*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum wrt.
pertama sekali terima kasih di atas respond
tuan2/sahabat2 hizbi-net di atas pandangan saya yang
lalu.

walaupun respond yang diberikan tidak kuat dan
menyeluruh namun kita tidak mempunyai banyak pilihan. 

kelemahan dan masalah umat Islam hari ini ialah tidak
mempunyai banyak wang. rata-rata pada tahap sederhana
dan di bawah. tidak ramai yang mampu membeli rumah
berharga melebihi RM 150,000. Tidak ramai yang mampu
membeli kereta berharga RM 75,000. Tidak ramai yang
mampu menyara kos pendidikan RM 100 sebulan.

Pokoknya ramai diantara kira kurang berkemampuan.
Kalau berkemampuan pun ianya pada tahap yang
cukup-cukup.

Sebagai susulan - untuk lebih realistik dan mampu
dilaksana saya cadangkan

1. Tubuh tabung pendidikan hizbi-net
2.  Kumpulan penyelenggara hizbi-net boleh menjadi
pemegang amanah atau perlantikan boleh dibuat oleh
kita semua
3. Operasi secara virtual.
4. Kita hidupkan budaya infaq dan wakaf ini melalui
internet. 
5. kerjasama boleh dibuat dengan harakahdaily.com dan
mana-mana institusi yang boleh membantu usaha ini.
6. kaedah pemasaran, tajaan, sumbangan berasaskan
kekuatan internet.

Saya berpendapat, sudah tiba masanya hizbi-net
berkembang lebih jauh selepas hampir 10 tahun
beroperasi. daripada sebuah kumpulan perbicangan
kepada institusi yang boleh membantu masyarakat. 

buat permulaan kita kumpul seorang sikit dari poket
ahli hizbi, sama-sama menyumbang kepada tabung
pendidikan hizbi-net.

bagaimana ianya beroperasi mungkin sahabat2 boleh
pakat-pakat cadangkan.

Selepas saya menjadi ahli hizbi sejak tahun 1994, maka
tibalah masanya kita mengorak langkah ke satu
peringkat yang lebih baik.

saya serahkan kepada kawan-kawan sekelian.
dari tanjung - kota kinabalu.


p/s 1. saya petik dari http://www,jaring.my/tribune
2. tabung tu juga elok kalau kita sumbang sedikit
untuk menampung kos hizbi server and tingkatkan
keupayaan hizbi-net server and etc.




Masing gesa ditubuh tabung pendidikan

SIBU - Masyarakat Iban terutama yang berpendapatan
rendah disaran menyediakan tabung pendidikan untuk
anak-anak mereka bagi membiayai kos pendidikan apabila
hendak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian
tinggi (IPT).

Menteri Pelancongan Dato' Dr. James Jemut Masing
berkata, walaupun kerajaan dan pihak tertentu lain ada
menawarkan biasiswa, pinjaman dan sebagainya untuk
membantu pelajar yang hendak melanjutkan pelajaran ke
IPT, namun begitu kemudahan itu terhad. 

Beliau berkata, oleh kerana kemudahan itu terhad dan
terdapat persaingan di kalangan pelajar yang
me-mohonnya, pelajar yang mempunyai keputusan
pe-periksaan kurang cemerlang tetapi masih layak masuk
ke IPT mungkin tidak berpeluang untuk mendapatkan
kemudahan itu.

Oleh itu, katanya, kalangan pelajar yang tidak
berpeluang mendapatkan kemudahan itu terutama daripada
golongan keluarga yang berpendapatan rendah akan
menghadapi masalah untuk meneruskan pelajaran mereka
ke IPT.

Beliau berkata, antara sebab kenapa pelajar Iban yang
mempunyai keputusan baik dalam peperiksaan tetapi
tidak dapat meneruskan pelajaran mereka ke IPT ialah,
ibu bapa mereka tidak mampu untuk membiayai kos
pendidikan anak-anak mereka.

Sebagai contoh, katanya, kos tambang kira-kira RM400
untuk menghantar anak ke unversiti di Semenanjung
Malaysia sudah cukup untuk membebankan ibu bapa
terutama bagi yang berpendapatan rendah.

"Oleh itu, saya menyarankan kepada semua ibu bapa
masyarakat Iban untuk menyedia tabung pendidikan bagi
anak-anak mereka mulai dari sekarang untuk keperluan
pendidikan dan masa depan anak-anak mereka.

"Ibu bapa perlu menyediakan tabung itu semasa
anak-anak mereka masih kecil lagi atau bermula dari
Tahun Satu sehingga masuk ke universiti, dan saya
percaya mereka mungkin boleh menyimpan sekurang-kurang
RM10 setiap bulan untuk tabung itu," katanya ketika
berucap pada jamuan malam Gawai Dayak Sibu di Dewan
Suarah Sibu di sini malam tadi.

Dr. Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
kawasan Baleh berkata, kalau dikira secara kasar
jumlah tabung itu boleh mencecah RM2,000 dari Tahun
Satu hingga Tingkatan Lima, dan kalau duit itu
disimpan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) ia akan
mendapat dividen dan bonus dan sekali gus menambahkan
jumlah tabung itu.

Menurutnya, sekiranya setiap keluarga masyarakat Iban
terutama yang berpendapatan rendah mempunyai tabung
pendidikan untuk anak-anak mereka, mustahil mereka
tidak dapat menghantar anak-anak mereka ke IPT.

Beliau memberi contoh bagaimana masyarakat bukan
Bumiputera yang juga berpendapatan rendah mampu untuk
menghantar anak-anak mereka ke IPT.

Pada majlis itu beliau mengumumkan sumbangan kerajaan
sebanyak RM10,000 untuk tabung pembinaan Rumah Dayak
di Sibu, sebelum menyampaikan hadiah insentif kepada
18 pelajar UPSR, PMR (6), SPM (20) dan STPM (13) yang
mendapat keputusan cemerlang pada 1999.

Dr Masing juga melancarkan jualan tiket raffle untuk
tabung pembinaan Rumah Dayak Sibu, dan membeli dua
buku tiket mengandungi 20 keping berharga RM100 .

Malah Dr Masing juga menyanyikan sebuah lagu Iban
untuk program suara emas bagi membantu mengisi tabung
Rumah Dayak Sibu itu.

Isteri Dr. Masing turut mempersembahkan tarian ngajat
Orang Ulu dan tariannya yang selama kira-kira tiga
minit itu bernilai RM1,050, hasil tajaan daripada
beberapa tetamu yang hadir dan kutipan itu adalah
untuk Tabung Rumah Dayak Sibu.

Antara yang turut hadir ialah Menteri Pembangunan
Infrastruktur dan Perhubungan Datuk Wong Soon Koh,
Ahli Parlimen Selangau Joseph Mauh, Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) kawasan Ngemah Gabriel Adit
Demong, ADUN kawasan Nangka Awang Bemee Haji Awang Ali
Basah, Temenggong Datuk Tai Sing Chi dan Temenggong
Datuk Lau Hieng Ing.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "=?iso-8859-1?q?PAS=20Tg.=20Aru?=" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke