*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Zamry menulis: >tulisan yang baik dan bernas Terima kasih. Tetapi saya minta maaf atas beberapa kelemahan bahasa saya. Di sini saya ingin nyatakan di manakah dalam Al-Quran ada menyebut tentang Matematik. Antara ayat-ayatnya ialah: 1) thumma ya'ruju ilaihi fi yaumin kaana miqdaaru_hu alfa sanatin mimmaa ta'udduun = kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya pada suatu masa sehari yang kiraan adalah seribu tahun menurut hitungan masa kamu yang biasa. (Surah As-Sajdah 32:5) 2) wa min kulli syain khalaqnaa zaujaini la'alla_kum tazakkaruun = dan daripada segala sesuatu, Kami telah ciptakan berpasangan mudah-mudahan kamu berfikir (Surah Az-Zaariyah 51:49) 3) al-lazee khalaqa sab'a samaawaatin Tibaaqan, maa tara fii khalqi_rraHmaani min tafaawuut, fa_rji'i_lbasora hal tara min fuTuur = Allah yang menciptakan tujuh lapisan langit maka tiada kamu melihat padanya sebarang keadaan yang tidak seimbang dan ulangi pandangan kamu sekali lagi, adakah kamu melihat sebarang kecacatan? (Surah Al-Mulk 30:3) HURAIAN: Dalam ayat Surah As-Sajdah 32:5, salah satu tafsirannya ialah Al-Qur'an menggambarkan betapa cepatnya pergerakan malaikat. Mereka bergerak lebih laju dari kelajuan cahaya. Perhatikan sebutan "mimmaa ta'udduun" yang bermaksud - apa yang kamu manusia kira. Secara tidak langsung, ia merujuk kapada perkiraan matematik. Ini bukan matematik biasa yang diajar di peringkat sekolah. Ia adalah matematik "advanced maths" yang melibatkan perkiraan kalkulus dan analisis vektor. Sesiapa yang pernah mengkaji teori relativiti Einstein, salah satu komponennya ialah teori itu mengatakan bahawa adalah mustahil bagi sesuatu jirim yang boleh bergerak lebih lagi daripada cahaya. Berdasarkan satu persamaan (equation), jika sesuatu jirim yang bergerak yang kelajuannya menghampiri kelajuan cahaya, maka JISIMnya akan mencapai tahap infiniti. Maka adalah mustahil bagi mana- mana jirim yang boleh mengatasi kelajuan zarah-zarah cahaya yang jisimnya ada sifar. Tetapi Allah telah memberitahu kepada umat manusia bahawa memang ada jirim (makhluk) yang boleh bergerak lebih laju daripada cahaya. Makhluk itu ialah para malaikat. Apakah kaitannya dengan Matematik? Perhatikan sebutan "mimmaa ta'udduun" = apa yang kamu (manusia) KIRA. Memang mengikut perkiraan Matematik maju, atau advanced maths, otak manusia menyangka begitulah, bahawa adalah mustahil ada makhluk yang boleh bergerak lebih laju daripada zarah-zarah cahaya. Oleh itu angan-angan manusia untuk mencipta roket yang boleh menembusi had kelajuan cahaya hanya satu impian yang mungkin tidak tercapai. Dalam lain perkataan, teori relativiti Einstein itu tidak ada manusia yang boleh membuktikan bahawa ia dapat dipertikaikan. Tiga puluh tahun dahulu, ada seorang saintis yang berani mancabar teori Einstein ini. Namanya ialah Prof. Gerard Feinberg. Dia cuba membuktikan dengan mengggunakan teori Matematik yang dinamakan "imaginary numbers". Katanya, kita tahu nombor-nombor yang kita bilang seperti 1, 2, 3, 4 ..seterusnya adalah realiti dalam perkiraan Matematik, maka nombor-nombor seperti -1, -2, -3, -4, dan seterusnya yang dinamakan nombor-nombor negatif, walaupun ia wujud hanya dalam perkiraan Metematik, mungkin kita dapat khayalkan (imaginary numbers) itu wujud dalam alam nyata. Jadi, memang terdapat jirim atau makhluk yang boleh bergerak lebih laju daripada kelajuan cahaya. Katanya lagi, makhluk itu berjirim "negatif" ataupun ia sentiasa dapat bergerak lebih laju daripada cahaya akan tetapi TIDAK kurang laju daripada cahaya. Itu semua andaian pemikiran manusia yang mengira. Sebagaimana Al-Qur'an menyebut ... "mimmaa ta'udduun" ...... Kalau ada orang yang kurang faham apa maksud imaginary numbers, sila perhatikan persamaan berikut: x^2 - 1 = 0 bermaksud " x ganda 2 totak 1 sama dengan 0 " Ertinya, nilai bagi x ialah +/- 1. Sekarang perhatikan masalah persamaan: x^2 + 1 = 0 Ini menjadi satu yang membinggungkan kerana nilai x ialah +/- (punca ganda dua bagi -1). Punca ganda dua -1 adalah satu realiti Matematik, tetapi dalam alam nyata ia tidak wujud. Dalam ayat Surah Az-Zariyah 51:49 pula, Al-Qur'an mengatakan bahawa segala sesuatu dijadikan berpasangan. Lelaki-Perempuan, positif-negatif, jirim-tenaga ..dan sebagainya. Perkara berpasangan ini dapat disebut dalam Matematik sebagai "function". Ertinya yang menjadi asas perkiraan Matematik ialah wujudnya konsep berpasangan. Sepertimana sering ditulis sebagai y = f(x), atau disebut sabagai "ordered pairs". Dalam ayat Surah Al-Mulk 30:3, apabila kita membaca perintah Allah yang berbunyi: "dan ulangi pandangan kamu sekali lagi, adakah kamu melihat sebarang kecacatan?".. bermakna Allah memerintah umat manusia supaya perhatikan sedalam-dalam pada kehebatan ciptaan langit, cakrawala, planet, bulan dan bintang. Bagi pandangan kasar, mata kita hanya melihat objek-objek itu semua di langit. Adakah setakat itu sahaja? Kenapa Allah mengulangi kata-kata, "ulangi pandangan kamu"? Ini bermakna ada hikmah dan rahsia kejadian yang tersembunyi yang menunjukkan kebesaran dan kehebatan Allah di sana. Kalau dipandang secara lebih halus dan mendalam, jika ilmu kita sekadar dapat melihat sahaja, maka apa kita lihat ialah berjuta-juta tompok-tompok sinar berkelipan. Setakat itu sahaja. Akan tetapi, bagi manusia yang melihat segala hukum-hulum alam (laws of nature), maka kita perlu ingat bahawa alam langit terbinanya begitu kukuh dan tidak kelihatan akan porak-peranda. Seolah-olah segala-galanya adalah serasi dan taat kepada Allah. Bagi saintis, mereka melihat langit dengan penuh rasa kagum. Bulan yang mengelilingi bumi bergerak mengikut peraturan alam yang mana hanya pakar sains dan metamatik dapat menilainya. Mereka akan terangkan perjalanan orbit dengan cara huraian "vector calculus." Begitu juga seluruh pembinaan alam ini, "the universe" mereka melihat keindahannya dengan minda Matematik. Sekali lagi, kenapa Allah menyebut "adakah kamu melihat sebarang kecacatan?" Bagi seorang Muslim yang melihat alam dengan minda Matematik akan menjawab, "Tidak, ya Allah, segala penciptaan Kamu adalah sempurna dan menunjukkan bebesaranMU. Tiada cacat cela dalam segala yang Engkau ciptakan." Demikianlah huraian saya tentang ayat-ayat berhubung dengan Matematik dalam Al-Qur'an secara tidak langsung. Sebenarnya terdapat ayat-ayat lain, saya rasa cukuplah sekadar tiga ayat di atas. Segala yang baik adalah daripada Allah, segala yang buruk adalah daripada kedhaifan saya sendiri. Wa_llahu 'alamu bis_sowaab Allah lebih mengetahui perkara yang benar. Ikhlas, TIGER ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>