*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cili Api 84

PEDAS-PEDAS CILI API
(28hb April 2000)



Akhirnya Pak Lah terpaksa mengaku bahawa demokrasi dalam UMNO bukanlah
demokrasi yang sempurna secara mutlak. Dengan kata-kata lain, demokrasi
yang
diamalkan UMNO sekarang ini merupakan demokrasi yang cacat, demokrasi
yang
cela.

Alasan yang diberikan Pak Lah ialah bahawa “demokrasi yang mutlak” tidak

sesuai bagi bagi UMNO. Menurutnya beberapa hambatan (“brakes”) harus
dikenakan kepada demokrasi dalam UMNO demi menyelamatkan UMNO dan
demokrasi
itu sendiri. Jika demokrasi diamalkan secara mutlak, katanya, UMNO akan
berpecah belah.

Alasan ini bukan baru – malah suara Pak Lah di sini kedengaran seperti
suara
burung kakatua yang mengajuk suara tuannya, Cek Det. Alasan itu jelas
merupakan alasan seorang yang tidak menghargai demokrasi tetapi masih
cuba
berselindung di sebalik topeng seorang yang kononnya mencintai
demokrasi.

Pertamanya, asas hujahnya sendiri sudah tidak dapat diterima akal.
Setiap
kali kita bercakap tentang demokrasi mereka akan segera bercakap tentang

bahaya “demokrasi mutlak” atau “demokrasi tidak berbatas”.

Pada hal, bila kita bercakap tentang demokrasi, kita bukanlah bercakap
tentang demokrasi mutlak. Bukankah “demokrasi mutlak” itu suatu konsep
yang
mustahil, kerana suatu suasana kebebasan yang tidak berbendung, dengan
setiap orang bebas melakukan apa yang disukainya, merupakan suatu sistem

yang pasti akan huruhara? “Demokrasi mutlak” sebenarnya hanyalah nama
lain
bagi anarki.

Tetapi inilah putar-belit yang gemar digunakan Cek Det dan Pak Lah
tentang
demokrasi. Setiap kali kita bercakap tentang demokrasi, mereka akan cuba

memutar belit dan mengelirukannya dengan anarki.

Konsep demokrasi memang rapat hubungannya dengan kebebasan, hak asasi
dan
hak menentukan bentuk aturan masyarakat. Tetapi semua hak dan kebebasan
itu
berlaku dalam kerangka suatu tatacara dan adunan institusi yang
tertentu.
Untuk memungkinkan sebuah masyarakat itu dianggap bersifat demokratis
mestilah terdapat tahap tunduk kepada tututan tatacara dan institusi
yang
tertentu dalam menhormati hak dan tanggungjawab.

Jika dalam sesebuah negara, masyarakat, kelompok dan organisasi tidak
dapat
kepatuhan yang asasi terhadap tututan tatacara dan institusi demokrasi
yang
demikian, maka kelompok itu dikatakan tidak mengamalkan demokrasi. Bila
kita
menuntut demokrasi diselamatkan, maka kepatuhan itulah yang kita minta –

bukannya supaya demokrasi mutlak didirikan.

Apa yang sering dikritik orang – dari dalam maupun dari seluruh dunia –
tentang demokrasi di Malaysia bukanlah tidak wujudnya demokrasi mutlak,
tetapi ukuran demokrasi yang asas itu sahaja sudah dilanggar dan tidak
dihormati lagi oleh pihak yang berkuasa.

Sudah berbuih mulut semua pihak menyenaraikan hakikat tentang wujudnya
pelbagai peraturan, undang-undang, peraturan, pelanggaran hak asasi,
yang
berlaku di negara ini. Jawaban yang diberikan kepada kita masih juga
tentang
bahaya “demokrasi mutlak” seperti yang dilakukan Pak Lah ini.

Keduanya, hujah kegemaran Pak Lah dan Cek Det itu sebenarnya menghina
kemampuan berfikir dan kematangan orang UMNO sendiri. Mereka dianggap
masih
belum cukup matang untuk menjadi orang demokrat. Jika kebebasan
diberikan
kepada mereka, maka mereka akan bercakaran dan berpecah-belah – malah
saling
beli membeli dan jual menjual harga diri sesama mereka.

Pada hemat Cili Api, Cek Det dan Pak Lah sendiri tentulah termasuk dalam

manusia jenis ini.

Dalam kehidupan di negara kita – termasuklah dalam UMNO – sejak
akhir-akhir,
peraturan asasi yang dituntut oleh sistem demokrasi itu bukan sahaja
telah
dilanggar, malah telah dirempuh dengan ganasnya. Segala institusi,
segala
tatacara, dan segala hak semua pihak telah dirempuh begitu sahaja –
asalkan
kekuasaan dan cengkaman beberapa pemimpin tua dapat terus dipertahankan.

Jika Pak Lah tidak menghomati dan tidak menghargai demokrasi mengakulah
sahaja. Janganlah cuba berdolak dalik dan mengelirukan rakyat dan orang
UMNO
sendiri  dengan berhujah tentang betapa tidak sesuainya sistem anarki
untuk
negara ini.


Cili Api







 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke