*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

Untuk pendaftaran kali ini apakah umur minima untuk pengundi baharu ?

Apakah tarikh lahir minima yang layak mendaftar kerana ini perlu diketahui oleh 
anak-anak muda yang baru cukup umur.

Kita patut sebarkan kemerata tempat seperti universiti, pejabat, masjid dan kilang.  
Kempen rumah ke rumah adalah sangat berkesan, sambil kempen keahlian parti-parti BA.




--

On Thu, 11 May 2000 09:16:13   Info SPR wrote:
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Pendaftaran pemilih 2000 telah dibuka sehingga 19 Jun 2000. Kepada semua
>yang belum mendaftar atau ingin menukar kawasan mengundi sila bertindak
>sekarang.
>
>Anda adalah dinasihatkan tidak mendaftar melalui KEMAS atau sesiapa jua yang
>tidak anda kenali. Mendaftar melalui KEMAS tidak digalakkan sama sekali
>berdasarkan fungsinya umpama Unit Perpaduan Ummah yang ditubuhkan di
>Terengganu dulu. Untuk renungan kita semua:  Di Sanggang pada pilihanraya
>kecil baru-baru ini dianggarkan 700 orang pengundi PAS tidak dapat mengundi
>sedangkan mereka kebanyakannya adalah penduduk tempatan dan tidak mengisi
>borang memindah kawasan mengundi. Ini angkara siapa?....
>
>Jika anda ingin menukar tempat mengundi disebabkan telah berpindah, jika
>boleh, mendaftar dikawasan yang berhampiran (untuk memudahkan anda mengundi
>nanti) dimana kawasan tersebut peluang BA untuk menang adalah besar. Anda
>boleh menggunakan alamat saudara-mara, rakan sekerja atau kenalan. Carilah
>kawasan prospek yang berhampiran dengan anda.
>
>Beberapa kawasan prospek BA: Gombak, Shah Alam, Titiwangsa, Cheras, Bangsar,
>Ampang, dll
>
>Untuk makluman: Persempadanan semula akan dibuat untuk pilihanraya yang akan
>datang. Ini berdasarkan apa yang berlaku pada masa lalu persempadanan semula
>akan dibuat setiap 2 kali pilihanraya. Terakhir pada 1995. Kesempatan ini
>akan digunakan oleh BN untuk memecahkan kawasan undi.
>
>Walaubagaimanapun, dengan strategi ini peluang untuk menang tetap cerah,
>terutamanya dikawasan yang majoriti kekalahan BA adalah kecil dan jika kita
>bersatu dikawasan yang peluang menang adalah besar.
>
>Diminta jua kerjasama kepada anda semua untuk menyebarkan maklumat ini
>kepada semua Rakyat Malaysia yang layak mengundi supaya bertindak sekarang.
>Adalah lebih baik bertindak awal kerana kebiasaannya pendaftaran pada tahun
>akhir sebelum pilihanraya tidak melayakkan anda untuk mengundi. Mengundi
>adalah lebih penting daripada kita berdemonstrasi kerana kuasa sebenar
>adalah dari peti undi.
>
>Ini adalah ikhtiar kita, semoga Allah memberikan kemenangan kepada BA pada
>pilihanraya akan datang.
>
>
>Semakan daftar pengundi melalui web sila ke laman berikut:
>
>http://daftar.spr.gov.my
>
>
>


Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke