Maafkan saya kerana menulis begini...

Sebenarnya seorang yang nakal. Pengetahuan saya tentang Bible
dan teologi Kristianiti begitu luas dan mendalam sehingga
ketika saya berdebat dengan orang-orang Kristian di

http://www.delphi.com

bahagian "Christianity General" saya menulis tentang ajaran
Kristian dan Bible. Mereka sangka saya seorang Kristian
kerana saya tidak menyatakan siapa saya sebenarnya. Ada seorang
padri Kristian bermazhab Pentacostal menyangka saya seorang
yang kuat berpegang kepada ajaran Bible. Tiba-tiba dia terkejut
apabila diberitahu bahawa saya adalah orang Islam. Ini menyebabkan
dia masuk hospital kerana jatuh sakit. Bagi dia, saya menjadi
satu tamparan hebat bahawa ada orang Islam yang pakar darihal
Bible dan ugama Kristian. Tiba-tiba saya menyerang dia secara
bertubi-tubi, mengkritik bagaimana orang Kristian rusak akidah.
Kata saya, dia menyembah berhala kerana menggambarkan Tuhan
sebagai manusia berupa Jesus, berambut panjang dan berjanggut.
Bagaimanapun, oleh kerana dalam Bible sendiri ada larangan
menggambarkan rupa Tuhan, padri itu diam sahaja dan terpaksa
mengaku perbuatan dia itu ada "unsur" berdosa.

Ketika dia sembuh dan keluar daripada hospital, sayalah orang
yang pertama mengucapkan tahniah atas kesembuhannya dan 
mempersilakan dia kembali berdebat dengan saya. Dia rasa
terharu kerana selama ini dia fikir orang Islam adalah ganas,
bodoh dan kasar. Selepas itu dia rasa bersalah mahu menentang
saya bahkan menyokong pendapat-pendapat saya tentang kejatuhan
moral di Amerika Syarikat. Saya berikan hujah-hujah saya 
berdasarkan Al-Qur'an kenapa Islam adalah ugama yang praktikal,
yang menyeru manusia kepada kebaikan melalui amar ma'ruf dan
nahi mungkar.

Mereka itu bertanya saya..kenapa saya berani masuk ke dalam 
forum "Christianity General" untuk berdebat dengan orang-orang
Kristian. Bukankah saya mahu buat kacau di "daerah" mereka?
Jawab saya, memang adalah menjadi tugas saya menyampaikan
dakwah Tauhid dan Islam kepada orang bukan Islam. Setelah
lama di forum itu, pihak Kristian menerima baik kehadiran saya
di situ kerana bagi mereka, sayalah orang yang dapat mengajar
mereka apakah Islam yang sebenarnya. Yang mana selama ini
mereka mendapat gambaran yang salah tentang Islam dan Al-Qur'an.
Kemudian ada dari kalangan orang Kristian begitu cintakan
penulisan saya dan banyak menyoal tentang amalan-amalan Islam
seperti solat, puasa, haramnya makan daging babi dan sebagainya.

Yang lebih seronok lagi ada dikalangan gadis Amerika telah
jatuh "cinta" kepada saya. Dia akhirnya memeluk Islam dan
berusaha memakai tudung. Dibawah ini saya paparkan sekeping
gambar gadis Amerika yang telah memeluk Islam dan gemar
berbincang tentang perbandingan antara Islam dan Kristianiti.
Asalnya ialah ugama Kristian Katholik dan giat berdakwah
untuk mengIslamkan kawan-kawan dia yang belum menerima Islam.

Sekian,

TIGER

====================================

GIF image

Kirim email ke