*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dua dua dah mengarut Al-Mangarut:

Ibn Muhajir macam LEMBU dalam kandang: Bila pulak Allah di ibaratkan 
Matahari?? nampak sangat dia tak belajar usulludin yang lengkap.

Yang Ustaz Jamil Lam Al-Qadiri  "....dirinya itu adalah penzahiran Tuhan 
saja dan menyedari kesatuan dirinya dengan Tuhan"  ini apa ni Syeikh? Tuhan 
tetap tuhan, hamba tetap hamba.

Yang sekor lembu, yang sekor lagi Excited tak tentu fasal.




>From: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Wali Sufi 4 Final/sesat
>Date: Tue, 9 May 2000 13:05:01 -0400 (EDT)
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Salam~
>
>Banyak penyelewengan artikel di bawah antaranya:-
>
>mengibaratkan ALlah sebagai Matahari. Ini adalah kias yg paling durjana krn 
>mengkiaskan Khaliq dgn makhlukNya yg tidak dibuat kecuali oleh mrk yg 
>benar2 jahil dlm dasar2 deen.
>
>Walaupun yg mengkiaskannya seorang Mufti Besar sekalipun, maka kiasnya 
>adalah kias batil yg wajib ditentang.
>
>I'tiqad ASWJ tidak menkiaskan Allah dgn makhlukNya.
>
>Allahua'lam, wslm
>
>------Original Message------
>From: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi.......
>
>
>· Perincian Hakikat Maksud Atau Makna WALI
>
>
>ORANG-ORANG Sufi percaya bahawa Aulia' Allah itu adalah warisan keruhanian
>Nabi Muhammad SAW dan baginda adalah ketua hiarki itu. Setiap "waris" 
>hingga
>ke "Khatamul Aulia'" (Penutup Segala Wali) menerima cahaya (nur) dari Nur
>Muhammad (Nurul-Muhammadiyyah).
>
>Wilayah (kewalian) bukan bererti kewara'an, ketaatan atau kesalihan,
>meskipun ciri-ciri itu ada secara kebetulan pada seseorang Wali itu. Yang
>paling penting dalam kewalian ialah ma'rifah (Mengenal Tuhan Sepenuhnya).
>Menurut theory, seseorang itu adalah Wali jika ia memiliki darjat ma'rifah
>di mana beliau dapat mengetahui perhubungan dirinya dengan Tuhan, yang mana
>dirinya itu adalah penzahiran Tuhan saja dan menyedari kesatuan dirinya
>dengan Tuhan. Dengan lain perkataan, seseorang itu adalah Wali sekiranya ia
>seorang Insan Kamil atau seorang yang termasuk dalam golongan yang digelar
>sebagai "Malamiyyah".
>
>Golongan Malamiyyah ini adalah golongan orang Sufi yang paling tinggi
>darjatnya. Mereka ini menyimpan rahsia-rahsia kesufian itu dalam diri 
>mereka
>sendiri. Mereka hanya berdiskusi atau bermuzakarah di kalangan mereka
>sendiri saja. Mereka tidak sekali-kali membukakan rahsia ilmu mereka itu
>kepada orang yang bukan ahli, bahkan seseorang itu memiliki rahsia yang
>tidak diketahui oleh orang yang lain, walaupun mereka itu ahli juga. Orang
>golongan Malamiyyah ini tidak suka "publicity". Mereka lebih suka
>merahsiakan ilmu pengetahuan mereka. Mereka tidak peduli dengan cacian atau
>pujian orang. Hati mereka penuh dengan mengingati dan mengenang Allah.
>Mereka melihat dan mendengar melalui Allah. Mereka kosong dari segalanya
>kecuali Allah. Bahkan diri mereka sendiri pun mereka tidak tahu kerana
>mereka telah tenggelam dalam lautan Ketuhanan yang Maha Dalam.
>
>Dilanjutkan lagi maksud "malamiyyah" itu hingga meliputi :
>
>· 1 -  Semua Anbia' dan Rasul. Nabi Muhammad SAW juga termasuk dalam
>golongan ini.
>
>· 2 -  Sebagai orang Sufi.
>
>· 3 -  Al-Afrad (orang persendirian) seperti Syeikh Muhyiddin Abdul
>Qadir Al-Jailani.
>
>· 4 -  Al-Umana (pengawal).
>
>· 5 -  Al-Ahbab (yang dikasihi).
>
>· 6 -  Al-Warathah (waris), dan lain-lain lagi.
>
>
>Istilah Wali bagi meliputi semua Rasul dan Nabi. Seorang Rasul adalah
>terlebih dahulu seorang Wali yang ditugaskan untuk menyampaikan risalah
>Ketuhanan kepada manusia. Seorang Nabi adalah seorang Wali tetapi berbeza
>dengan Aulia' yang lain kerana ia memiliki ilmu yang unik (tersendiri)
>tentang alam-alam ghaib.
>
>Kewalian itu adalah dasar (basis) semua pangkat keruhanian dan itulah satu
>unsur yang tunggal yang ada pada semua mereka itu. Sebenarnya kewalian itu
>adalah Sifat Tuhan kerana satu daripada nama Tuhan ialah Al-Wali. Istilah
>Wali ini jika dipakai kepada manusia, maka pemakaian itu adalah bagi mereka
>yang telah menyedari keesaan atau kesatuan diri mereka dengan Allah.
>Kewalian ini adalah peringkat umum tetapi Kenabian (Nubuwwah) atau 
>Kerasulan
>(Risalah) adalah peringkat yang khusus. Kewalian adalah keadaan yang kekal,
>tetapi Nubuwwah dan Risalah hanya sementara. Ilmu dalam kewalian tidak
>terbatas kerana ilmu itu sama dengan ilmu Allah dan ilmu Ruh Muhammad
>(Ruhul-Muhammadiyyah), tetapi ilmu dalam Nubuwwah dan Risalah adalah
>terbatas.
>
>
>· Kewalian Dan Khalifah Am
>
>
>KHALIFAH yang sebenarnya, ialah Ruh Muhammadiyyah (Ruh Muhammad) itu. Ruh
>ini sentiasa menzahirkan dirinya dalam bentuk Nabi dan Wali dan setiap
>mereka itu bolehlah digelarkan "Khalifah". Mereka semuanya menzahirkan
>Khalifah Am (Al-Khalifatul-'ammah) itu. Semua mereka itu adalah Wali, pada
>dasarnya. Nabi dan Rasul itupun adalah Wali pada dasarnya. Semua Wali itu
>memperolehi ilmu mereka dari Ruh Muhammad atau Hakikat Muhammad. Di samping
>itu, Nabi dan Rasul memiliki ilmu khusus untuk kerasulan dan kenabian
>mereka. Dalam sifat mereka sebagai Wali, Nabi dan Rasul itu lebih sempurna.
>Ini tidaklah bermaksud seseorang Wali itu lebih sempurna atau lebih tinggi
>dari sebarang Nabi atau Rasul, tetapi bahagian kewalian Nabi atau Rasul itu
>lebih tinggi dari bahagian kenabian dan kerasulannya. Seseorang Nabi itu
>lebih sempurna dari segi `ubudiyyah dari seorang Wali. Tetapi seorang Wali
>lebih sempurna dari segu rububiyyah dari seorang Nabi. Kewalian dan 
>kenabian
>dikira sebagai dua wajah atau dua aspek daripada seorang peribadi.
>
>Semua Rasul, Nabi dan Wali itu termasuk dalam satu golongan daengan satu
>unsur yang menyatukan mereka semua. Unsur ini ialah prinsip aktif dalam
>semua wahyu dan ilham iaitu Ruh Muhammad atau Hakikat Muhammad.
>
>Selanjutnya, bahawa semua syara'i (hukum-hukum ugama) sejak Nabi Adam a.s..
>hingga Muhammad SAW adalah semata-mata penzahiran sementara (temporal
>manifestations) menurut keperluan dan kehendak manusia pada zaman-zaman 
>yang
>berbeza-beza dan sesuai untuk sesuatu zaman tertentu yang terbit daripada
>satu ugama yang sejagat yang bernama ISLAM!
>
>Sekarang ini kerasulan dan kenabian telah tamat. Tetapi Khalifah Am
>(al-khalifatul-`ammah) masih ada dan diwarisi oleh para Aulia' yang menurut
>syariat Nabi Muhammad SAW.
>
>
>- Kesimpulannya -
>
>PATUT diketahui bahawa apa yang dimaksudkan dengan Hakikat Muhammad itu
>ialah satu hakikat atau prinsip yang aktif dalam semua wahyu dan ilham para
>Nabi dan Wali. Ianya bersifat "Universal" (sejagat) dan tidak tertakluk
>kepada zaman dan masa. Prinsip ini hidup dan menyerap dalam alam semesta
>raya ini. Sebenarnya prinsip ini adalah bayangan Alah SWT. Kalau Allah itu
>diibaratkan sebagai matahari, maka Hakikat Muhammad itu bolehlah 
>diibaratkan
>sebagai cahayanya. Cahaya itu menyuluh dan menyinari sekalian makhluk yang
>wujud ini.
>
>Semua Rasul dan Nabi (termasuk Nabi Muhammad sendiri) dan Aulia' Allah
>adalah penzahir (manifestasi) Hakikat Muhammad tersebut. Nabi Muhammad SAW
>itu adalah bentuk sahaja. Seperti juga manusia, badan itu bentuknya tetapi
>hakikatnya adalah Ruhnya. Badan lenyap dan binasa tetapi Ruh terus dan 
>tetap
>hidup sampai bila-bila. Badan tertakluk kepada ruang dan waktu tetapi Ruh
>melampaui ruang dan waktu.
>
>Wallahu ta'ala a'lam.......
>
>Wassalamu.......
>
>Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
>
>
>Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>
>______________________________________________
>FREE Personalized Email at Mail.com
>Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "minyak 7 sirih" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke