Title: Proton New Model - Proton tanpa Invosai - Kesian kat Orang PROTON...

Assalamu'alaikum....

Jebat and the rest of you......  You can say anything.  Itu adalah hak you sebagai pengguna.  In fact, I always appreciate and welcome whatwever feedback from the customers, especially dalam Hizbi Net ni.

Tempohari bila saya kata pasal "tak baik pecah rahsia" bukanlah bermakna bahawa model baru tu "grand" sangat ataupun tak boleh ditunjukkan kepada umum langsung! Ia adalah suatu MAKSUD YG "TERSIRAT".  Hanya orang yg faham akan faham!

Jebat..... kita ada orang PROTON dalam mailing list nih, let them answer the areas of your doubts whichever yg relevant.  Yang pasti, tepat jam 8.00 malam ni, orang PROTON akan merayakan pencapaian mereka dan membuat "preview" tentang model baru yg dinanti-nantikan oleh Adam.  Yang sebenarnya, model terbaru tu cuma untuk menunjukkan pencapaian PROTON sekatat ni.  That's why dikatakan "model baru".  Tapi, itu cume PREVIEW SAHAJA.  A "Preview" dengan "Pelancaran" adalah berbeza.  "Preview" cakap omputih, "Pelancaran" cakap Melayu, itulah bezanya!  OK, OK....  yg sebenarnya gini; "Pelancaran Jualan" atau "Sales Launch" untuk model baru itu hanya diadakan pada bulan September.  Disebabkan "Sales Launch" hanya akan dibuat dalam bulan Sepember, selepas "preview" nanti, enkorang nak JUDGE ka, enkorang nak "kutuk habis-habis" ka, nak cuit ka, nak duduk dalam tengok sat ka, apa -apa pun boleh; tengoklah sendiri nanti..... mungkin akan show live dalam TV kot!  Hhhhmmm... macam-macam orang nak komen pasal model baru.  Ada yg nak   "choose"..... ada yg kata let them see supaya boleh kritik.  Boleh, semuaaaa boleh, kan MALAYSIA ni BOLEH BELAKA?  Sebab tu saya kata:  Jangan sebarkan dulu, tengok masa "preview', lepas tu baru komen banyak-banyak!

As for me, berkenaan dengan komen Jebat pasal type A, B, C dan D itu adalah "strategi perniagaan" yg mana semuanya tertakluk kepada keputusan pihak pengurusan.  To survive in business, bermacam-macam strategi dirancang agar syarikat tidak rugi.  Mana ada syarikat yg nak rugi, kan Jebat?  Kalau business macam si Mencelah Sikit tu yalah.... jual ubat aje kerjanya, tapi ubatnya tak mujarab.... !  Oppss... nanti si Mencelah marah pulak!  Rosak business ubat dia..

Back to the topic, I think kita semua sedia maklum apa dia "competitive advantage".  Dengan adanya "new entrants", masing-masing cuba mengusai "share market".   Bagi kami yg dah lama established, sudah tentu berbagai strategi dirancang untuk mencapai visi & misi syarikat.

Yang sebenarnya, banyak perkara yg "tersirat" dari yg "tersurat".  Sukar untuk dijelaskan.  Biarlah mereka yg ada "authority" berfikir apa yg perlu dilakukan.  Bagi saya yg cuma "tea lady" ni.....  asalkan air untuk tetamu dihidangkan, pun sudah cukup bagus.  Buat apa nak pening-pening kepala fikir..... kita ni bukannya berkuasa sangat!

Jebat, tolong jangan beri info yg salah macam ni...!  Harga Iswara TIDAKlah macam HONDA CITY.  Nak tahu Honda City tu berapa harganya?  RM69,000.00 above!  Iswara 1.5 Auto Sedan baru RM45,+++.++.  Ada difference, bukan tak ada difference!  Difference of RM24,000 tu Jebat boleh beli pulak Kancil sebijik tau!  Kalau Jebat beli Honda City, Jebat dapat satu kereta aje, tapi kalau beli Iswara, Jebat boleh dapat "sekor" lagi!  "Kancil" kena panggil "sekor" lah, betul tak?  Ataupun jika Jebat tak mahukan Kancil sekor, Jebat rasa boleh berlaku adil, kahwinlah satu lagi.  Hantaran RM10,000, belanja kahwin RM10,000 balance RM4,000 boleh guna buat honeymoon - boleh bawak isteri pertama sekali!   Ataupun Jebat, kalau tak mahu kahwin lagi satu, belikan isteri sebuah lagi rumah, buat rumah sewa.... bak kata orang; "for investment"!   Jangan marah tau!  Saya cuma buat calculation yg tepat untuk Jebat.  Nanti Jebat serang saya kat EON ni pulak! 

