*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A'kum


Saya cuba jawab soalan sdr di bawah. mungkin sdr kurang
memahami isu sebenar.

sila lihat jawapan saya dibawah.


--- Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net   
>  }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]       
>  }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]   
>  }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum wbt,
> 
> Saya teringat akan hadis nabi yg menegah drp
> memberikan sesuatu jawatan/jabatan kpd seseorg yg nak
> sangat jabatan/jawatan tersebut.
> 
> Saya juga teringat akan hadis nabi yg membicarakan
> tentang hal khianat dlm amanah di mana sesuatu jawatan
> itu tidak diberikan kpd ahlinya.
> 
> Di sini saya ingin sampaikan kisah pertandingan
> jawatan dlm mesyuarat agung Surau An Najah yg baru
> diadakan beberapa minggu yg lalu:
> 
> -------------------------------------------------------
> Penyandang (Kumpulan A) diketuai oleh En R. Dikenali
> sebagai org yg rajin mengimarahkan surau.
> 
> Pencabar (Kumpulan B) diketuai oleh Pak A. Pak A
> merupakan Ketua PAS caw. taman perumahan di mana Surau
> An Najah berada. Nampak macam alim, tetapi amat jarang
> ke surau. Lebih banyak ber'bincang' di restoraan.
> 
> Sebelum pertandingan, pihak pengerusi mesyuarat telah
> meminta Pak A membela diri. Sebenarnya utk
> membersihkan nama ... sebab dulunya PAk A ni adalah
> pengerusi surau, tapi telah meletak jawatan. So
> sekarang nak bertanding baliklah.
> 
> Setelah diadakan pertandingan bagi merebut jawatan
> Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari ... maka Kumpulan
> B telah menang semuanya. Malah dlm pertandingan utk
> jawatan pengerusi, Pak A telah mengalahkan En R dgn
> kemenangan 2 undi. Tambah menarik lagi, Pak A telah
> dicalonkan oleh Tim Ketua Umno cawangan dan disokong
> kuat oleh org-org kuat politik (umno & adil) yg sering
> kelihatan di warong kopi.
> 
> Jawatan lain akan dilantik kemudian termasuk imam,
> bilal dll.
> 
> Apa yg saya kesalkan di sini ialah tentang pandangan
> dan kritikan Kumpulan B terhadap pentadbiran AJK lama
> sepanjang mesyuarat agung tersebut, antaranya:

> 1. Mengapa membiarkan kumpulan tabligh bergiat cergas
> di surau ini?

Jawapan : kumpulan tabligh bergiat tanpa pengetahuan
pengerusi dan kebanyakan AJK. Kumpulan tabligh ada kalanya
bermalam di surau tanpa kebenaran. pengerusi dan AJK
bertanggungjawab atas hartabenda surau dan kebersihan
surau. Adakalanya ahli jemaah tabligh yang tidur tanpa alas
di dalam surau. Air liur basi yang najis itu boleh
mencemari surau. Sewajarnya kebenaran bermalam diperolehi
dahulu sebelum tidur disurau. bukannya langsung tidak
membenarkan bermalam di surau.

kedapatan juga jemaah tabligh yang enggan menghadiri
walimah jika walimah atau kenduri diadakan pada malam
tertentu. ini sebenarnya sudah lari dari sunnah. padahal
jika seseorang itu berpuasa sunat pun digalakkan berbuka
puasa oleh rasul jika dijemput datang kenduri.


> 2. Mengapa membenarkan microphone digunakan oleh
> kumpulan tabligh?

Jawapan :  Sebenarnya jemaah tabligh enggan menggunakan
microphone bila ada ceramah ataupun usrah dengan alasan
biar orang yang nak ilmu datang ke surau. Itulah sebabnya
Pak A beranggapan ini tidak wajar kerana terdapat juga
wanita ataupun lelaki yang uzur tidak dapat hadir dan tidak
dapat mendengar ceramah tersebut.

> 3. Mengapa diberikan banyak kebebasan kpd bangla?

Jawapan :  sebenarnya terdapat beberapa peristiwa dimana
ada bangla yang sengaja menggunakan microphone tanpa
kebenaran AJK sewaktu malam tahlil dan solat hajat di
sekolah sebelah surau hingga menganggu perjalanan majlis. 

Ada juga kes dimana bangla ini enggan berimamkan imam
dihadapan dan melantik imam sendiri pada masa yang sama. 

Ada juga kes dimana saya sendiri marah pada AJK lama kerana
tidak membenarkan bangla bersolat di saf yang pertama,
kerana menurut AJK berkenaan biar bangla respek sikit orang
tempatan. My ass. Sapa yang ajar ajk tu orang tempatan kena
di respek. kalau ngko datang lambat solatlah di saf
belakang. orang tu datang awal dan rebut saf pertama.
biarlah.

> 4. Mengapa dibenarkan bangla utk buat kuliah?
> [Sebenarnya usrah dia orang aje].

Jawapan : dalam bab ni saya setuju dengan saudara, ada
bunyi-bunyi yang saya sendiri dengar bila jemaah bangla
guna microphone(dengan kebenaran ajk) berbahasa bangla buat
ceramah. Menurut yang kaki komen tu surau ni dah jadi surau
bangla. Saya katakan padanya ilmu Allah ni bukannya dalam
bahasa melayu sahaja. So kalu nak dengar dan faham dengar
lah tapi kalau tak nak better diam dan biarkan.


FYI, Pak A ni bukannya, I repeat BUKANNYA anti dengan
tabligh, sebab dah beberapa kali dia beritau saya kumpulan
tabligh ni menyelamatkan jemaah islam dari segi fardhu
kifayah iaitu mendakwahkan mengajak orang ke surau padahal
ada yang lain tak berkemampuan berbuat demikian. 

Tetapi apa yang Pak A ni tak suka is pendekatan jemaah
tabligh. Majlis walimah jika diadakan pada hari Sabtu malam
Ahad sudah hampir pasti mereka tak datang kerana ada
program di mesjid Sri Petaling. dan pada hari Ahad
sekiranya ada majlis gotong royong di surau atau majlis
kenduri kawin mereka ini jarang hadir, juga kerana program
di mesjid Sri Petaling. Mereka kurang bersosial dengan
masyarakat setempat. mereka dengan puak mereka sendiri dan
tak nak join dengan orang lain even dengan imam-imam surau.
So dalam erti kata lain pendekatan mereka kurang berkesan.
Macamana masyarakat nak kenal mereka dan menurut jejak
langkah mereka jika mereka sendiri kurang bertemu
masyarakat. Jika bertandang ke rumah pun enggan masuk rumah
jika di pelawa bersungguh oleh tuan rumah.

> 
> Kiranya ... kumpulan B ni amat anti dgn tabligh dan
> bangla. Sedangkan yg nyata, jamaah bangla menguasai
> 60-80% drp bilangan ahli jemaah setiap waktu solat.
> Lebih-lebih lagi, mereka telah berjaya mengislamkan
> seorg India warga tempatan.
> 
> Sedangkan Pak A dan setiausahanya amatlah jarang
> mengimarahkan surau. Kecualilah dlm majlis-majlis
> tertentu. Mereka tetap org kuat juga.

====>  FYI setiausaha baru juga termasuk dalam kumpulan
tabligh dan biasa memberikan bayan di surau.

> 
> Mungkin sdr Pemuda Cawangan lebih arif dlm hal ini.
> Bukan niat nak memburukkan individu, tapi saya sungguh
> hairan ... macamana seorg Ketua Pas berfikiran begitu
> anti dgn kumpulan tabligh dan bangla yg sama-sama
> ingin mengimarahkan surau.
> 
> ##Pemerhati mesyuarat.
> 
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Send instant messages & get email alerts with Yahoo!
> Messenger.
> http://im.yahoo.com/
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body :
> SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan  
>           )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net       
>           )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]         
>           )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>
> 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke