*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
…….sambungan……

 Tajuk : Petunjuk Yang Benar Hanyalah Dari ALLAH SWT.
     Muslimin/muslimat rahimmatulmullah.Apabila kita
menyebut petunjuk daripada ALLAH SWT,maka sudah tentu
boleh terbayang dan terlintas di fikiran kita bahwa
petunjuk itu tidak lain dan tidak bukan ialah al-Quran
dan as-Sunnah,yang telah ditinggalkan oleh ALLAH SWT
kepada kita.Sepertimana firman ALLAH dalam Suratul
Baqarah berhubungdengan petunjuk Nya yang mahal
itu,yang bermaksud,
“Dan di bulan Ramadan itulah,Kami telah menurunkan
Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia,dan menjadi
bukti bagi petunjuk dan menjadi al-Furqan yakni
membezakan diantara haq dan kebathilan.”
[ Di dalam bulan Ramadan lah ALLAH telah menurunkan
petunjuk yang paling hebat.iaitulah al-Quranul
Karim.Yang menjadi pegangan kalau diamal isi
kandungannya secara benar,yakni manusia akan dipimpin
oleh ALLAH SWT.
Sebab itu,ALLAH SWT begitu marah dan murka kepada
kita,kerana satu persoalan yang boleh kita lihat dalam
al-Quran.Persoalan itu adalah untuk umat Islam fikir
dan jawab,iaitulah ayat daripada Surah Ali Imran yang
bermaksud,
“Bagaimana kamu boleh kufur dan ingkar? Bagaimana kamu
boleh lawan Islam ni? Bagaimana kamu boleh tak percaya
kepada para ulama yang muktabar? Sedangkan telah
dibacakan kepada mu ayat-ayat ALLAH,yang merupakan
mukjizat yang boleh dipegang.”
…Kita umat Nabi Muhammad s.a.w. memang beruntung
tuan-tuan,kerana boleh pegang mukjizat yakni
al-Quran.Tapi orang-orang Bani Israil,mereka tidak
boleh memegang mukjizat Nabi Musa a.s.; yakni tongkat
yang boleh bertukar menjadi ular.Seperti dalam firman
ALLAH yang bermaksud,
“Lalu Musa melempar tongkat itu,maka menjadilah
tongkat itu ular yang besar.”
…Tongkat ini,Bani Israil tak boleh pinjam daripada
Nabi Musa.Contohnya,kalaulah depa jumpa Nabi Musa dan
minta pinjam tongkat itu untuk belah buah nyok,mereka
akan dapati tongkat itu tetap tongkat,dia tidak akan
bertukar menjadi golok.Yang hanya boleh menukar
tongkat itu menjadi ular ialah daripada tangan Nabi
Musa a.s..Jadi maknanya,umat Bani Israil tak boleh
pegang mukjizat rasul mereka.Tapi kita ni cukup punya
beruntungnya,kerana boleh pegang/boleh baca/boleh
hafal mukjizat Nabi s.a.w.Punya untungnya kita; tapi
yang ALLAH marah sangat tu,bila tiba-tiba kita memilih
jalan kekufuran.ALLAH tanya kita,
”Nak jadi apa ni? Tidakkah ayat-ayat ALLAH dibacakan
kepada kamu? Tidakkah al-Quran dihuraikan oleh para
ulama? Mengapa kamu masih mahu kufur kepada ALLAH? Dan
di sisi kamu ada Rasulullah s.a.w.; mengapa kufur
lagi?”
…Dengan adanya Quran,kemudian ALLAH hantar pula Nabi
Muhammad s.a.w. untuk diteladani,dengan segala contoh
sunnah-sunnah yang ditunjuknya.Nabi adalah seorang
pemerintah,maka dia tunjuk cara-cara nak
memerintah.Dia juga seorang ahli perniagaan,maka dia
tunjuk cara-cara berniaga yang diizinkan oleh
syarak.Begitulah juga,dia seorang pemimpin pasukan
perang,yang terlibat dalam 22 pertempuran sepanjang
pemerintahannya di al-Madinatul Munawwarah,maka Nabi
tunjuk contoh bagaimana nak jadi seorang General yang
beriman kepada ALLAH.Dia juga menjadi suami kepada 12
orang isterinya,maka Nabi tunjuk bagaimana
kesabarannya sebagai seorang suami dan dia juga tunjuk
bagaimana kasih sayangnya kepada isteri-isterinya.Nabi
juga menjadi datuk kepada Saiyyidina Hassan/Hussein
radiallahu an huma.Nabi juga menjadi jiran kepada
beberapa orang yahudi yang duduk disekitar
rumahnya.Jadi,Nabi s.a.w. telah tunjuk segala contoh
kepada kita; tiba-tiba kata ALLAH,”Bagaimana kamu
boleh kufur/ingkar? Sebab Quran telah dibacakan dan
Nabi pula telah menunjukkan contoh kepada kamu.”…Sebab
itu,ALLAH akan menghukum kepada golongan yang memilih
kekufuran,kerana petunjuk telah pun dihantar oleh
ALLAH SWT,maka tidak ada alasan lagi untuk mereka itu
memilih jalan kekufuran. 
     Kemudian ustaz Halim menceritakan semasa kempen
pilihanraya yang lalu,iaitu setelah selesai saja
berceramah di Perlis, beliau diberitahu bahwa satu
peristiwa ngeri telah berlaku di tempat bernama
Mengkuang Layar.Bagaimana ALLAH membalas kepada
seorang lelaki yang terkenal di Mengkuang Layar dengan
sifat suka menentang jemaah Islam, menentang
hukum-hukum ALLAH dan membenci perjuangan Islam.Dengan
takdir ALLAH,ketika dia selesai bermesyuarat di sebuah
dewan (yang tak lain dah,dalam mesyuarat tu,dia
merancang bagaimana nak menghancurkan gerakan
Islam),dan dia keluar daripada dewan lalu memakai baju
hujan kerana hujan rintik-rintik.Baru dua tiga langkah
dia keluar, tiba-tiba petir turun daripada langit lalu
membaham ubun-ubunnya sehingga darah memancut dan
berlubang sebesar syiling 50 kupang.Manakala baju
hujannya hangus terbakar dan dia mati ’on the
spot’.Tapi yang paling malang ialah daripada hentakan
petir di ubun-ubun kepalanya itu, telah mengeluarkan 
isi melalui duburnya.(Minta dilindungi ALLAH daripada
azabNya.).Sehingga sahabat yang menceritakan kisah ini
mengalami satu kejutan yang amat dahsyat.Sehingga
ustaz mententeramkannya dengan disuruh istighfar
banyak-banyak supaya ALLAH ampun dosanya.
Apa yang berlaku kepada si malang ni, mengulangi
sejarah Annadar al-Haris,yang merupakan seorang
pemimpin di Mekah yang begitu kuat mencaci Nabi
s.a.w..Annadar al-Haris,kerjanya ialah buat ceramah
maki Islam.Sehinggalah satu hari,ALLAH menjatuhkan
batu daripada langit,lalu menghentak betul-betul di
ubun-ubun Annadar al-Haris,maka beliau mati di atas
untanya.
Oleh itu,ALLAH mengulangi sirah ini ialah untuk ALLAH
menyatakan bahwa barang siapa yang cuba mencari
petunjuk selain daripada Islam,kemudian mengadakan
konspirasi untuk meranapkan Islam pula, maka
orang-orang sedemikian perlu ingat bahwa ALLAH SWT
akan ‘bayar cash’ sebagai balasanNya.Dan bagi orang
yang mencari petunjuk selain daripada ALLAH
pula,mereka ini ditempelak oleh ALLAH supaya mereka
insaf dan sedar bahwa tiada ada alasan untuk mereka
menolak al-Quran dan as-Sunnah,melainkan mereka hanya
menempah azab sengsara daripada ALLAH SWT. ]

Sebab itu,muslimin/muslimat sekelian; apabila Mawdudi
menyebut bahwa petunjuk daripada ALLAH itulah petunjuk
yang haq,maka timbul satu persoalan.Iaitu; dimanakah
petunjuk/hidayah ini akan ditempatkan (dalam struktur
tubuh manusia),sekiranya kita menerimanya?…Jawapannya
ialah tidak lain dan tidak bukan,itulah di hati-hati
kita, yang akan menjadi wadah untuk menerima
petunjuk/hidayah itu sampai.
Sebab itu, kita lihat di dalam peristiwa Israk Mikraj;
bagaimana ALLAH SWT mengajar kita betapa pentingnya
pembersihan hati,yakni dengan dilakukan pembedahan
terhadap dada Nabi s.a.w. oleh Jibril/Mikail a.s. 
[ Mengikut  riwayat/sanad yang sahih bahwa Nabi telah
dibedah hatinya sebanyak 2 kali.Yang pertama,ialah
diperkampungan Bani Sa`adah.Ketika Nabi berusia 5
tahun,Nabi menerima susuan daripada ibu
susunya,Halimatun Sa`adiah.Semasa dia bermain-main
bersama ibu susunya itulah,maka dia didatangi Jibril
a.s.,lalu pembedahan pun berlaku.
Manakala pembedahan yang kedua berlaku sebelum Nabi di
‘Israk/Mikraj’kan oleh ALLAH SWT.Daripada
riwayat/sanadnya,ianya berlaku di tepi telaga zam
zam.Daripada peristiwa ini; apakah message yang ALLAH
nak sampaikan?…Inilah dia yang dikatakan pembersihan
hati.Maka oleh sebab itulah,hati perlu
dibersihkan,untuk menerima hidayah/petunjuk daripada
ALLAH SWT.Dan bila berlaku pembedahan hati ini,ada 2
fakta yang ustaz Halim ingin sebut :
Yang pertamanya; yang melakukan pembedahan itu ialah
Jibril a.s.,yang dijadikan daripada cahaya oleh ALLAH
SWT.Sebab itu,apabila ALLAH menyebut bahwa peristiwa 
Israk Mikraj itu berlaku dalam satu malam; apakah kita
tak boleh kaitkan peristiwa itu dengan
sains?…Jawabnya,boleh tuan-tuan.Inilah dia ‘speed of
light’ (pergerakan cahaya).Cahaya ni
laju,tuan-tuan.Contohnya,kita lihat saja matahari;
yang jauhnya beribu-ribu juta km daripada bumi,tetapi
bila matahari terbit saja di ufuk adna yakni di belah
timur sana,maka sampailah cahayanya ke tubuh
kita.Punyalah lajunya cahaya
ni,tuan-tuan.Bayangkanlah, Jibril ni dah la
cahaya,kemudian kenderaan yang bawa Nabi itu pun
namanya Bura` atau Arab kata ‘Barqun’ dan Melayu kata
‘Kilat’.Subhanallah,kilat tu
laju,tuan-tuan.Jadi,binatang yang bawa Nabi tu pun dah
laju,kemudian ditambah pula yang memandu tu pulak
Jibril,pun daripada cahaya jugak.Tuan-tuan tau ka
berapa laju cahaya?…Jawabnya,3 X 1000000000 m/s.Tu dia
punya laju.
(Di dalam ilmu kejuruteraan,kelajuan cahaya diambil
kira untuk membina antenna,iaitu vhf/uhf.Lagi tinggi
‘band frequency’nya yakni uhf,maka lagi kecik antenna
nya.)
Malaikat Jibril tu cahaya,tuan-tuan.Dah la cahaya,dia
ada sayap pulak yakni 1200 sayap kanan dan kiri.Satu
sayapnya kalau buka,tertutup timur barat.Punya la
besar makhluknya.Oleh kerana itu,tuan–tuan nak heran
apa kalau ALLAH kata ‘Israk/Mikraj’ tu berlaku hanya
satu malam.
Jadi,apabila sebut pembedahan cahaya yang berlaku ke
atas Nabi; kita nak heran apa? Sekarang ni,sudah pun
berlaku apa yang kita panggil ‘Laser operation’ yakni
Light ammunition self excited ray (LASER).Contohnya
sekarang ni, dalam ilmu perubatan moden, untuk
menangani masalah batu karang dalam buah pinggang atau
pundi kencing  yang cukup sakit ni; doktor dah tak
perlu potong dah.Procedure dia la ni ialah pesakit
hanya perlu lapor diri di hospital,kemudian pada masa
dia nak kena operate tu,doktor nanti bagi satu
bius.Lepas tu,dia jolok satu wire cable color hitam
(macam cable tv) yang ber’camera’ dan disuruhnya kita
telan wire tu.Kita boleh tengok sendiri pergerakan
wire yang kita telan tu melalui satu monitor yang
diletakkan di depan kita.Bila wire tu masuk sampai kat
target dia,kata lah buah pinggang misalnya; camera
yang ada kat cable tu pun akan ‘scan’.Bila camera tu
dapat kesan batu karang,lalu dia tembak pakai laser
hingga pecah batu tu.Kemudian esok bangkit
kencing,semuanya keluar.Lepas tu,bila nak discharge
daripada hospital, ambik bil, pi kat kaunter, tembak
pulak RM4000.Tak banyak,RM4000 saja.Apa nak
susah,lepas tu,kita boleh claim insuran ka atau kwsp
ka.
   Jadi disininya, apa yang ALLAH nak bagitau ialah di
awal-awal Islam lagi,yakni semasa peristiwa Israk
Mikraj,ALLAH sudah ajar sains kepada kita.Dan ALLAH
nak bagitau bahwa suatu hari nanti,manusia akan jumpa
kaedah operate pakai cahaya,yakni la ni dipanggil
‘Laser operation’.Subhanallah,ilmu tu dah ALLAH ajar
lama dah kepada Nabi s.a.w.
Sebab itu,cahaya ni dia boleh penetrate masuk ke tubuh
kita sehingga terbit satu cahaya yang dinamakan
pancaran-X, yang semua orang kena lalui ujiannya
sekiranya nak minta kerja.
   Oleh yang demikian,apa yang ustaz Halim nak sebut
ialah tentang terserlahnya kebesaran ALLAH SWT ketika
berlakunya pembedahan ke atas Nabi s.a.w..Iaitulah
semasa Jibril ambik dan basuh hati Nabi,sambil berkata
ia,”Inilah sasaran syaitan ya Muhammad.” Kemudian
dibasuhnya hati Nabi dengan air zam zam dan dijahit
semula melalui cahaya.
Diwaktu itulah juga,Nabi s.a.w. dapat tengok Jibril
a.s. dalam bentuknya yang asal.Bila Nabi tengok Jibril
punyalah besar dengan 1200 sayap,yang bersedia nak
bawa Nabi untuk di ‘Israk’kan,lalu kata
Nabi,”Subhanallah,besarnya engkau wahai
Jibril.”…Tiba-tiba  Jibril response kepada Nabi,”Saya
kecik wahai Muhammad, ada yang lagi besar daripada
saya,yakni rakan saya,Israfil.Dimana satu sayapnya
bersamaan dengan 1200 sayap saya.”…Lalu Nabi
kata,”Subhanallah,besarnya Israfil itu.”…Kemudian
jawab oleh Jibril lagi,”Israfil itu pun kecik wahai
Muhammad.Ada yang lagi besar,yakni 8 malaikat  yang
menanggung arasy ALLAH.Satu sayap mereka,sama dengan
1200 sayap Israfil.”…Maka tak terbayang oleh kita
betapa besarnya arasy ALLAH.
