*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk Menang Di Parlimen Teluk Kemang Pada 10 Jun 2000 ini

Rakan Pejuang BA Semua,

Majoriti lebih 9000 undi yang diperolehi oleh BN pada pilihanraya lalu
tidak sedikit mengentarkan kita. Malahan kita akan
terus bertekad untuk menawan kerusi Parlimen sekali gus mencipta rekod
satu-satunya di Negeri Sembilan.

Perjuangan 'all-out' mesti dilakukan biarpun BN menggunakan pelbagai
taktik kotor. Kita akan jadikan medan Teluk kemang
sebagai satu lagi ukuran kekuatan kita berbanding dengan lawan dan yang
lebih penting sebagai satu 'latihan' sebenar
menghadapi 'peperangan' politik di kawasan peratusan pengundi 50-50
Melayu dan Bukan Melayu.

Kita sebenarnya menang besar di Sanggang. Malah seluruh penduduk
Sanggang berterima kasih kepada BA kerana dengan
wujudnya BAlah maka BN telah memberikan 'kemewahan' kepada penduduk
Sanggang. Cuba bayangkan BA tak kuat...tak
mungkin penduduk Sanggang akan mendapat apa pun yang diminta secara
'instant' sepanjang tempuh berkempen. Kalau
begitulah gayanya Parti UMNO patut ditukar kepada nama yang lebih tepat
dan betul iaitu Parti Pilihanraya yang berkhidmat
hanya waktu pilihanraya sahaja.

Saya katakan hanya dengan 998 undi sahaja setelah dibahagikan kepada 5
Adun di bawah Parlimen Teluk Kemang. Dahulu
BN menang dengan majoriti 9971 undi maka untuk mendapat majoriti kali
ini kita perlukan lebih separuh dari 9971
menyokong kita. Kemudian kita pecahkan kepada 5 Adun maka setiap adun
hanya memerlukan tak sampai 1000 pengundi
memihak kepada BA. Maka kita tak nampak ianya sesuatu yang terlalu
sukar. Ditambah dengan pengundi baru yang sudah
pasti memihak kepada kita rasanya peluang untuk menang adalah sangat
cerah.

Sahabat-sahabat sekelian,

Pilihanraya kecil seperti di Teluk Kemang 10 Jun akan datang dan
Sanggang yang lalu seharusnya mengajar kita supaya
sentiasa bersedia menghadapi pilihanraya setiap masa. Kita yakin banyak
lagi kawasan akan berlaku pilihanraya kecil. Oleh itu
amat perlu kita tanya diri kita Sejauh Manakah Kita Bersedia Menghadapi
Pilihanraya Di Kawasan Kita pada bila-bila
masa??.

Oleh itu Langkah Kelima Yang Penting kita buat adalah LAKUKAN
'CULA-UNDI' (Mengenal Semua Pengundi) Secara
Terperinci Dan Tepat Di Kawasan Unit Pembuangan Undi Masing-Masing.
Pastikan Daftar Pengundi Terkini berada ditangan
'Polling/Counting Agent'. Selamat Berjuang


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke