*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

First time teman dengar ada ulasan dari sorang ustaz
yang mengatakan; pada asasnya kita dianjurkan kawin 2,
3, atau 4 kemudian baru 1 - maknanya kawin 1 ni
sehabis2 koman lah.  Sebagai contoh, kalau anda dari KL
hendak ke KLIA; anda boleh naik executive coach, kalau
mampu naik teksi, ataupun limousine.  Kalau dah pokai
sangat, naiklah LRT atau jalan kaki.  Jadinya kawin
sorang ni ialah yang terkoman; yang terlebih utama
ialah lebih dari 1 especially yang koceknya loaded,
punya "uummpph" walaupun tanpa ginseng/tongkat ali, dan
berwibawa. Infact, ada sesetengah pendapat kata jatuh 
berdosa kalau tak kawin lebih (ustaz tu tak sempat nak
bagi rujukan pendapat tu). 

Sekiranya anjuran diatas benar2 diikuti, sudah pasti
masaalah andartu dan berjuta single woman dapat diatasi.
Masaalah adil itu masaalah perlaksanaan yang boleh
diperbaiki dari masa kesemasa, malah para2 isteri boleh
turut sama membantu suami untuk menjadi lebih adil.
Untuk adil yang hakiki memang tak dapatlah. 

Bilakah agaknya kaum hawa akan membuat satu paradigm
shift dalam menghadapi persoalan ini dengan menggalak
kan sepenuh hati tanpa was2 malah turut sama mencarikan
madu2 untuk laki dia orang. Jika itu terjadi.....
itulah sebuah mimpi yang mengejar realiti dari syurga
ilusi...

Oleh kerana isu poligami ini sudah dibahas dengan
panjang lebar sebelum ini, TAK USAHLAH ianya dibahas
lagi. Cumanya, kalau sesiapa yang ada access kepada
pendapat2 bijakpandai Islam yang mengatakan berdosa
dengan 1 jika mampu, mungkin bolehlah kemukakan untuk
pengetahuan tambahan dan boleh dijadikan bahan renungan
bagi kaum hawa dan menangkis anggapan salah mengenai
mengapa ramai pemimpin2 Islam yang kawin lebih. 

Wassalam

"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap
 perempuan2 yatim (apabila kamu berkahwin dengan 
 mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang
 kamu berkenan dari perempuan2 (lain): DUA, TIGA
 atau EMPAT. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan
 berlaku adil (diantara isteri2 kamu) maka (berkahwin
 lah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba2
 perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah
 lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak 
 melakukan kezaliman.." An-Nissa'; ayat 3
 

-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke