DR MAHATHIR AKAN MINTA SANUSI BERI PENJELASAN

 

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meminta penjelasan daripada bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid berhubung dakwaan beliau memukul dan menendang dua pekerja Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Saya ingin tahu daripada (Tan Sri) Sanusi sendiri apa sebenarnya berlaku dan selepas itu kita akan fikirkan apa yang patut dibuat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Larian Piala Thomas/Uber Kuala Lumpur 2000 di Dataran Merdeka.

Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah Majlis Tertinggi (MT) Umno akan membincangkan mengenai dakwaan Sanusi memukul dan menendang dua pekerja KLIA dua hari lepas.

Ditanya adakah tindakan diambil terhadap Sanusi jika dakwaan itu benar, Dr Mahathir, yang juga Presiden Umno, berkata itu terpulang kepada MT.

Sanusi yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dilaporkan telah men! ampar dan menendang kedua-dua pekerja KLIA berumur 24 dan 25 tahun kira-kira pukul 12.30 tengah malam, Jumaat lepas.

Kedua-dua pekerja berkenaan telah membuat aduan polis.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada kelewatan pekerja-pekerja itu membawa kerusi roda yang dipesan untuk kegunaan ibu saudara beliau yang uzur dan baru tiba di KLIA dari Singapura. --BERNAMA


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke