*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum buat para netter hizbi.

Saya ingin mengutarakan satu kes untuk mengetahui
hukum- hakamnya dari segi agama.  Saya minta kerjasama
netter yang 'ahli dalam hal ini' utk memberi respond.

Seorang wanita ingin memohon cerai.  Suaminya tidak
memberi nafkah , suka berbohong dan juga telah
mempunyai isteri yang lain. Mereka juga tinggal
berasingan. Tetapi suaminya tidak mahu menceraikan
isteri tersebut kerana isteri itu merupakan 'bank'
kepada si suami.

Utk tidak mahu menyusahkan suaminya perihal tuntutan
nafkah dsbnya, siisteri telah memfailkan utk bercerai
dengan alasan suami beliau missing in action.  Suami
beliau tidak tahu-menahu mengenai hal ini.  Alamat
suami yang tertera didalam borang adalah alamat org
lain dan bermakna sebarang surat menyurat tidak akan
sampai ke tangan suami tersebut.

Bermakna, selama suami itu tidak tahu keujudan kes
ini, maka selama itu tuntutan dengan mengatakan
suaminya 'hilang' akan berjaya.

Masalah yang saya sedang fikirkan sekarang,

a) Jika mahkamah menjatuhkan talak kepada siisteri
dengan menerima tuntutan tersebut, adakah sah
penceraian mereka kerana ujud unsur penipuan dalam
tuntutan tersebut?.

b) Bolehkah suaminya membawa balik hal ini ke mahkamah
jika suami beliau tidak berpuas hati dengan keputusan
penceraian tersebut.  Bolehkah mahkamah menarik balik
keputusan sebelumnya?.

c)  Bolehkan siisteri memberi reason mohon bercerai
atas sebab suaminya tidak memberi nafkah dan walaupun
begitu beliau akan menghalalkan semua nafkah tersebut
selepas beliau diceraikan(tiada tuntutan akan dibuat)

Saya amat menghargai jawapan ilmiah dari netter semua.
Terimakasih.

-yang ingin tahu-






  

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: imazz <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to