*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Salam, Semalam 7/5/2000 saya telah menghadiri Ijtimak Pas Kawasan Lumut. Pembentangan kertas kerja yang kedua oleh Ustaz Tarmizi Ketua Penerangan PAS Negeri Perak sendiri, antara intipatinya ialah: i. Beliau telah mendapat sebuah yang dikeluarkan oleh UMNO sendiri sempena Perhimpunan UmNO nanti iaitu Buku UMNO & PAS Yang manakah menuju ke Neraka. Buku tersebut tiada diterangkan Biodata penulisnya, dimanakah ia belajar dan dua tiga perkara lagi,, setelah dirujuk catatan sumber-sumber kitab yang diperolehi comform penulis tersebut bukan Ustaz,, (mungkin yang seangkatan dengan Astora Jabat agaknya-tambahan dari saya sendiri). Dalam buku tersebut ia ada 16 sebab/dalil kenapa orang Melayu/Islam kena menyokong UMNO, kebanyakan dalil-dalil tersebut lucu-lucu belaka. ii. UMNO sekarang cukup takut dengan PAS selepas pilihanraya yang lalu, sekarang ni nak buat ceramah pun susah, disesetengan tempat di Perak ceramah langsung tak dapar permit terutama di kawasan Bagan Serai, di Kuala Kangsar sebulan 2 kali saja boleh buat ceramah. Di Tanjong Malim OK lagi sebab OCPDnya lain sikit. Masjid dan surau-surau pun dah mula nak sekat kuliah-kuliah daripada Ustaz yang pro pembangkang. iii. Nasihat Ustaz Tarmizi, untuk menghadapi pilihan raya akan datang, oleh kerana Harakah dah tinggal sebulan 2 kali, ceramah dah susah, masjid dan surau pun susah, cadangan beliau kepada ahli-ahli satu lagi yang pihak berkuasa tak boleh ambil tindakan ialah bersembang di Kedai Kopi. Yang ini tak boleh di ambil tindakan, kalau musim kenduri kahwin ka pun juga kita ajag berbincang dengan ahli-ahli UMNO. Kalau boleh bawa hujah-hujah UMNO tu kita bincangkan,, biar senjata makan tuan. iv. Bagi Ustaz-ustaz yang masih dapat mengajar di Masjid, seboleh-bolehnya jangan sentuh bab politik semasa dalam kuliah-kuliah di Masjid, terutamanya kawasan UMNO. Kerana ahli-ahli UMNO yang kaki masjid nanti akan terfikir, ketuanya cakap ustas-ustas guna masjid untuk kempen politik,, tetapi tak ada pun,, lama-lama nanti pengikut-pengikut UMNo akan terfikir yang mana yang benar atau yang salah. Sekian dahulu,,, wassalam. ________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "michel mick" <[EMAIL PROTECTED]>