*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
   
(lama tak jumpa ..apa khabar semua, harap sihat semua...yang penting
dirahmati Allah)

sambungan....Psikoanalisis

Hasil daripada kajian dan pemerhatian Freud, Beliau telah mengatakan bahawa
manusia mempunyai tenaga-tenaga seks semasa dilahirkan. Tenaga ini dikenali
sebagai kuasa naluri (instinct) dan akan membentuk pribadi kita bila dewasa
kelak 

(Freud telah mengajak pembicaraan seks secara terbuka…. Kalau dibuat secara
tertutup maka ia kaan menimbulkan masalah kepada personaliti (pribadi )
seseorang. Seks bila dibicara tanpa batasan atau sesedap rasa akan jadi
lucah dan menjijikan…seks atau kehendak jantina ada pada setiap manusia
yang norma….manusia gila …tak tahu pula saya. Mungkin sebaab inilah teori
Freud diterima baik dalam masyarakat Barat…seks dalam masyarakat barat ,
faham-faham sendiri saja lah. Islam, tak pernah halang seks. Tapi seks
dalam Islam adalah terkawal lagi suci…iaitu mengikut prinsip akhlak dan
tamadun yang tinggi. Seks mempunyai kaitan rapat dengan nafsu (mungkin adik
beradik) . manakala nafsu adalah alat untuk syaitan goda manusia. Salah
satu cara untuk menangani seks ialah dengan cara khawi dan kalau tak mampu
puasa ….baru sah dan halal dan  bila sah dan halal aktiviti seks boleh
menjadi ibadah…. Saya berpendapat seks tidak boleh dibacarakan secara
terbuka….kalau dibuka-buka ….malulah…sedangkan malu itu sebahagian daripada
iman. Dalam al-Qur an disebut seperti berikut :
Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka
datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki.
Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertaqwalah kepada Allah
dan ketahuilah ahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira
orang-orang yang beriman. (QS. 2:223)….tengok betapa cantiknya bahasa )

Mengikut Freud juga kehendak tenaga seks ada yang tidak dapat dipuaskan
pada zaman kanak-kanak, kanak-kanak selalu dihukum apabila cuba mengalami
(mencuba) kehendak seks. Akibat daripada tindakan ini maka kanak-kanak akan
memendam rasa atau menekan kehendak seks ke alam tak sedar (tak kabar).
Kehendak di alam tak sedar ini akam berusaha untuk melepaskan 'diri' semula
ke alam sedar.

( Persoalan mungkin timbul..bagaimana kanak-kanak kecil (malah peringkat
bayi) ada kehendak seks ? Tahu ke.. kanak-kanak tentang seks?..bagaimana
cara kanak-kanak melepaskan kehendak seksnya ? kanak-kanak atau bayi mana
boleh kawin lagi..Freud saja yang cuba menjawabnya (dia rasa dia pandai
….biar dia lah) Mungkin juga ada di kalangan kita akan berkata karut betul
teori ini, tapi kalau kita nak kata karut kita kena ada bukti..bahawa ia
karut. Saya secara pribadi pun tak setuju dengan teori Freud, tak logik
rasanya bila Freud kata kanak-kanak akan dapat merasai seks apabila menyusu
dengan ibunya (atau dengan bahasa kasar sikit isap buah dada …ada ke
patut.. kalau orang dewasa, mungkin juga ). Tapi saya berfikiran positif,
tak suka kritik tak tentu pasal (kok sir). Mungkin teori Freud ada
benarnya…tapi betul dan sesuai untuk orang yang tak beriman daan
bertakwa…tak kira lah Muslim atau non-Muslim. Orang beriman macam kita nih
(Insya Allah) susah nak diaplikasikan (dikaitkan)……….teori ini bagi kita
.tak ada kaitan langsung antara yang hidup dan yang mati…rekaan semata-mata
)

Freud juga telah menyarankan tiga sistem yang berinteraksi sesama sendiri
dalam diri manusia iaitu Id, Ego dan Superego. Id ialah kehendak naluri
manusia, contohnya lapar, mengatuk , dan seks. Ego pula ialah penggerak
untuk memenuhi kehendak Id, seperti makan untuk lapar, tidur untuk
mengantuk. Superego pula ialah pegangan moral untuk mengawal Id dan Ego.

(Saya rasa mungkin konsep Id, Ego, dan superego dibentuk oleh Freud untuk
menggantikan  peranan agama atau akhlak. Freud sebenarnya tak berapa setuju
dengan peranan agama. Pemikirannya selari dengan Karl Marx (Komunis)
..Freud kata jika seseorang itu tak ada superego, maka ia akan jadi ganas,
membunuh dan menrompak…Itulah kita, kalau nak pandai-pandai sendiri buat
ukuran akhlak dan agama tanpa merujuk Allah (Pencipta manusia) dan Rasul,
maka nampak macam bodoh saja pendapat seperti ini)

(Freud sudah lama meninggal dunia, entah apa yang dia buat di alam kubur
kita pun tak tahu. Lepas ini saya pula yang mati..Saya tak bermaksud untuk
berkrisis dengan teorinya..cuma sekadar mengeluarkan pandangan saja,
siapa-siapa boleh tak bersetuju dengan saya…kita bincang cara baik…cara
adik beradik)

siri yang lepas boleh dilihat dalam

http://members.tripod.com/psi_nik

wassalam











 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke