*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"SAYA telah menerima laporan lengkap mengenai kes kununnya Dato' Sri Sanusi 
Junid telah memukul dan menendang dua pekerja Bahagian Perkhidmatan 
Pelanggan KLIA.  Kes ini ini sebenarnya berpunca daripada
silap faham sahaja. Ianya telah diselesaikan dan kedua-dua belah pihak
telah saling maaf bermaafan.  Cuma, isu ini diperbesar-besarkan oleh 
pihak-pihak yang tidak bertangung-jawab, khasnya DAP dan PAS.

Dalam kejadian itu, saya diberitau, Dato' Sri Sanusi telah meminta 
kakitangan terbabit membawa kerusi roda tetapi kakitangan itu membawa troly 
kerana menjangka bekas MB kedah itu mahu mengangkat beg.  Ini menyebabkan 
Sanusi tidak berpuas hati lalu menegur dengan sopan sikap acuh tak acuh 
pekerja berkenaan.

Sambil berungut-rungut, pekerja berkenaan berlalu dari situ tetapi
telah berpatah balik sambil membuka zip seluarnya dan menunjukkan anunya 
kepada Sanusi.  Memandangkan pada masa itu ramai pelancong asing termasuk 
wanita, Sanusi cuba menasihatkan mangsa.  Walau bagaimanapun, mangsa masih 
berdegil malah sanggup menggoyang-goyangkan anunya yang boleh tahan juga 
saiznya itu di hadapan Sanusi.  Sanusi juga diprovok dengan kata-kata kesat 
dan isyarat lucah.

Memandangkan keadaan semakin tidak terkawal, Sanusi cuba memanggil Pengawal 
Keselamatan yang kebetulan membuat rondaan di tempat kejadian.  Bila guard 
sampai, pemuda berkenaan cuba melarikan diri dan ketika itulah dia telah 
bertembung dengan salah seorang lagi rakannya.  Kedua-duanya terjatuh dan 
dihempap deretan troly yang diletakkan di kawasan berhampiran.

Kedua-dua pemuda berkenaan telah cedera di muka dan badan dihempap
troly tersebut.

Oleh yang demikian, tuduhan bahawa Sanusi telah memukul dan menflying-kick 
mereka adalah tidak berasas dan ianya hanya berupa suatu fitnah dan 
pembohongan pihak DAP,PAS dan keADILan yang ingin meraih simpati rakyat 
menjelang Pilihan Raya kecil Teluk Kemang"

-  MUNGKIN INILAH AGAKNYA KENYATAAN DR. MAHATHIR KELAK BILA MENGULAS KES 
SANUSI MEMBELASAH DUA PEKERJA KLIA TEMPOH HARI.


Mawar Berduri.
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke