*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalaamu'alaikum. Berapa tahun dahulu, kami ada membuat satu projek perpustakaan kecil. Kami mengumpul derma dan mancari sumbangan derma daripada berbagai pihak. Kebetulan ada seorang kawan saya telah pergi bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz, MB Kelantan. Dia telah memberi sebuah buku sebagai sumbangan. Yang kami sangka dia akan memberi sebuah buku ugama. Apabila kawan saya itu tunjukkan buku itu, saya merasa terkejut kerana ia sebuah buku BIOLOGI. Kami merasa hairan kenapa dia memberi buku itu kepada kami. Daripada itu, kami telah mendapat satu pengajaran.... Tok Guru Nik Aziz bukan seorang yang dikatakan pemikiran hanya bertaraf "pak lebai" yang hanya fikir soal ugama sahaja. Kalau ada orang kata kerja ustaz, pak lebai dan dan ulama Islam hanya berkenaan dengan kitab-kitab ugama sahaja, itu tidak tepat. Maka tidak tepat kalau ada seorang pemimpin Malaysia yang pernah menuduh Nik Aziz tidak layak mengambil tahu tentang hal duniawi, politik dan ekonomi. Maka tertolaklah dakwaan pihak yang mengatakan Nik Aziz berfikiran jumud dan kolot. Sebenarnya Nik Aziz mengatakan bahawa belajar ilmu sains dan teknologi adalah sebagian daripada kewajipan mendalami ilmu. Dengan menghadiahkan sebuah buku Biologi kepada kami, dia mahu mengajar kepada kita bahawa untuk melaksanakan tugas berdakwah, kita perlu kepada pelbagai ilmu. Dalam Al-Qur'an sendiri ada meyebut tentang geografi, astronomi, biologi, fizik, sosiologi, matematik dan sebagainya. Kita perlu sedar bahawa alim-ulama Islam yang silam, bukan sahaja mahir dalam ilmu fekah dan tafsir, malahan mereka ada juga menceburi dalam bidang kajian astronomi, falsafah, perubatan. Imam Fakhruddin Ar-Razi adalah ahli tafsir dan dia juga adalah seorang doktor perubatan. Pernah Imam Nawawi seorang ahli fekah mazhab Syafie cuba meluangkan masanya untuk belajar ilmu perubatan kerana dia berkata bahawa dia mahu belajar kitab perubatan "Al- Qanun fit-Tibb", tetapi ditakdirkan nasibnya hanya menjadi seorang yang menghabiskan umurnya untuk fekah mazhab Syafie sahaja. Bagi saya, masih lagi menjadi tandatanya, kenapa orang Melayu masih lemah dalam sains dan teknologi? Bukankah mempelajari sains, matematik dan teknologi dianjurkan oleh Al-Qur'an sendiri? Cuba perhatikan ayat berikut: Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, atau dari apa yang MEREKA TIDAK MENGETAHUI (Surah YaaSiin 36:36) Perhatikan kata-kata, "apa yang MEREKA TIDAK MENGETAHUI", Allah telah membayangkan bahawa Dia akan membuka kepada umat manusia banyak lagi bidang ilmu yang BELUM diterokai oleh manusia. Oleh itu selain balajar ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, umat Islam tidak boleh tidak, terpaksa belajar dan membuat kajian tentang alam ciptaan Tuhan ini. TIGER ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>