Terima kasih kpd Sdr Abu Az Zuhri, agak jelas
penjelasan yg sdr berikan.

Saya juga berterima kasih di atas penerangan Abu Zuhri kerana saya tidak berkesempatan untuk merujuk buku dari Ibnu Hajr Asqalani.
Pertama, telah saya katakan bahawa soal Nabi Khidir
ini tidak menjadi pokok dlm i'tiqad ASWJ. Ini kita
kena paham. Ini bermakna bahawa tiada kesalahan bagi
sesiapa yg percaya bahawa Nabi Khidir ini telah wafat,
atau sebaliknya ia masih hidup.
Bagaimana ini boleh terjadi kerana dengan menafikan yang Nabi Khidr telah wafat ertinya kita telah menafikan NAS2 yang diberikan oleh Sdr. Abu Zuhri.

Bukankah ini perkara yang melanggar prinsip akidah??.

Namun apabila ada pihak yg menuduh secara celupar,
secara semberono dgn niat hati yg busuk lagi jahat,
lantas mengaitkan antara gol. sufi dgn jin dan
syaitan, maka inilah yg saya bangun menentang.
Bukan menuduh tapi menyatakan FAKTA.
Kedua, sama ada Nabi Khidir masih hidup atau telah
wafat, baginda masih mempunyai peranan tersendiri. Ini
akan berkait rapat dgn konsep yaqazah yg amat
ditentang oleh Wahabi, walaupun ia diharuskan dlm
mazhab ASWJ esp. gol tareqat dan sufi.
Konsep YAQAZAH yang dipopularkan oleh Sufi adalah ASING dan TIDAK PERNAH WUJUD zaman sahabat, tabiin dan tabit tabiin.

Tidak ada ulama ASWJ yang menyokong konsep ini dan TIADA NAS dalam Al Quran dan Sunnah yang menyatakan konsep ini sebahagian dari ajaran Islam.

Boleh tak saudara beritahu kitab TAUHID mana yang menyokong konsep YAQAZAH ini???.

Juga,bagaimana seseorang dapat BERJUMPA dengan NABI SAW secara JAGA sedangkan Nabi telah WAFAT???.

Ketiga, sama ada Nabi Khidir itu nabi atau org soleh,
itu juga bukan pokok i'tiqad ASWJ. Kerana yg
diwajibkan untuk diketahui ialah 25 nama rasul shj.
Ianya tidak MENJEJASKAN AKIDAH BUKAN kerana ia bukan persoalan POKOK.

Di dalam ISlam, tidak ada apa yang dinamakan sebagai USUL dan FURU' kerana konsep2 ini adalah ciptaan MUKTAZILAH untuk menipu umat Islam.

Pokok atau tidak ianya adalah bersangkut paut dengan NAS dan NAS ADALAH POKOK AKIDAH.

Keempat, soal Nabi Khidir tidak membantu Nabi Muhammad
saw bukanlah dalil qat'i yg mengatakan Nabi Khidir
telah wafat. Dlm Quran pun, Nabi Khidir sendiri tidak
dinyatakan hal baginda membantu Nabi Musa as dlm
menghadapi rintangan dakwah ke atas firaun, dan juga
nabi-nabi selepas itu.
Jelas saudara TIDAK MEMAHAMI nas yang disenaraikan oleh Abu Zuhri.  Ini kerana dalam
UMAT MUHAMMAD tiada siapa yang boleh membawa SYARIAT LAIN dari SYARIAT MUHAMMAD SAW.  Ertinya kalau Nabi Khidir hidup di zaman Nabi Muhammad beliau WAJIB menolong Nabi Muhammad SAW dalam PERANG BADR.

Cuba baca nas berikut:

"Dan (ingatlah) ketika ALlah mengambil perjanjian dgn para Nabi: "Sungguh
apa shj yg aku berikan kpd kamu berupa kitab dan hikmah, kmdn datang kpd
kamu seorang rasul yg membenarkan apa yg ada pada kamu, nescaya kamu akan
beriman kpdnya dan menolongnya. Allah berfirman: "Apakah kamu mengakui dan
menerima perjanjian-Ku terhadap yg demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami
mengakui." Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah (wahai para Nabi) dan
Aku menjadi saksi pula bersama kamu." (Surah Al-Imran: ayat 81)

Tarjih: Maksudnya para Nabi berjanji kpd ALlah S.W.T bahawa sekiranya datang
seorang rasul bernama Muhammad S.A.W, mereka akan beriman kpdnya dan
menolongnya. Ibnu Abbas R.A berkata mengenai ayat ini: "Tidaklah ALlah
mengutus seorang Nabi melainkan membuat perjanjian dgnnya iaitu jika
diutuskan Muhammad sedangkan dia (para Nabi), maka akan beriman kpdnya dan
berjanji akan menolongnya."
-Sekiranya Khidir masih hidup di zaman Nabi Muhammad S.A.W sudah tentu, dia
akan membantu dan menolong Nabi Muhammad. Nabi Muhammad S.A.W diriwayatkan
pernah berdoa ketika perang badar Al-Kubra:
"Ya Allah! Sekiranya Engkau tidak menghancurkan mereka, nescaya Engkau tidak
disembah lagi."
Pada ketika itu tentera Islam bilangan yg sedikit 313. Setiap ahli badar
Al-Kubra diketahui nama, nama bapa mereka dan dari kabilah mana. Di mana
Nabi Khidir? Jawapannya, Nabi Khidir telah wafat pada ketika itu.


Ulama2 yang berpendapat Nabi Khidir telah wafat adalah AMAT BANYAK SEKALI dan mereka2 ini BESAR2 belaka.

 
Kelima, sekiranya Nabi Khidir masih hidup, ini juga
tidak bermakna bahawa baginda mengamalkan syariat yg
lain dari syariat Nabi Muhammad saw. Begitu jugalah
apa yg akan berlaku ketika turunnya Nabi Isa as,
dimana baginda tetap akan melaksanakan syariat Nabi
Muhammad saw.
Sekiranya Nabi Khidir masih hidup, beliau tidak akan terlibat dalam YAQAZAH kerana YAQAZAH adalah amalan yang ASING dalam syariat Nabi Muhammad SAW.

Ertinya ianya adalah BIDAAH.

Keenam, hadis Nabi yg mengatakan "Tidak akan kekal
manusia(slps Umat Muhammad) di muka bumi sehingga
seratus tahun."

1st time saya mendengarnya. Terima kasih kerana
memberikan ilmu baru kpd saya.

Namun secara realitinya, masih kedapatan manusia
sekarang yg telah mencapai umur 100 tahun ke atas.
 

Tapi hadeeth tersebut tidak menyatakan 100 tahun mengikut SISTEM MANA???. Samada HIJRIYAH, ataupun yang lain.
Ketujuh, apabila membaca buku "Dialog Dgn Jin Islam"
dan "Dajjal Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda"
karangan Muhammad Isa Dawuud [sampai sekarang buku
tersebut belum diharamkan oleh mana-mana pihak] maka
kita akan mendapati banyak lagi konsep-konsep pelik
dan aneh. Sbgi contoh, penulis mengupas bahawa Dajjal
Besar telah wujud sebelum zaman Nabi Musa lagi, muncul
di zaman Nabi Musa as sbgi Samiri [yg menjadi kata
pangkal kpd Uncle Sam = USA], seterusnya akan tetap
hidup hingga ke akhir zaman.

Antara yg menarik utk dianalisa/direnung:
Sekiranya Dajjal telah hidup beribu tahun, kaya dgn
ilmu dan pengalaman, dibantu teguh oleh Iblis dan
syaitan, maka siapakah yg mampu utk menentangnya?

PErsoalan DAJJAL dikupas dalam HADEETH LAIN dan tidak mengena dengan hadeeth Nabi Khidir.
 
 

Kirim email ke