*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum. Ibu… oh…. ibu. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w bersabda: Ibumu.Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu. Bila orang cakap tentang hari ibu…kitapun tumpang sekaki.Ibu le..katakan,sapa yang tak sayang.Jadi ada le pro dan kontranya.Ada orang kata elok di sambut…sebab mengenang pengorbanan yang telah di curahkan, ada pula yang kata tak perlu di sambut kerana ia adalah merupakan idea orang kafir..kerana sebagai orang islam, setiap hari adalah hari ibu. Itu bermakna segala pergorbanannya perlu di kenang setiap hari.Bagi pendapat mencelah memang benar ,sebagaimana kasihnya seorang ibu kepada anak sepanjang hayat….begitulah juga sebagai seorang anak.Hari ibu ada baiknya juga di jadikan sebagai hari yang paling istimewa untuk si ibu.Ada mengesyurkan itu dan ini sebagai hadiah istimewa,tapi…. si ayah kena bagi apa dekat ibu?haaa.Pokoknya bagaimana kita celebrate..mestilah tak bercangah dengan nilai-nilai murni Islam. Diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya: Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah,mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu. Semasa Rasulullah bersabda, baginda sedang bersandar lalu duduk. Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga baginda berhenti dari menyebut Hadis tersebut . Sebenarnya apa yang mencelah maksudkan ada baiknya kita celebrate dengan nilai murni,ialah dengan cara pehak tertentu boleh mengada majlis yang dapat di manfaat dengan sebaiknya, terutama ibu-ibu muda.Sebabnya,ibu masa kini amat terhad masa yang boleh diluangkan untuk bersama anak-anak.Awal-awal pagi keluar kerja, lewat petang baru balik.Lepas tu kerja-kerja rumah perlu di bereskan,mana nak siapkan untuk makan malam……kemudian buat itu dan buat ini,hari pun lewat malam.Esok bermula lah satu lagi episod kehidupan…macam kitaran hidup serangga.Jadi para ibu perlu memikirkan apa cara supaya anak-anak dapat di `Didik` dan bukannya di `Ternak`. Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, tidak mahu memberi miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegahkan ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-ngadakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta . Kasih ibu le katakan, sakit demam…dia bangun juga masak demi anak-anak,kalau nak harap dekat si bapa, rilek aje…tidur terkangkang.Demam-demampun bangun juga basuh kain. Demam-demampun bangun juga kemas rumah, buat itu dan ini.Itu le….yang di katakan ibu.Bye………:) [EMAIL PROTECTED] (Hak cipta terpelihara) ________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>