*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang IKRAR: SIDANG PEJUANG-PEJUANG PATANI 31 hb Ogos 1989 Bahawa kami pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang pembebasan Patani dengan penuh semangat jihad dan perpaduan berikrar untuk meneruskan perjuangan kami sehingga mencapai kemerdekaan; MENYEDARI bahawa perjuangan ini adalah perjuangan hak asasi yang suci dan mulia yang memerlukan penggemblengan tenaga dan kerjasama seluruh rakyat; BAHAWA penyatuan tujuan dan penyelarasan tindakan telah dicapai dan dimeteraikan di kalangan pejuang-pejuang dengan penuh rasa tanggungjawab; MENYEDARI hakikat sejarah bahawa Patani pernah menjadi sebuah negara Islam yang berdaulat dan merdeka dan berdaulat di Nusantara; DAN sebagai menyahut kebangkitan rakyat demi mengembalikan hak dan kedaulatan negara Patani; DENGAN ini kami mengisytiharkan bahawa: 1. Perjuangan pembebasan Patani ialah perjuangan untuk mencapai kemerdekaan mutlak demi mewujudkan sebuah negara Melayu Islam yang berdaulat; 2. Perjuangan kami adalah perjuangan jihad bersenjata yang diwajibkan oleh Islam dan didukung oleh rakyat Melayu Patani; 3. Kami menentang segala dasar dan polisi penjajah Thai yang sentiasa berusaha untuk menghapuskan akidah bangsa, bahasa dan kebudayaan Melayu Patani; 4. Kami menentang segala bentuk penindasan, kezaliman dan pencabulan hak-hak asasi manusia sama ada dalam bentuk pembunuhan, penahanan tanpa perbicaraan, penganiayaan dan diskriminasi; 5. Kami menentang segala bentuk kerjasama oleh mana-mana pihak dengan penjajah Thai dalam mengambil faedah dan menikmati sumber-sumber ekonomi dan kekayaan bumi Patani; 6. Kami akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang bekerjasama dengan penjajah Thai yang dianggap mengkhianati perjuangan rakyat Patani; 7. Kami menggesa semua umat Islam membantu perjuangan suci kami; 8. Kami menyeru negara2 dan pertubuhan2 yang cintakan kebebasan, keadilan dan kedamaian supaya memberi sokongan moral dan material terhadap perjuangan rakyat Patani; 9. Kami akan bekerjasama dengan mana-mana gerakan pembebasan dan pencinta kedamaian di seluruh dunia terutama dengan gerakan-gerakan Islam; Pengisytiharan ini adalah hasil daripada persidangan di atas yang dianjurkan oleh pihak yg berkenaan dan dihadiri oleh pemimpin dan pertubuhan2 pembebasan di bawah ini: Barisan Islam Pembebasan Patani (BIPP) Barisan Revolusi Nasional-Kongres (BRN-Kongres) Gerakan Mujahidin Patani (GMP) Patani United Liberation Organization (PULO) Semoga Allah memberi pertolongan terhadap perjuangan kami. [Dipetik drpd buku "Hidup Mati Bangsa Melayu Patani"] Free email from http://www.yourmail.cc with choice of domain and multiple personalities ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Yahya Ayyash" <[EMAIL PROTECTED]>