   Jadi,inilah pembedahan yang membawa pengajaran
kepada kita.Walaupun Nabi itu maksum (terpelihara
daripada dosa) tapi dibedahNya juga hati Nabi kerana
Dia nak bagitau bahwa hati itu adalah satu bekas untuk
ditumpahkan hidayah/petunjuk daripadaNya. ]
Sebab itu,ustaz Halim teringat satu hadis yang Nabi
kata,”Bagi ALLAH SWT,Dia ada bekas-bekas di bumi.Maka
bekas-bekas itu adalah hati-hati manusia.Maka hati
yang paling baik,dia ada 3 ciri.Iaitulah hati yang
keras,hati yang bersih dan hati yang lembut.”
[ Yang pertama,Nabi menghuraikan maksud hati yang
keras itu ialah tegas dalam ugama.Setengah orang,dia
tak reti nak differentiate antara kasar dengan
tegas.Sebab itu,depa kata bahwa kenyataan-kenyataan
kita ni,kasar.
Nabi s.a.w.,para sahabat radiallahu anhum,para ulama
mazhab yang 4; mereka sangat-sangat tegas dalam ugama
Islam.Maksud tegas dalam ugama ialah kita
mempertahankan Islam.Contohnya; kita tak boleh tengok
kemungkaran/kekufuran,maka kita kira nak bertindak
mempertahankan ugama ALLAH.
Sebab itu,ALLAH beritahu dalam ayat 159 Surah Ali
Imran yang bermaksud,
“Dan disebabkan rahmat ALLAH TA`ALA,maka hatimu
menjadi lembut,wahai Muhammad.Kalaulah hatimu
keras/kasar wahai Muhammad,maka larilah orang daripada
Islam.”
…Tapi selembut-lembut Nabi,dia
bertegas.Manakala,lembut kita pula,sampai orang pijak
kepala.Sepertimana yang pernah ustaz Halim sebut dalam
bab yang lalu,bahwa dalam perkara yang mencabar
hak-hak ALLAH,Nabi tak pernah bertoleransi.Bukan kata
Nabi,para sahabat pun begitu jugak.Tapi kalau hak
individu,mereka tak kisah.Ini yang dikatakan
keras/tegas dalam ugama,bukannya kasar.Buktinya para
sahabat tidak kasar ialah mereka mudah menangis dalam
sembahyang.Ini bermakna hati mereka lembut,tapi
tegas.Sepertimana dalam satu riwayat yang menceritakan
apabila Nabi sedang sakit,lalu disuruhnya Saiyyidina
Abu Bakar as-Siddiq menggantinya sebagai Imam; tapi
dibangkang oleh isterinya,Aishah yakni anak Saiyyidina
Abu Bakar,”Tok sah suruh ayah saya ya Muhammad.Sebab
kamu pun tahu kan,yang ayah saya tu,baca ‘Bismillah’
pun menangis.”…Inilah dia,lembutnya hati para sahabat
bila membaca/mendengar ayat-ayat ALLAH,yakni mereka
terus jatuh hati bila teringatkan ALLAH,yang Cukup
Pemurah dan Cukup Penyayang. Sebab itu,ustaz Halim
teringatkan satu ayat ALLAH yakni dalam Surah
Ath-Thuur ayat 28 yang bermaksud,
“Sesungguhnya ALLAH,Tuhanmu itu ada 2 sifat.Iaitu Dia
cukup baik dan cukup sayangkan kamu.”
…Tuan-tuan tengoklah betapa baiknya ALLAH kerana Dia
selalu jaga kita.Itulah sifatNya yang selalu kita baca
dalam ayatul Kursi,yang ALLAH kata,
“Aku tak pernah nak rasa mengantuk,dan Aku jauh sekali
daripada tidur.”…Kalau ALLAH tidur; sapa nak jaga
kita,sapa nak jaga matahari,sapa nak jaga bumi,sapa
nak tukar siang dan malam?…Kata ALLAH lagi,
“Dan Kamilah yang menjadikan tidur itu sebagai
istirehat bagi kamu.Kamu tidurlah,Aku tak tidur.Aku
jaga alam ini untuk kamu.”…Tu dia aih,mau apa lagi?
Tuan-tuan tolong pikirlah,punyalah baiknya ALLAH
itu.Tu tak sembang lagi pasai rezeki makan/minum,udara
yang kita sedut dan banyak lagi yang diberi oleh
ALLAH; tapi tiba-tiba ‘kita’ boleh lawan Dia…….Ya
ALLAH ya Tuhanku…..apa punya kufur ‘kita’ ni.Maka kata
ALLAH lagi,”Dan Aku turunkan daripada langit,air hujan
yang mencurah-curah.Bila air hujan itu turun; maka
tumbuhlah buah-buahan,tumbuhlah pokok epal,tumbuhlah
pokok gandum (kemudian buat roti).Lalu jadilah ia
kebun yang berlapis-lapis,yang berelong-relong,yang
berekar-ekar.”…Tuan-tuan boleh tengok,betapa sayangnya
ALLAH dekat kita.Tapi tiba-tiba bila Dia suruh kita
buat hukumNya,’kita’ lawan Dia.Ada patutka? Apa punya
binatang ‘kita’ ni? Jadi,maka layaklah apa yang ALLAH
kata kat ‘kita’,”Maka sesungguhnya layaklah mereka
disebut seperti binatang.Bahkan lebih teruk daripada
binatang.” 
Sebab itu,dengan kebaikan yang terlalu banyak yang
ALLAH bagi itu,maka kita kena balas jasaNya.Walaupun
Dia tak minta dan walaupun kita berkumpul ramai mana
pun untuk nak balas jasa ALLAH, kerajaan dan kekuasaan
ALLAH tidak akan berganjak walaupun satu ‘hun’
pun.Tapi kita sebagai makhluk yang kerdil,macamana pun
kita mesti jugak balas jasa baikNya ALLAH,iaitu dengan
hanya patuh pada arahanNya.Inilah kaedah yang
dipraktikkan oleh para sahabat.Sebab itu,mereka boleh
menangis terisak-isak dalam sembahyang,apatah lagi
ketika membaca al-Quran.
Sebab itu,mereka boleh tahan lama ketika
sembahyang,tuan-tuan.Kerana mereka merasa seronok
dengan kemanisan beribadat,hati mereka lembut dalam
ketegasan dan hati mereka bersih melalui proses
‘Tazkiyatul Nas’.Sebab itu,Ibn Abbas pernah kata bahwa
sewaktu zaman dia  kanak-kanak dulu iaitu semasa
mengikuti suatu sembahyang tarawih belakang Nabi; yang
pada rakaat pertamanya,Nabi baca  Suratul Baqarah yang
ada 286 ayat.Tapi bila sampai pada ayat terakhir dalam
Suratul Baqarah itu,maka dia menyangkakan Nabi nak
rukuk, tapi tiba-tiba jangkaannya meleset kerana Nabi
sambung masuk dalam Surah Ali Imran.Kemudian dibacanya
pula Ali Imran sampailah ke ayat yang terakhir yakni
yang ke 200.Selepas itu,Ibn Abbas menyangkakan sekali
lagi yang Nabi akan rukuk,tetapi rupa-rupanya Nabi
terus sambung An-Nissaak.Sehinggakan habis 6
juzuk,baru habis rakkat yang pertama.Mengapa
sahabat-sahabat tak rasa apa,malah mereka seronok
pulak?…Sebab mereka menikmati lazatnya
sembahyang.Macamana pulak dengan kita tuan-tuan?…Boleh
ka kita buat macamana Nabi dan sahabat-sahabat nya
sembahyang?…Jawabnya,susah tuan-tuan.Tak boleh,kalau
kita buat juga pada malam mula macamana Nabi buat,maka
alamatnya malam kedua pakat tinggai tok imam dengan
tok bilal saja.Sebab apa?…Sebab jiwa kita masih kotor.

…….bersambung……. 



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to