*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum
Tak dak apa nak di komen. Cuma nak habaq ada satu laman web yang siang malam
berdiskusi pasal problem yang ada di kereta Proton Perodua dan malah apa apa
jua masalah dengan apa apa pun jenis kereta dan motosikal. Malah kalu nak cari
engine Kancil Turbo charger dan VTEC pun boleh ditanya disana.
http://www.asianauto.com
Semoga ada manafaatnya.
Wassalam
Adam
>===== Original Message From "Rose" <[EMAIL PROTECTED]> =====
Bukan
>tujuan untuk mengutuk tambah pula untuk menjatuh imej sebuah syarikat itu.
>Malahan suara yang sehalus mulus ini tak didengar pun jika mengeluh untuk
>menyatakan ketidak puas hati yang terbuku. Tambah lagi jika org yang kita
>tuju tu macam singa kelaparan.
>
>Jika dikatakan cara kami ini tidak profesional adakah cara anda itu telah
>menepati citarasa? Berasa hairan kami tidak bersyukur dengan apa yang kami
>ada setelah kenderaan itu melindungi dari panas terik matahari dan dibasahi
>air hujan. Jika begitu tidak guna lah Allah menyarankan hamba-Nya berusaha
>untuk mencari rezeki dimuka dunia ni agar mendapat keselesaan yang sempurna.
>Pada zaman Rasulullah kuda adalah satu kenderaan yang penting menjadi
>kegunaan sehari-hari. Cuba bayangkan jika kuda tu tempang atau cacat boleh
>ker ianya digunakan?? begitu juga kenderaan yang dibeli oleh kami. Duit yang
>dikeluarkan adalah hasil titik peluh dengan daya usaha untuk mencari
>keselesaan hidup. Sudah tentu sebagai seorang pengguna mengharapkan duit
>yang dikeluarkan sebegitu banyak BERBALOI!!!! dengan apa yang kami perlukan.
>
>Mengapa beli juga kereta PROTON???? Eh suka hatilah mengapa kita nak beli
>kereta keluaran proton. Siapalah kita ni hanya TEA LADY jer tak mampu nak
>beli kereta yang diimport. Jadi sebagai pilihan belilah barangan buatan
>negara sendiri. walaupun barangnya agak mahal tapi diwar-warkan oleh media
>masa mengatakan barangan buatan Malaysia bermutu tinggi. Tak caya
>pandanglah lihatlah dengarlah kempen membeli barang buatan Malaysia. Berilah
>semangat kepada pengguna yang telah membeli barangan buatan Malaysia
>sekaligus telah menyahut saranan kerajaan.
>
>Berjiwa patriotik......kerana membeli barang buatan negara sendiri.....???
>Mungkin ya mungkin tidak....tak usah panjang-pangkan hal ini....tanya diri
>saudara/saudari dulu adakah anda berjiwa patriotik kepada negara anda
>sendiri? Balik dan lihat banyak mana barangan kegunaan anda dirumah yang
>digunakan adalah barang buatan malaysia. Jadi buat nak apa persoalkan
>semangat patriotik atau tidak.....
>
>Alah membeli menang memakai ....beguna juga yer pepatah orang Melayu
>ni.....al-maklumlah org Melayu ni penuh dengan pepatah...pepatah buluh,
>pepatah lemang, dah segala pepatah yang ada.
>
>Sebagai akhir kata.......walaupun rasanya banyak lagi benda nak ditaip jika
>mengikut hati dan perasaan (sebenarnya tak baik mengikut perasaan) kata
>pepatah lagi ish pepatah lagi....mengapa nila setitik rosak susu sebelanga.
>
>Walaupun kami hanya menggariskan beberapa masalah terhadap kereta keluaran
>PROTON dilayar email buat tatapan pembaca yang budiman....jgnlah terasa dan
>cepat mudah melenting. Kami hanya untuk berkongsi masalah yang kami
>hadapi...walau pun kami tahu tiada siapa dapat menolong kami malah hanya
>tahu hanya menunding jari kesaluran yang betul. Berkongsi maklumat kepada
>siapa yang tak tahu. Dari tak tahu jadi tahu.......lepas ni banyakkan makan
>tauhu.
>
>Sedikit sebanyak kini saya telah mengetahui serba sedikit masalah yang sama
>dihadapi oleh pengguna kereta keluaran PROTON dimana pihak yang tertentu
>perlu mengambil berat dan harus memperbaiki kelemahan yang ada.
>Okay....segala ucapan ditulis oleh saya sendiri tidak didorong mana2 pihak.
>
>
>Sekian wassalam
>Rose
Berhati Hati di Jalanraya, Pandu Cermat Jiwa Selamat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Adam <[EMAIL PROTECTED]>