*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt

Memang benar seperti yang dikatakan oleh Sedara
Yesnoorait dalam madah beliau "Aku Bukan Kamu".  UMNO
dok bersemangat pasal maruah dan ketuanan Melayu
kononnya, tapi hakikatnya kepentingan orang Melayu
depan mata mereka, diabaikan malah diperlekehkan sama
sekali.  Apatah lagi kalau nak sentuh kepentingan
Agama Islam.  Jauh panggang dari api.

UMNO, jangan sekali-kali KAU cuba nak cakap pasal
maruah atau ketuanan Melayu, tapi :

1.  Esah Bokhari (Melayu) murtad, KAU terkedu tak tau
nak buat apa.  Malah KAU sebok salahkan mak bapak
pompuan tu, masalah cinta, tak ramai MURTAD, dll.
2.   DSAI (Melayu) dan keluarganya KAU zalimi,
langsung tak tersentuh hati nurani KAU.  Sebok KAU
canangkan "Pemimpin datang & pergi adalah perkara
biasa".
3.  Jalan-jalan kampung Melayu KAU biarkan dengan
tanah merah atau berlubang-lubang, langsung hati
nurani KAU tak tersentuh tengok orang Melayu menyedut
debu tanah. Agaknya KAU suka tengok orang Melayu cepat
mati.  Macam mana KAU boleh cakap pasal maruah Melayu,
tapi KAU malas nak turun padang tengok jalan-jalan
kampung Melayu sepanjang Batu Pahat - Muar.  Ramai
orang-orang Melayu tinggal di pedalaman Parit-Parit
Sipolan atau Sungai-Sungai Sipolan.  Sengaja aku bagi
contoh kat Johor ni supaya KAU boleh "berbangga"
dengan pemerintahan 100% BN.
4. Air-air paip kampung Melayu yang keluar macam air
mata air langsung KAU tak ambil peduli. Langsung hati
nurani KAU tak tersentuh tengok orang Melayu
terkial-kial nak ambil air sembahyang, nak cebok, nak
masak, nak basuh kain, dll.  Macam mana KAU boleh
cakap pasal maruah Melayu, tapi KAU malas nak turun
padang tengok masalah air paip kampung Melayu di
daerah Muar khususnya. Macam mana KAU boleh jual air
kepada S'pore tapi anak Johor KAU abaikan. Sekali lagi
sengaja aku bagi contoh kat negeri Johor.
5. Orang Melayu buat demo aman, KAU bantai macam
haiwan.  Takkan hati KAU tak tersentuh tengok orang
Melayu menggelupur kesakitan.  Agaknya KAU suka tengok
orang Melayu cepat mati.
6. Tak larat aku nak bagi contoh lagi..rasanya
kebanyakan netters pun tahu akan kepincangan UMNO.

Cuma aku boleh buat kesimpulan bahawa UMNO cakap tak
serupa bikin, tak pandai perintah negara & tak kenal
anak bangsa sendiri.

tq. 


--- rizal <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
> Semalam presiden dia orang berdoa, bagus berdoa
> bukan tak bagus, presiden
> dia orang berdoa selepas memberi ucapan. Setelah doa
> diaminkan bergemuruhlah
> satu dewan dengan tepukan perwakilan dan para
> hadirin.
> 
> Aku pun ketawa berdekah-dekah sebab benda sekecil
> itu pun dia orang tak
> faham, doa adalah ibadah, kita memohon kepada Allah
> raja segala raja dan
> kita hanya hamba yang hina, bertepuk tangan bukan
> dari ajaran Islam tanyalah
> ustaz mana pun asalkan jangan Astora Jabat. Kalau
> kita meminta sesuatu dari
> orang tetapi dalam masa yang sama melakukan apa yang
> orang yang kita minta
> tidak suka macam mana dia nak beri ???
> 
> "Makin confuse aku dengan UMNO"
> ----- Original Message -----
> From: <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Thursday, May 11, 2000 5:45 PM
> Subject: H-Net* untuk pemuda umno yang sedang
> bersidang
> 
> 
> >
> > Assalamualaikum,
> >
> > Tuan2, hayatilah kata2 keramat hang muddin:
> >
> >   Luka Umno, Cederalah Melayu; Pecah Umno, Matilah
> >   Melayu; Matilah Umno, Berkuburlah Melayu."
> >   Begitulah kata-kata semangat Ketua Pergerakan
> Pemuda
> >   Umno, Datuk Hishammuddin Tun Hussein semalam,
> yang
> >   mahukan ahli Umno, terutama Pemuda supaya
> menjaga
> >   parti dengan baik supaya ketuanan Melayu tidak
> hilang
> >   di dunia.
> >
> > Jangan main2 tuan2. Buruk padahnya. Dia orang
> sanggup
> > kering darah asal saja sentuh bab melayu. Kita
> bukan
> > cakap pasal kering darah haid tuan2. Kita cakap
> pasal
> > darah pemuda umno!
> >
> >   Orang Melayu jangan mudah menjual maruah hanya
> >   kerana wang dan pangkat, sebaliknya mereka perlu
> >   mempertahankan hingga titisan darah terakhir
> >   sekalipun papa dan terpaksa menjadi peminta
> sedekah.
> >   Ketua Penerangan Pemuda Umno, Mohamad Supardi
> >   Md Noor, berkata maruah Melayu adalah harta yang
> >   tidak ternilai tinggi dan jika perkara itu
> runtuh,
> >   maka musnahlah bangsa Melayu.
> >
> > Agaknyalah mana lebih tinggi nilainya antara
> maruah
> > melayu dan maruah Islam.
> >
> > Kalau ada masa hayatilah sajak hang muddin ini.
> Senyap
> > sunyi dewan tuan2 (harap2 senyap bukan sebab orang
> > mamum macam piem cakap udah lah):
> >
> >    Beliau yang sebelum ini lantang membahaskan
> ucapan
> >    Ketua Pemuda berjaya membuat dewan senyap sunyi
> >    apabila menyampaikan sajak bertajuk, Aku Adalah
> Aku.
> >                   Aku adalah aku
> >                   merajuk bangsaku
> >                   hari ini aku masih gagah
> >                   mencari esok yang terluka
> >                   tapi hatiku bukan begitu
> >                   biar hatiku ditusuk sembilu
> >                   biar berdarah di hutan batu
> >                   aku masih mampu mencipta harapan
> >                   untuk bangsa anakku
> >                   aku bukan Sultan yang bertakhta
> >                   aku juga bukan Tuah yang
> teraniaya
> >                   jauh sekali Jebat yang membela
> >                   aku adalah insan biasa
> >                   aku yang tidak mimpikan istana
> >                   aku yang tidak gilakan kuasa
> >                   aku yang tidak menjadi
> penderhaka
> >                   aku adalah harta milikku
> >                   biar berjuta janji padaku
> >                   aku adalah aku
> >                   jangan mudah tergoda mulut
> berbisa
> >                   kelak merana anak bangsa
> >                   aku akan terus menjadi aku
> >                   yang mahukan Melayu bertakhta di
> >                      puncak jaya.
> >
> > Yang ini sajak aku untuk pemuda umno (wakil dia
> tolong
> > sampaikan). Tajuk - aku bukan kamu:
> >
> > kamu adalah kamu
> > hari2 cakap pasal melayu
> > macam orang kena candu
> > tak salah bangga dengan melayu
> > asal agama kau letak ditempat nombor satu
> > tapi kamu tak kisah Islam disekeh dipalu
> > bila gadis2 islam dilarikan kristian dan hindu
> > dimana kamu?
> > lena dibuai semangat melayu?
> > nak dibina gereja terbesar ditengah masyarakat
> melayu?
> > itupun kamu buat tak tahu?
> > kayu kayu
> > ada macam2 kayu
> > ada hati kayu
> > ada kuda kayu
> > aku tak mahu jadi kayu
> > sebab itu aku bukan kamu
> > walaupun kita sama2 melayu
> >
> > Hak cipta tak terpelihara; boleh dibincang di
> PWTC.
> >
> >
> >
> >


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: adi purnama <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke