Title: Pertanyaan kepada Yg Tahu: Apakah itu "Bakso"? -

Assalamu'alaikum warga Hizbi sekelian,

Semalam saya sekeluarga pergi ke Seri Muda Shah Alam mencari perabot.  Cari punya cari kedai, saya ternampak sebuah restoran makanan (yg saya kurang nampak "tanda niaga" dia samada restoran Islam ke tidak) yg ada menjual "Bakso", "Soto" & "Rojak".  Saya jeling-jeling jugak ke dalam restoran, tengok ada "kakak" bertudung jadi cashiernya, so saya buat kesimpulan sendiri yg restoran tu restoran makanan Islam lah, kot!

Yang jadi persoalan saya....  apa benda "Bakso" tu?  Bukankah "Bakso" tu makanan orang Indonesia?  Ada tak sesiapa yg pernah makan "Bakso"?  Saya tahu itu makanan Indonesia sebab saya pernah menontong VCD filem Indonesia yg mana dalam satu adegan tu si pelakon utama ada meng"order" bakso ni.  Dalam filem tu, penjual bakso tu "mengandar" jualannya macam penjual nasi kandar - macam si Wahid Satay dengan Mat Sentul jual satay dalam filem "Pontianak di Gua Musang" tu laa.....  Dalam filem Indonesia tu, saya tengok pelakon tu makan macam SEDAPPPP sangat "bakso" tu!

Soalan cepumas hari ni:

Apakah bakso tu halal? 
Apakah "ingredient"nya?

Errrr... nasib baik kita tak "mengandung", kalau tidak..... sure semalam kita dah paksa husband kita singgah kat  restoran tu weiiii...! 

Saya rasa salah satu sebab mengapa ada "bakso" dijual kat situ ialah kerana Seri Muda Shah Alam tu ramai Minah & Mat-mat Indon serta kaum kerabat si "Dant Tut" - Bangla.....  rasa macam berjalan kat pekan Jawa atau Dhaka aje!  Anak saya yg umur 6 tahun pun pandai tengok rupa mamat Bangla & Indon......  dia kata:  "Ibu, kita ni kat negeri orang Bangla, ya?!"...  Kami husband & wife tergelak bagai nak rak sebab kalau tengok betul-betul, muka si mamat-mamat Bangla ni semuanya "se-pesyen" aje!

Back to BAKSO.... jika ada warga Indonesia dalam mailing list ni ataupun sesiapa yg tahu, tolonglah e-mail kepada saya, saya "curious" sangat!

Segala info yg diberi itu didahului dengan ucapan:  Jazakallah....

Wassalam

Kirim email ke