*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Dizaman ini, dimanakah agaknya bersembunyi wanita yang tak pernah
ada teman lelaki? Bagaimana pula sekiranya si lelaki pernah ada
beberapa wanita dalam diari hati, sebelum beristeri - adakah
"it's ok" sebab itu perkara semulajadi (seorang lelaki)?  Dalam kes 
ini,  seandainya anda mengadili, dimana kesalahan hendak diletakkan.

------------------------------

Isteri mengaku ada lelaki lain 

04 May 2000 
                  
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan disini, 
semalam, diberitahu oleh seorang suami mengenai pengakuan isteri yang
baru dua bulan dinikahinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Sjarifuddin Mohd Kamal, 27, berkata pengakuan oleh isterinya,
Suhaidah Hashim, 25, menjadi punca utama pergaduhan yang 
menyebabkannya melafazkan cerai sehingga dua kali.

Kedua-dua lafaz, katanya, dibuat dalam tempoh sembilan hari. Pasangan
itu bernikah pada 21 November tahun lalu.

Dalam permohonan pengesahan lafaz cerai yang dikemukakannya, dia 
berkata lafaz pertama dibuat pada 21 Januari lalu.

Lafaz berbunyi ‘Suhaidah, saya cerai’ itu dibuat di rumah mereka di
Taman Sentul Jaya di sini, kira-kira jam 7.45 petang.

Dalam keterangannya, dia berkata: “Selepas berkahwin, isteri saya
masih menghubungi lelaki itu yang berkawan dengan isteri saya ketika 
kami masih bertunang lagi.

Dia (Suhaidah) mengaku ada hubungan apabila saya bertanya kepadanya 
selepas ternampak nombor telefon lelaki itu di telefon bimbit saya 
yang didail isteri, sebelum itu.”

Menurutnya, dia mengenali lelaki terbabit yang juga teman sekerja
isterinya.

Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Syarie, Tawadzo Abbas. Menjawab 
pertanyaan Tawadzo mengenai keadaannya ketika lafaz pertama dibuat, 
Sjarifuffin berkata: Saya dalam keadaan marah, ketika itu. Memang 
marah sangat. Namun sebenarnya, saya tidak sengaja dan sebab itu, 
lafaz itu terhenti begitu saja. Saya mahu tarik balik (lafaz). Dia 
berkata, selepas lafaz berkenaan, mereka masih tinggal sebumbung dan 
isterinya tidak lagi menghubungi atau berjumpa lelaki terbabit. Mereka
bagaimanapun, katanya, tidak merujuk sehinggalah lafaz kedua dibuat 
kira-kira jam 6.45 petang, 30 Januari lalu.  Sejak pengakuan isteri,
kami asyik bergaduh. Setiap kali bertengkar, saya mengungkit apa yang
berlaku. Saya lafaz sekali lagi ketika kami bergaduh.

Tambahan saya sendiri tidak pasti apakah lafaz pertama sah atau tidak,
katanya.

Menurutnya, mereka merujuk pada 16 Februari lalu.

Suhaidah, ketika memberi keterangan, menafikan mempunyai hubungan 
sulit dengan lelaki terbabit.

Suami dapat tahu saya ada hubungan dengan lelaki lain, tetapi niat
saya, bukan untuk menjalin hubungan sulit.

Sebenarnya saya menghubungi lelaki itu untuk memintanya membayar 
hutang saya, sekitar RM300 atau RM400. Itu saja, katanya.

Ditanya Tawadzo, mengapa dia tidak memberi penjelasan kepada plaintif,
katanya: Saya tidak mempunyai apa-apa niat. Jika tidak, tentu saya 
tidak telefon lelaki itu menggunakan telefon bimbit suami.

Suami saya bagaimanapun tidak puas hati dengan jawapan saya. Apabila
lafaz pertama berlaku, masing-masing tidak tahu apakah jatuh talak 
atau tidak.

Selepas lafaz kedua, saya keluar dari rumah sebelum kami merujuk.

Mahkamah, selepas mendengar keterangan mereka, mensabitkan perceraian
dengan talak satu, kali pertama berjumlah satu talak.

Tawadzo, ketika membaca keputusan, berkata: Lafaz pertama dibuat, 
tetapi tiada rujuk. Kemudian berlaku lafaz kedua menyebabkan hanya 
lafaz pertama terikat.

Lafaz kedua tidak sah kerana pasangan ketika itu bukan lagi suami
isteri.

Berdasarkan keterangan, ini mungkin salah faham dan saya nasihatkan 
plaintif supaya berhati-hati pada masa depan.


__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: man asmara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke