*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Artikel di bawah saya terima dari mailing list lain, tetapi saya ingin menyentuh
tentang dua paragraph terakhir.
1. Antara tanda-tanda kiamat ialah Islam tinggal pada nama sahaja, masjid akan sunyi
dari zikir, dan orang-orang paling buruk ialah ulamak-ulamak yang bukannya mengajar
Islam sebenar tetapi menimbulkan fitnah-fitnah menentang Islam sebenar. Elok kita
berhati-hati supaya mengenali mereka dan tidak terpengaruh dengan mereka.
2. Rasulullah menceritakan perkara-perkara buruk pada umat Islam akhir zaman yang
menjadi tanda-tanda kiamat. Maka insya Allah, kita periksa diri kita supaya tidak
termasuk dalam gologan yang dikisahkan.
Osman Mia
http://dimashq.hypermart.net
-----Original Message-----
From: Yatie [EMAIL PROTECTED]
Sent: Sat, 22 Apr 2000 10:30:55 +0700
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Subject: [islah-net] Fw: TANDA KIAMAT
>TANDA-TANDA KIAMAT
>
>Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang,
>tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah
>yang
>kamu semua sedang bincangkan.?"
>
>Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
>Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum
>kamu melihat sepuluh tanda :-
>1. Asap
>2. Dajjal
>3. Binatang melata di bumi
>4. Terbitnya matahari sebelah barat
>5. Turunnya Nabi Isa A.S
>6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
>7. Gerhana di timur
>8. Gerhana di barat
>9. Gerhana di jazirah Arab
>10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat
>pengiringan mereka.
>Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak
>Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja
>perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah
>matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah
>orang kafir'.
>
>Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila
>orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena
>selsema,
>sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar
>dari hidung, telinga dan dubur mereka.
>
>Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota
>Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan
>jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi
>Sulaiman A.S.
>
>Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka
>akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila
>tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini
>adalah orang kafir'.
>
>Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh
>dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
>
>Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu
>golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini
>berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain.
>Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya,
>sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau
>pun setitik.
>
>Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda,
>bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan
>begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata,
>memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan,
>orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih
>banyak menonjol dari ahli haq"
>
>Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya
>akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya
>dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu
>sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada
>zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu
>akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah
>tanda-tanda hari kiamat."
>
>Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa
>perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta
>rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama,
>orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan
>teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin
>kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan
>tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua
>itu adalah tanda-tanda kiamat."
>
>
>
__________________________________________________________________________
Visit http://www.visto.com/info, your free web-based communications center.
Visto.com. Life on the Dot.
The content and views expressed in this message do not in
any way reflect the opinions or policies of McAfee.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Osman" <[EMAIL PROTECTED]>