegil dan mahu teruskan membina 
Komplek Gereja terbesar di Shah Alam, dan kerajaan UMNO-BN pula mengalakkan 
mereka.

6) Undang-undang Shariah di ketepikan dan diambil ringan, atau seperti yang 
berulangkali ditimbulkan oleh Dr Mahathir, Ling Liong Syik, Lim Kheng Yaik, 
Hamid othman dan lain-lain pemimpin UMNO-BN dan “ustaz UMNO”undang-undang 
Shariah sudah tidak sesuai dengan zaman IT ini atau tidak boleh dilaksanakan 
oleh masyarakat berbilang kaum dan agama

7) Ada segelintir orang Melayu yang tidak boleh menyebut shahadah. Jangan 
terperanjat.

8) Rasuah berleluasa, dari Menteri Kabinet, tokoh-tokoh UMNO-BN, 
pegawai-pegawai tinggi kerajaan hinggalah ke peringkat bawahan. ( Malahan 
satu sebab utama kaum Cina mengundi BN adalah kerana rasuah, salahguna kuasa 
yang berleluasa memudahkan mereka untuk mengkayakan diri ).

9) Ketidak adilan begitu nyata sekali. Mahkamah dan kehakiman sah dikawal 
sepenuhnya oleh Perdana Menteri Dr Mahathir

Senarai kemungkaran dan keigkaran ini begitu panjang sekali. Dan 
segala-galanya adalah tanda-tanda yang sama dilihat di Bosnia dan Kosova 
sebelum genosid dimana puak Kristian Serbs telah membunuh dengan rambang 
untuk mencuci berseh orang Islam telah berlaku. Dan jangan terperanjat kalau 
keadaan sama berlaku di Malaysia ini. Adakah kita memileh untuk berdiam dan 
menuggu sahaja tanpa berbuat sesuatu sekarang juga. Kita tunggu sehingga 
bencana menimpa, tunggu sehingga kita dapat melihat anak isteri kita dan 
kita sendiri disembelih, tunggu sehingga lain-lain bala dari Allah seperti 
gempa bumi, banjir besar , ribut taufan melanda Malaysia barulah kita sedar 
dan tergesa-gesa kembali ke jalan Allah ? Adakah bala dari Allah yang kita 
idamkan?? Gempa bumi dan ribut taufan tak berlaku di Malaysia? Kalau 
dikehendakki Allah gempa bumi yang dahsyat yang memusnahkan hampir 
kesemuanya rakyat boleh berlaku esok lusa. Samada kita kembali ke jalan 
Allah atau kita mempelawa bala diturunkan oleh Allah ketas Malaysia adalah 
pilihan kita sendiri. Apa jua yang bakal berlaku, kita dan keluarga kita 
yang akan menanggungnya.. .


Diterjemahkan (sedaya yang boleh) oleh Tarabulsi semata-mata kerana Allah 
SWT.

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "sbab sb" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke