*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kronologi Demonstrasi Terbesar di Kaherah, Mesir
-Penentangan Terhadap Penghinaan kepada Allah dan Rasul-

Tidak ada tanda-tanda demonstrasi yang bermula petang Ahad akan reda apatah
lagi penunjuk perasaan bertekad untuk tidak menghentikannya sehinggalah buku
kontreversi "Pesta Rumpai Laut" yang ditulis oleh Haidar Haidar ditarik
balik.

Berslogankan "Allahu Akbar!", "Suara Azhar akan bangkit!", "Kami rela mati
asal Islam tetap hidup!", "Dengan darah, dengan nyawa, kami perjuangkan
Islam!", demonstrasi yang terbesar dalam sejarah Mesir ini menjadi tragedi
dalam negara itu.

Jumlah penunjuk perasaan mencecah 20,000 (dua puluh ribu) orang dengan
penyertaan bukan sahaja dari mahasiswa Universiti al-Azhar, bahkan
Universiti Kaherah dan Universiti Ain Shams turut menghadirinya. Pihak FRU
menggunakan kekerasan untuk meleraikan penunjuk perasaan termasuk dengan
melepaskan 1200 gas pemedih mata dan lebih 4200 das tembakan peluru getah.
Di samping itu, pihak FRU dengan sewenang-wenangnya membelasah penunjuk
perasaan sehingga tidak kurang daripada 200 penunjuk perasaan mengalami
kecederaan yang serius.

Buku ini mengundang kemarahan rakyat apabila diterbit dan diedarkan oleh
Kementerian Kebudayaan di bawah menterinya, Farouq Husni. Farouq Husni dalam
kenyataannya selepas itu menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik balik
kenyataan ini.

Antara isi kandungan buku kontraversi adalah menyamakan Allah dengan
kura-kura yang merangkak di padang pasir, menggelarkan Allah sebagai seniman
yang gagal, menuduh Rasulullah saw mempunyai 20 orang wanita yang dimiliki
secara perkahwinan yang sah, kekasih dan mut'ah, menuduh isteri para sahabat
curang sewaktu mereka keluar berperang dan sebagainya.

Ketua Pengarang akhabar as-Shaab, milik Hizbul 'Amal (Parti Buruh yang
dikuasai oleh al-Ikhwan al-Muslimun), Ibrahim Syukri mempertikaikan
kedegilan Farouq Husni untuk meletak jawatan dan beliau menggesa agar
kerajaan pimpinan Husni Mubarak memecat menteri itu.

Demonstrasi yang tercetus pada petang Ahad, 7 Mei 2000 mula memuncak apabila
pihak FRU menyekat penunjuk perasaan di pintu utama Universiti al-Azhar di
Madinat Nasr, Kaherah sehingga menyebabkan mereka berkumpul di Iskan Tullab
(Penempatan Pelajar) lebih kurang setengah kilometer dari situ.

Sekitar 11 malam, para penunjuk perasaan mula bergabung dengan mahasiswa
yang tinggal di asrama pelajar apabila mereka mula turun dari penempatan
masing-masing secara beransur-ansur. Mereka mula berkumpul di hadapan Kampus
Universiti untuk Siswi dengan jumlah yang mencecah 5,000 orang.

Pihak FRU kemudiannya telah menutup jalan utama dan dalam masa yang sama
para penunjuk perasaan mula melaungkan, "Satu! Dua! Di mana Syeikh al-Azhar
(Sayyid Muhammad Tantawi)? Dengan darah, dengan nyawa, kami perjuangkan
Islam! Farouq Husni, Pengecut, Pekerja Amerika!"

Pada jam 1.15 pagi, para penunjuk perasaan yang mula bertambah lebih 10,000
orang, didatangi oleh Reaktor Universiti al-Azhar, Dr. 'Umar Hashim untuk
bertemu dengan mereka.

1.30 pagi, para penunjuk perasaan mula melimpah jalan utama di hadapan
Kampus Universiti untuk Siswa, manakala ada yang berkumpul di hadapan pintu
pagar universiti dan di bangunan Tariq bin Ziad.

Dr. 'Umar Hashim berucap di hadapan penunjuk perasaan dan meminta mereka
supaya bertenang serta bersurai. Para penunjuk perasaan menyampaikan
tuntutan mereka supaya Farouq Husni dipecat dan dibicarakan. Dr. 'Umar
Hashim berjanji untuk menghubungi pihak yang berkenaan, tetapi para penunjuk
perasaan menolak kerana tidak mahu mendengar janji, sebaliknya mendesak
tuntutan itu dilaksanakan.

