Note: forwarded message attached. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger. http://im.yahoo.com/
UMNO PATUT PERTIMBANG GUGURKAN SLOGAN "HIDUP MELAYU" Dalam kesibukan UMNO mempertikaikan perkataan "Islam" pada sebarang pertubuhan atau gerakan ( sudah pasti ditujukan kpd PAS), mereka juga harus membuka minda seluas-luasnya tentang slogan "hidup Melayu" yang mereka laungkan selama ini. Mengapa? Pertama, ianya sah berbau perkauman. Laungan tersebut boleh diibaratkan sebagai satu doa terhadap masa depan bangsa Melayu. Akan tetapi, atas dasar toleransi yang dianjurkan oleh UMNO sendiri, tidakkah terfikir oleh mereka bahawa laungan tersebut mungkin membawa maksud:- i) Hidup Melayu. Bangsa lain tak boleh hidup ii) Melayu telah mati. Sekarang kena hidup balik iii) Melayu sahaja yang boleh hidup. Selain daripada Melayu tak perlu hidup Kedua, bangsa lain dalam dunia ini tak pernah pun melaung-laungkan slogan hanya untuk bangsanya sahaja. Parti Kongres di India sendiri tidak melaungkan "hidup India". Begitu juga Parti Golkar di Indonesia dan Parti Kuomintang di Taiwan. Malah Parti Komunis China yang merupakan sebuah parti yang besar serta mampu memerintah Tanah Besar China , tidak melaungkan "hidup China". Ketiga, UMNO sendiri tidak sensitif terhadap citarasa parti-parti lain dalam BN dalam melaungkan slogan ini. Tidakkah MIC dan MCA akan turut melaungkan "hidup" yang sama terhadap perjuangan kaum mereka? Ke manakah hala tuju bangsa Malaysia yang hendak kita wujudkan? Hidup ke arah perkembangan etnik tertentu yang semakin sempit atau hidup ke arah memartabatkan kehidupan sejagat secara global? Keempat, slogan ini tidak melambangkan "keIslaman" orang-orang UMNO. Tiada nas dalam Al-Quran yang menyeru kita berdoa untuk kaum kita sahaja. Islam itu luas. Rasulullah sendiri tidak pernah melaungkan "hidup Arab" atau "hidup Quraish". Malah dalam setiap doa kita, kita dianjurkan memohon doa untuk kesejahteraan hidup para muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, baik yang hidup mahu pun yang telah mati. Dalam erti kata lain, doa kita bukan setakat hidup di dunia, malah untuk hidup yang sebenar di akhirat. Kelima, orang UMNO tidak memahami tujuan dan matlamat hidup mereka sebagai orang Islam di atas muka bumi ini. Ada seorang Professor dari UM berkata bahawa Melayu dan Islam itu umpama aur dengan tebing. Ini satu fahaman yang sesat. Ianya memisahkan keadaan diri seseorang. Aur adalah aur, manakalan tebing tetap tebing. Melayu adalah Melayu manakala Islam adalah Islam. Hidup Melayu kerana adanya Islam. Jika Melayu tidak hidup, Allah boleh datangkan apa saja makhluk selain mahkluk Melayu, malah berbentuk nyamuk sekali pun bagi mempertahankan kesucian Islam. Dalam perbahasan moden, tebing tidak lagi memerlukan aur. Telah ada ciptaan dan rekabentuk tembok penahan yang diperbuat dari konkrit, besi keluli, batu gabion dan sebagainya bagi menampung beban luncur tebing dari jatuh ke sungai. Kesimpulannya, slogan "hidup Melayu" sudah tidak lagi relevan. Wajarlah bagi UMNO menggugurkannya dalam tempoh yang terdekat. Wassalam Pak Ng Koo __________________________________________________ Do You Yahoo!? Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger. http://im.yahoo.com/