Well Jebat....  kita ni rakyat Malaysia.  Yang terlibat dalam pembikinan kereta ni di PROTON sendiri terdiri dari BUMIPUTRA.  Majoritinya adalah MELAYU.  Kalau Jebat kata PROTON tak ada inovasi, bermakna anak-anak MELAYU KITA NI MEMANG SUKA MENIRU LAH.  Mungkin masa exam dulu kat sekolah atau di IPT pun MENIRU agaknya...  So, dalam perkataan lain, Jebat memang TAK BERBANGGA dengan pencapaian anak-anak MELAYU kita???  Kesian kat depa, Jebat!  Kami kat EON rasa jugaklah "tempias"nya!  Walaupun kami berlainan Pengurusan.  Cubit peha kiri, peha kanan terasa, bak kata orang!

Hhhhmmmm... saya anggap komen dari Jebat ni suatu komen yg membina.  Tak apalah....  masing-masing ada hak untuk bersuara.   Kita yg bawah-bawah ni nak kata apa?  Cuma boleh beri serba sedikit penerangan , sekadar yg dibenarkan.  Ya lah, masa kita sign "acceptance of offer" dulu dah janji nak simpan rahsia syarikat, so kenalah simpan elok-elok!

Wassalam



P/S:  Mencelah, mana ubat kamu hari ni?  Tolonglah aku yg kena hentam depan belakang nihhh!

-----Original Message-----
From: Hang Jebat [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 08 May, 2000 2:09 PM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Proton New Model - Proton tanpa inovasi



Alah Cik Nor Ain, apalah yang nak dikisahkan dengan confidentiality Proton
tu. Semua model yang lepas dan akan datang Proton termasuk Perodua semuanya
ciplak model kereta syarikat lain bulat-bulat. Sekadar ubahsuai sana sikit,
tukar bumber, taruk lampu kat tepi dah boleh taruk insignia proton. Tak malu
langsung. SIapa yang tak tahu model Perdana, Wira dan Satria termasuk Iswara
yang koman tu berasaskan Mitsubishi series. Kancil dan RUsa tu Daihatsu
model. Dahlah tak original, tekan harga mahal-mahal sampai terjelir lidah
membayarnya bagi kereta koman macam Iswara yang sama harga dgn Honda City
(tanpa tax).

Entah manalah daya keupayaan inovasi Proton. Mana ada lagi syarikat kereta
dalam dunia yang jual kereta powered window hanya cermin depan aje dan masih
hand powered steering (ISwara). Terjelin lidah memutornya bila parking-kata
orang Kuala. Lepas tu siap ada type I, type III dan macam-macam type lagi
untuk memaksimumkan keuntungan selepas memaksa pembeli membeli accesories
yang cekik darah harganya dan tak berlkualiti pulak tu. Harga sport rim
bodoh Proton sampai RM1500 sedangkan kat kedai keling tayar boleh dapat
lebih baik punya dnegan harga yang lebih bersifat kemanusiaan.

Kalau dalam dunia berekonomi berasaskan knowledge di mana daya kreativiti,
orginiality dan innovation menjadi daya penggerak syarikat bagi mengeluarkan
produknya dan Proton masih ambik model lain dan tampal cap proton, sampai
bilapun takkan maju. Sekadar mengharapkan perlindungan tariff kerajaan,
sampai bila boleh bertahan bila AFTa dan WTO come full force.

Jebat

>From: "Nor'ain Eusoff" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Proton New Model - Tak baik Pecah Rahsia tau!
>Date: Thu, 4 May 2000 16:37:42 +0800
>
>Assalamu'alaikum Pakcik-pakcik & makcik-makcik dalam Hizbi ni...
>
>Saya harap sangat... tolonglah jangan sebar-sebarkan gambar kereta-kereta
>model baru kat mailing list macam Hizbi ni.  Ya lah... setiap syarikat tu
>mempunyai etika ber"e-mail" nya sendiri.  Setahu saya, apa-apa model yg
>hendak dilancarkan, selalunya mesti di"undisclosed" dari pengetahuan umum,
>sehinggalah ke hari pelancaran.  Macam tu barulah thrill!
>
>Lagipun, jika pihak atasan PROTON dapat tahu yg gambar baru ni disebarkan,
>saya pasti mereka akan "cari" siapa punya "kerja' yg memandai-mandai dok
>forward ni.  Bukankah nanti kawan-kawan kita yg kat PROTON tu yg akan dapat
>akibatnya?  Kalau dah tengok tu tengoklah, tapi jangan sebarkan kepada
>mailing list yg popular macam Hizbi Net ni.
>
>Tapi, seandainya pihak PROTON sendiri tak keberatan........   maafkanlah
>saya.  Saya cuma concern dengan "CONFIDENTIALITY" sesebuah syarikat, itu
>saja!  Kita kena jagalah juga periuk nasi orang lain, jangan fikirkan diri
>kita aje!
>
>Sekadar memberi teguran ikhlas.....
>
>Wassalam
>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

Kirim email ke