Para penunjuk perasaan kemudiannya mula bergerak ke Masjid Nur al-Khattab di
Hayyu Sabie' dan jumlah mereka mula mencecah 15000 orang. Dr. 'Umar Hashim
turut bergegas ke sana dan meminta para penunjuk perasaan untuk pulang ke
kediaman masing-masing. Ada di kalangan para penunjuk perasaan yang akur
dengan permintaan tersebut dengan pulang ke tempat tadi, tetapi demonstrasi
masih tetap tidak dapat dileraikan.

FRU Mula Mengganas

3.00 pagi, Isnin, FRU mula bertindak ganas dengan melempar batu ke arah
penunjuk-penunjuk perasaan sehingga 12 orang penunjuk perasaan termasuk di
kalangan wanita cedera. Para penunjuk perasaan mula berundur ke pintu masuk
universiti.

Pada 4 pagi, Dr. 'Umar Hashim masih berusaha untuk memujuk para penunjuk
perasaan untuk masuk ke dalam kawasan universiti, tetapi gagal kerana para
penunjuk perasaan masih berada di jalan raya sehinggalah 5.30 pagi.

Para penunjuk perasaan mula berkumpul di hadapan masjid universiti secara
aman tetapi FRU tanpa sebarang sebab yang boleh diterima melontar batu ke
arah penunjuk perasaan sekitar jam 11.30 pagi. Kesannya lapan orang
mengalami kecederaan dan para penunjuk perasaan tidak dapat menahan sabar
serta bertindak balas dengan melontar batu juga ke arah FRU.

Keganasan FRU Pertama

FRU bertindak lebih ganas lagi dengan melepaskan tembakan peluru getah
dengan membabi-buta ke arah penunjuk perasaan dan melepaskan gas pemedih
mata sehingga 50 orang penunjuk perasaan cedera dengan pelbagai peringkat
terutama FRU turut membelasah mereka di bahagian muka dan perut.

Tembakan peluru getah dan gas pemedih mata ini berterusan sehingga jam 9
malam berikutnya. Jumlah gas pemedih mata yang dilepaskan secara
berturut-turut ini mencapai lebih seribu kali sehingga lebih 450 orang
penunjuk perasaan rebah.

Keganasan yang Terbesar

Keganasan yang terbesar tercetus pada pagi Isnin apabila 4000 orang penunjuk
perasaan berarak ke Hayyu Sadis selepas FRU menutup jalan dan melepaskan gas
pemedih mata dan peluru getah. Orang ramai yang memerhati demonstrasi ini
turut membantu para penunjuk perasaan yang cedera.

Para penunjuk perasaan ini masih berkumpul di pusat Hayyu Sadis (di hadapan
Hospital Jarahat al-Yaum al-Wahid (Cedera Sehari kerana para pesakit yang
dimasukkan ke sini hanya ditahan selama sehari) dan mereka menuju ke Masjid
Nur al-Khattab. Jumlah penunjuk perasaan ini sekitar 10000 orang. Para
penunjuk perasaan berkumpul di Syarie' Tayaran dengan para pemandu kenderaan
masing-masing melambai-lambaikan tangan tanda sokongan.

Di hadapan Masjid Rabiatul Adawiah, empat buah kereta perisai dan melepaskan
tembakan peluru getah ke arah penunjuk perasaan menyebabkan berpuluh-puluh
tercedera. Dalam masa yang sama, empat orang FRU turut tercedera.

Darah di Rabiatul Adawiah

Para penunjuk perasaan mula berlindung di Masjid Rabiatul Adawiah kerana FRU
masih melepaskan tembakan. Mereka yang tercedera mula dibawa oleh para
penunjuk perasaan dan orang ramai ke tempat yang jauh, serta dalam masa yang
sama pemandu-pemandu kenderaan persendirian turut membantu mereka.

Kereta perisai FRU turut menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila mereka
bergerak di lorang yang bertentangan.

Para penunjuk perasaan cuba untuk kembali ke kampus universiti, tetapi
mereka dihalang oleh FRU dengan tembakan peluru getah sehingga jalan
tersebut bertukar menjadi medan peperangan. Para penunjuk perasaan lelaki
cuba melindungi rakan-rakan mereka yang wanita tetapi mereka dikepung oleh
FRU dari segenap arah.

'Peperangan' berlangsung lebih kurang setengah jam sehingga jam 4 petang
sehinggalah sepuluh buah ambulans tiba untuk memindahkan mereka yang
tercedera ke Hospital az-Zahra', Hospital Hussein, Hospital at-Ta'min dan
Hospital Jarahat al-Yaum al-Wahid. Ada di kalangan mereka yang tercedera
enggan dihantar ke hospital sebaliknya hanya mahu dihantar ke kampus
universiti. Di kampus universiti, para penuntut kuliah perubatan al-Azhar
sudah bersedia untuk memberikan rawatan kecemasan kepada mereka yang
tercedera.

Demonstrasi Kuliah Dakwah

Dalam masa yang sama, lebih kurang 2000 orang penuntut Kuliah Dakwah turut
berdemontrasi di hadapan Pintu Utama Universiti. FRU melepaskan gas pemedih
mata dan menembak peluru getah sehingga para penunjuk perasaan mula
berlindung di Masjid az-Zahra'. Walau bagaimanapun, FRU kemudian menyerbu
masuk ke dalam masjid dan membelasah para penunjuk perasaan di dalamnya
sehingga mereka terpaksa melarikan diri ke Kuliah Pertanian dan kemudiannya
ke pusat pentadbiran. Tetapi FRU terus melepaskan tembakan ke arah mereka.

Tragedi Selasa

Beribu-ribu penunjuk perasaan masih lagi berdemonstrasi di tengah-tengah
kampus universiti dan melancarkan mogok lapar. Mereka turut menolak usaha
diplomasi Kementerian Kebudayaan yang menghantar Pembantu Pertama Menteri
Dalam Negeri, Hakmadar Kaherah, Muhammad Saif, Kolonel Abdullah al-Khauli,
Pembantu Menteri Dalam Negeri, Kolonel Muhammad Sya'rawi yang juga merangkap
Pengarah Keselamatan Am.

Pada hari Rabu, Ketua Jabatan Syariah, Profesor Doktor Hamid Abu Talib,
pensyarah di Jabatan Syariah, Profesor Doktor Solah Zaidan dihantar untuk
berunding dengan para penunjuk perasaan, tetapi gagal.

Pada dua petang, terdapat cubaan mahasiswa luar untuk bergabung dengan para
penunjuk perasaan tetapi mereka dihalang oleh FRU.

Usaha Dr. 'Umar Hashim untuk memujuk para penunjuk perasaan masih cuba
dilakukan tetapi gagal kerana mereka tetap menuntut Farouq Husni dipecat dan
dibicarakan.

FRU mengepung bandar universiti dan menghalang para penunjuk perasaan
daripada keluar dari situ.

Tahanan

Sejak demonstrasi meletus, jumlah para penunjuk perasaan yang ditahan
mencecah 270 orang. Dalam masa yang sama, seramai 40 orang penunjuk perasaan
ditahan kerana cuba menyusup masuk ke kawasan kampus. Terdapat juga dari
kalangan para penunjuk perasaan yang dibenarkan keluar oleh FRU turut
ditahan apabila mereka berbuat demikian.

Pihak keselamatan turut mengawasi pintu-pintu masuk Kaherah dan menahan
mereka yang membawa kad universiti al-Azhar.

Anjing

FRU turut menggunakan 12 ekor anjing dalam demonstrasi ini.



Fakta-fakta Demonstrasi

1. Kementerian Dalam Negeri menghalang para penunjuk perasaan yang cedera
daripada dimasukkan ke hospital. Oleh itu, para doktor yang bersimpati turun
ke tempat demonstrasi untuk merawat mereka yang tercedera.
2. Rakan-rakan penunjuk perasaan di ma'ahad (sekolah) dan cawangan
universiti mengutus surat-surat yang menyatakan sokongan terhadap
demonstrasi tersebut.
3. Demonstrasi ini turut disertai oleh mahasiswa dari Universiti Kaherah dan
Universiti Ain Shams.
4. Kaum wanita bersama-sama anak-anak mereka turut membantu para penunjuk
perasaan dengan menghulurkan buah-buahan kepada mereka. Dianggarkan 128 buah
kenderaan persendirian dilihat membantu para penunjuk perasaan.
5. Lajnah Kebangsaan dibentuk oleh para peguam untuk membela mereka yang
ditahan sepanjang demonstrasi.


Angka Dalam Demonstrasi

1. 1200 gas pemedih mata dilepaskan sejak Ahad lalu.
2. 4200 peluru getah ditembak secara membabi-buta.
3. 150 orang tercedera dalam Demonstrasi Rabi'atul Adawiah.
4. 46 buah trak polis dan 12 kereta perisai FRU.
5. 4 buah ambulans bersiap-sedia di hadapan pintu masuk universiti.
6. 270 penunjuk perasaan ditahan.
7. 500 orang melancarkan mogok lapar selepas demonstrasi reda.


sumber : akhbar elshaab ( Hizb Amal  Mesir)
http://www.elshaab.com

hj mohnas


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "RDCENTER" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke