*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Web TV Harakah dilancarkan
               ‘Ein Azmi

               1pm, SEL: Harakah memperkenalkan perkhidmatan web TV bagi
menyebarkan
               maklumat kepada khalayak awam melalui teknologi yang
lebih pantas dalam pelacaran
               rasmi semalam di Kuala Lumpur.

               Majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Presiden
Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dato'
               Fadzil Mohd Noor di Vistana Hotel, dibuat kerana keluaran
Harakah yang terhad didakwa
               tidak mampu menghadapi cabaran media perdana sekarang.

               "Kebenaran berada di pihak yang benar, walaupun Harakah
mengalami banyak tekanan,"
               ulas Fadzil berhubung tindakan Kementerian Dalam Negeri
mengurangkan penerbitan
               akhbar dari lapan keluaran sebulan kepada dua kali
sebulan pada awal tahun ini.

               Web TV tersebut akan meyiarkan berita dalam Bahasa
Malaysia dan English termasuk
               forum serta temubual dengan pemimpin-pemimpin PAS melalui
halaman web
               www.harakahdaily.com.

               Akhbar PAS edisi Internet mencatatkan rekod lebih 700,000
page view bulan lepas dan
               dijangka meningkat satu juta dalam tempoh dua bulan akan
datang.

               "Mereka fikir kita (Harakah) tidak akan bertahan tetapi
IT membantu kita," kata Presiden
               PAS itu lagi.

               Menurut kenyataan akhbar PAS, 30 peratus pengunjung laman
adalah daripada sektor
               pendidikan, 15 peratus adalah pelajar manakala baki
daripada pelbagai sektor termasuk
               teknologi maklumat (IT) dan perbankan.

               Harakah berharap laman tersebut akan menjadi laman utama
media yang berasaskan
               Islam yang bukan sahaja menyebarkan berita mengenai
negara ini tetapi perkembangan
               negara-negara lain.

               Dalam rancangan enam bulan depan, akhbar Internet itu
juga bercadang mempunyai
               kedai maya bagi membolehkan pengunjung membeli buku, tape
dan CD serta download
               ceramah.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke