*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.

Dalam keluarga saya dan isteri, terdapat 17 orang guru (guru besar, guru kanan,
guru biasa). Jadi cerita berkenaan guru ini memang sudah bermacam-macam yang
saya dengar.

Tetapi di sini ada 3 cerita yang saya mahu kongsi bersama dengan sdr/ri.

1. Tahun lepas, salah seorang biras saya menjadi tokoh guru kebangsaan. Sebelum
layak dipilih, macam-macam pegawai dari pihak Kementerian Pendidikan datang dan
temuduga beliau. Satu ketika, sampai 13 orang sekaligus yang menemuduga beliau.
Selepas itu, beliau menerima surat jemputan untuk menerima anugerah tersebut.
Beliau akan di tempatkan di Hotel 5 bintang (+ elaun semua) dan untuk latihan
raptai dsbnya maka beliau dikehendaki datang awal dan bermalam 3 malam di Hotel
tersebut.
Apabila beliau datang dan mendaftar dengan pihak urusetia, pertanyaan yang
mula-mula dikemukakan ialah ,"Eh cikgu, ada saudara mara tak di KL?" Biras saya
jawab,"Ada". "Cikgu tumpang dulu kat rumah saudara cikgu, nanti kemudian cikgu
claim kat kami".
Jadi cerita menginap 3 malam di Hotel 5 bintang tu ....tinggal mimpi sahaja.
Pada hari penganugerahan itu, beliau hanya dapat medal bersalut emas.
Ingatkan dapat duit.
Sampai sekarang, melintang pun tak dapat, begitu juga menegak.
Lepas majlis penyampaian hadiah oleh DrM , kononnya malam itu meraikan tokoh
guru kebangsaan, malangnya, tokoh guru tidak disediakan meja makan khas,
terpaksa berebut dengan sekalian ramai guru lain yang datang sebagai tetamu
jemputan.
Mengikut kata biras saya,"Tokoh guru kebangsaan tu gimik Kem. Pendidikan sahaja,
kerana manfaatnya tidak dinikmati oleh tokoh guru itu sendiri yang kena datang
sendiri dan bermalam dengan saudara mara".
Seorang tokoh guru dari Serawak pada malam itu di sijil penghargaannya
tercatat.."Tokoh guru dari Kuching, Selangor". (Guru itu pun diminta cari rumah
saudara mara di KL). Sijil tersebut ditanda tangan oleh YB Najib . Bila diadukan
bahawa Kuching terletak di Serawak, pihak urusetia
bukan nak membetulkan, tetapi sebaliknya mengatakan,"padam sendirilah...tulis
lain tang yang silap tu". Inilah hasil kerja yang tidak profesional.

2. Biras saya di Kedah pula telah berkhidmat selama 27 tahun, termasuk guru
siswazah selama 23 tahun , HEM selama 8 tahun, guru besar selama 3 tahun, Ketua
pemeriksa kertas geografi SPM selama 18 tahun, Ketua bilik kebal selama 18 tahun
daerah Alor Star Selatan (merangkumi 13 pusat peperiksaan) , Ketua pemeriksa
STPM kertas geografi 13 tahun, panel memberi kursus kepada bakal guru besar 3
tahun, dan berbagai jawatan lain, gaji DG3 pun dah mati tahun ini, masih juga di
DG3. Kawan dia yang lebih junior dan tak ada apa-apa jawatan dan pengalaman
macam dia, dapat DG2.
Itu yang dia hairan dan tidak faham bagaimanakah pemilihan itu dibuat!

3. Kakak ipar saya, 22 tahun sebagai guru siswazah (sains). 6 tahun sebagai guru
kanan/penyelia petang. 13 tahun ketua pemeriksa biologi SPM. Jaga bilik kebal
selama 10 tahun. Warden sekolah selama 8 tahun. 10 tahun sebagai panel
jawatankuasa vetting soalan SPM biologi. Pakar rujuk kepada kementerian
Pendidikan program sekolah bestari. Penceramah motivasi dan matapelajaran
biologi kepada sekolah-sekolah kawasan Hulu Selangor. Baru-baru ini yang dapat
guru pakar biologi ialah junior beliau 3 tahun yang pengalaman kerja dan jawatan
adalah lebih rendah daripada beliau.

Berkenaan dengan guru pakar ini, isteri kawan saya 17 tahun berkhidmat sebagai
guru biologi telah dilantik sebagai guru pakar biologi.


Sekian, wassalamualaikum wbt.

"Haslim, Hassan" wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Well, kekadang bila cikgu yang benar-benar membuat kerja dan menyumbang
> kepada kemajuan murid-murid dan sekolah ni transfer atau resign barulah guru
> besarnya menggelabah. Contoh macam adik saya. Disekolah, segala aktiviti
> kelab, persatuan, sukan termasuk komputer kebanyakkannya dikelolai oleh
> beliau. Segala kursus pun adik saya jugak lah kena pergi...
> Sampaikan pihak kementerian pun kenalkan adik saya dan pihak kementerian pun
> hairan sebab orang lain yang selalu dapat melintang/menegak...
>
> Yang hairannya, adik saya siap dapat anugerah guru cemerlang/terbaik tapi
> bila tang gaji melintang/menegak habuk pun tarak...
> kalau setakat dapat piala/cenderamata yang tak berapa ringgit dan tak laku
> untuk jual/pajak tu, saya rasa tak memberi erti...
>
> So bila beliau resigned, baru guru besarnya menggelabah sebab tak ada orang
> yang nak jadi galang ganti.
>
> -----Original Message-----
> From: Asniza Kamarulzaman [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Friday, 19 May, 2000 2:28 PM
> To: Haslim, Hassan; [EMAIL PROTECTED]
> Subject: Re: H-Net* Teachers explain what's wrong
>
> Assalamu'alaikum,
>
> Terlanjur bercakap tentang guru ni., naklah jugaklah saya mencelah sikit...
> Saya rasa tentang menegak ke menurun ke melintang ke, satu masalahnya,
> tentang ada cikgu yg buat kerja, tapi cikgu besar tak nampak. Contohnya,
> macam cikgu-cikgu yang terlibat dalam projek luar dengan Kementerian
> Pendidikan, penilaian utk mereka bukan dibuat oleh Kementerian sedangkan
> bila kerja mereka cemerlang, yang dapat nama adalah sekolah/cikgu besar.
> Contoh terbaik, saya tengok cikgu2 yang terlibat dengan projek Smart
> School... kejap ke Terengganu, kejap ke KL.. meeting, observe
> coursewarelah...  tapi hasil dari pengorbanan penat lelah mereka berulang
> alik, tinggalkan anak isteri dan anak murid, penilaian prestasi mereka makin
> menurun pulak banding dengan sebelum mereka terlibat dengan projek luar....
> Rasanya perlu penilaian yg sistematik, bukan setakat cikgu besar je nilai,
> termasuklah pegawai dari kementerian sendiri... Kasik point ke...
>
> Lagi satu, tentang Smart School.. Bila saya borak2 dengan kawan2, ada yg
> kurang setuju penggunaan courseware (mungkin gabungan perkataan course +
> software) dipraktikkan di Smart School . Kerana dengan gurulah adanya
> keberkatan ilmu.. jadik bila computer yang mengajar, hilanglah
> keberkatannya... amacam?
>
> -bukan cikgu-
>
> ----- Original Message -----
> From: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Friday, May 19, 2000 12:37 PM
> Subject: H-Net* Teachers explain what's wrong
>
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Assalamualaikum wbt,
> > Saja berminat nak highlight-kan isu guru-guru ni...
> > Dulu masa student, teringin jugak nak jadi guru. Bukan apa, arwah tok dulu
> > adalah guru, ayah guru pencen, emak pernah juga jadi guru suatu ketika
> dulu,
> > adik pernah jadi guru dah resigned... sekarang kerja dengan swasta.
> > Kalau pikirkan gaji... kira antara last choice kalau nak jadi cikgu ni...
> > Adik saya quit disebab oleh beberapa faktor:
> > Kebanyakan guru disekolahnya dulu adalah wanita. Guru lelaki adalah 3-4
> > orang. Saya kira perkara ni sama dikebanyakan sekolah sekarang ni.
> > Disebabkan guru lelaki ni terlalu sedikit, so kebanyakan tanggungjawab
> > aktiviti disekolah seperti sukan, persatuan, majlis-majlis spt hari guru
> > dsb-nya guru lelaki lah yang kena pikul beban paling teruk. Yang
> menyedihkan
> > lagi, apabila time naik pangkat/gaji, yang dapat melintang ke menegak ke
> > entah apa-apa lagi biasanya guru yang kaki ampu yang menjadi favourite
> guru
> > besar yang dapat, bukannya yang guru yang kena kerja teruk.
>
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>

--
-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/freevideo/



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke