*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Cili Api 90 Pedas-Pedas Cili Api (16hb Mei 2000) Gelagat Rafidah Menggelikan Cili Api kadang-kadang sedih tetapi selalunya geli hati melihat gelagat pemimpin-pemimpin UMNO. Umpamanya, Ketua Gerakan Wanita Rafidah Aziz berkata tidak ada puak-puak dalam gerakan wanita yang dipimpinnya. Tetapi dua hari selepas Perhimpunan UMNO selesai, Si Fidah mencantas sembilan orang ketua wanita negeri yang ada kaitan dengan bekas ketua yang dulu, Siti Zaharah Sulaiman. Nampaknya Mek Siti "sporting" juga orangnya. Dia kata memang menjadi hak Si Fidah menukar-ganti ketua-ketua wanita negeri itu. Cili Api teringat bahawa apabila Mek Siti ini hendak menukar beberapa orang kanannya tahun lalu, beberapa orang yang rapat dengan Si Fidah (dan kalau tak salah Si Fidah sendiri) melompat menentang. Mereka menarik perhatian Dr M @ Cek Det tentang perkara ini. Beliau mengambil keputusan menasihat supaya Mek Siti tidak menggantung tindakan itu. Tentulah nasihat Cek Det diambil sebagai perintah. Naib Presiden UMNO yang baru dipilih, Muhyiddin Yassin berkata bahawa tindakan Si Fidah itu gopoh-gapah. Adakah Muyiddin terperanjat? Dia tentu patut faham dengan gelagat Si Fidah itu. Sekarang dilaporkan bahawa Si Fidah akan berjumpa dengan Cek Det untuk menjelaskan tindakannya. Cili Api hendak perhati apakah nasihat Cek Det nanti kepada Si Fidah. Adakah akan sama dengan nasihat yang pernah diberinya kepada Mek Siti dulu? Jikalau beliau membenarkan tindakan Si Fidah itu, nyatalah kasih sayangnya berat sebelah. Dalam pada itu, Naib Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Sharizat memberikan penjelasan panjang lebar tentang pertukaran ketua wanita negeri yang dilakukan itu. Ada dua perkara yang menarik perhatian Cili Api. Pertama, mengikut Taukeh Sharizat, Wanita hendak membuka peluang kepada pelapis muda, disamping meneruskan khidmat orang lama yang berpengalaman. Ini baguslah. Cuma, orang lama berpengalaman yang tidak diteruskan adalah mereka dalam puak Mek Siti (termasuk dirinya). Kedua, Taukeh Sharizat memberi alasan orang baru yang dilantik itu menjadi anggota Parlimen ataupun DUN. Cili Api lihat ini berbeza dengan trend pemilihan Majlis Tertinggi. Ramai orang baru yang menang dalam MT tidak ada jawatan dalam kerajaan atau pernah ditolak menjadi calon dalam pilihanraya lalu. Cili Api lihat, sikap dan tindakan Si Fidah ini memang banyak bertauladankan sikap dan tindakan tuan besarnya, Cek Det. Cakap tak serupa bikin. Dia cakap hendak tegakkan perpaduan, tetapi dia bikin perkara yang boleh memecahbelahkan. Cek Det memang suka pecahbelahkan UMNO dan orang Melayu supaya beliau senang perintah. Si Fidah semacam hendak menjejakinya. Cili Api tidak hairanlah melihat sepanjang Cek Det membuat ucapan dalam Perhimpunan UMNO baru-baru ini, Si Fidah sentiasa tekun mendengarnya dengan tersengeh dan mulut melopong. Hari Guru Sepi Hari ini Hari Guru. Tetapi tampak sepi sahaja. Tidak ada apa-apa sambutan. Guru adalah golongan yang sangat mulia khidmatnya dalam masyarakat. Mereka pembentuk generasi muda negara. Semasa perjuangan untuk kemerdekaan dulu, mereka memberi sumbangan yang sangat besar. Bahkan, pada suatu ketika, merekalah yang memberi kekuatan pimpinan kepada UMNO. Akan tetapi sekarang ini guru dan profesyen guru tidak dihormati atau dimuliakan sebagai yang sewajarnya. Mereka dibebankan dengan kerja yang banyak, ada kalanya tidak berkaitan dengan profesyen guru. Mereka kadang-kadang terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk menyediakan sesetengah alat mengajar. Pihak pemerintah tidak memberi sokongan atau galakan kepada mereka yang hendak melanjutkan pelajaran. Dibanding dengan pekerjaan lain serta berasaskan kelayakan atau kelulusan yang sama, gaji mereka rendah dan peluang kenaikan pangkat mereka tidak begitu baik. Cili Api mengingati semua guru yang telah mendidik Cili Api sehingga menjadi manusia yang baik. Cili Api salut kepada semua guru kerana khidmat mulia mereka kepada negara dan rakyat. Cili Api ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>