*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa'alaikumussalam & Assalamualaikum kembali..

Alhamdulillah dengan izin dan RahmatNya.. dapat juga kita menyedut udara 
segar milik Allah.. walaupun cuaca agak panas akhir2 ini.. tapi masih banyak 
nikmat2 lain yang tidak putus2 Allah limpahkan kepada kita semua..

Saya bersetuju dengan point2 cikgunik.. kita ni tak kiralah sesiapapun 
memang selalu mengenang masa yg lepas.. dan agak kurang nak hargai hari ini 
[the present]. Yang sebenarnya, bukanlah sengaja kita ingin mengingat sangat 
hari2 yang telah menjadi sejarah dalam hidup kita tu..cumanya kita sekadar 
ingin menilai balik kelemahan dan kejahilan kita agar dapat kita perbaiki 
lagi ..Tetapi tidak semua orang yang 'melihat kebelakang' or 'looking back' 
[sekadar meminjaman nama buku Tunku Abd Rahman', utk
mengkaji kelemahan diri.. bahkan ramai benar yang mengeluh or berkeluh kesah 
mengenang nasib yang menimpa diri.. sehinggakan kita lupa bahawa apa yg 
telah kita alami itu sebenarnya adalah qada & qadar Allah.. Jika kita yakin 
setiap musibah atau kesenangan yang kita perolehi adalah atas nikmat & 
rahmat Allah belaka.. tak perlulah kita untuk berkeluh-kesah..
Namun hakikatnya, memang Allah telah jelaskan manusia ni sikapnya memang 
berkeluh kesah.. bila Allah beri musibah manusia merungut2, tanpa disedari 
bahawa musibah itu mungkin utk menguji keimanan atau sbg kafarah dosa2 yang 
lalu atau satu cara utk Allah meningkatkan darjatnya.. manusia ni memang 
cepat lupa.. Lupa bila Allah beri kesenangan , manusia jadi tamak, besar 
diri.. lupa nak bersyukur pada Allah.. lupa bahwa kesenangan juga adalah 
ujian dan nikmat dari Allah..
Dan manusia juga lupa bahawa setiap tindakan yang tidak baik atau berlawanan 
dgn perintah Allah akhirnya akan memakan diri juga.

Justeru itu, jika Allah beri kita kesenangan dan kebahgian hari ini.. 
bersyukurlah dan sebaiknya kongsilah kebahgian & kesenangan kita itu dgn org 
lain.. kerana setiap apa yng kita perolehi [rezeki Allah] ada hak saudara 
sesama Islam didalamnya.. kerana mungkin esok kita tak sempat nak berkongsi 
lagi..

Terkenang semasa mengikuti kursus SmartLearning bersama Dr Shukri Abdullah 
dia awal tahun 1990'an dulu.. one of the tips is - setiap kali bangun pagi, 
ucapkanlah happy birthday kepada diri sendiri.. :)
kerana setiap detik dan saat perlu kita hargai.. hargai nikmat Allah supaya 
setiap tindakan kita menjadi ibadah ...

jazakallahi khairan katheera

~cucu tok daud~


>From: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Apa cerita 'hari ini'
>Date: Sat, 20 May 2000 21:58:42 -0700
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Bismillahir Rahmaanir Rahiim
>Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
>
>HARI INI
>
>Sahabat sumua,
>
>anda masih hidup hari ini ?...saya tentulah anda hidup kalau tidak anda tak
>baca tulisan ini. Adakah hari ini amat bermakna untuk anda ?
>
>Anda diharpkan dapat memanafaatkan(ambil faedah ) dengan hidup ini dan
>jalani hidup setiap hari seakan-akan inilah hari yang terakhir buat anda.
>Buatlah hari ini jadi bermakna.
>
>hari kemarin bagaimana pula? Biarlah ..ia berlalu...atau menjadi pengajar
>sahaja. kalau buat salah bertaubatlah pada Allah dan minta maaflah pada
>manusia. Kerana yang pasti kita tak boleh ubah hari kemarin .
>
>Esok pula ?? esok belum pasti datang...entah datang entah tidak kalau kita
>mati malam ini  ..tak datanglah esok.
>
>Oleh itu sekaranglaah. Hari inilah satu-satunya waktu yang boleh diterima
>dan sebaiknya untuk anda.
>
>Tetapi agak malang apabila ...ramai diantara kita yang hidup mengenang masa
>lalu. (kenapalah terjadi begini...kenapa tidak begitu..kalau lah...( kalau
>kemarin pahit deritalah...kalau kemarin manis...dia hanya syok seorang
>(suka-suka sendiri).
>(seperti maksud hadis nabi : allah telah mentakdirkan, dan apa yang
>dikehendakiNya diperbuatNya, kerana mengucap : kalau..." hanya membukakan
>kerja syaitan (HR Muslim)...syaitan boleh menyebabkan kita kecewa dan putus
>asa.
>
>Lalu dengan ini dinasihatkan ...dengan setulus hati...
>
>Lupakan masa lalu, ia telah berlalu selamanya. Manakala kejayaan anda pada
>masa yang akan datang sangat bergantung kepada apa yang ada lakukan hari
>ini . SEKARANG.
>
>JANGAN MEMBUANG MASA DENGAN MENANTI.MENANTI BIASANYA DIIRINGI DENGAN
>KEMALASAN.
>
>Setiap kali bangun pagi. selepas berdoa. kita harus rasa kelahiran hari
>baru (. Buatlah setiap hari menjadi harapan yang mulia. Ketika bangun
>bangulah dengan harapan terhadap hal-hal yang baik, yang akan datang kepada
>anda hari ini . apabila kita membiasakan diri untuk mengharapkan hal-hal
>yang baik, kebiasaannya hal itu akan terjadi
>
>Jika kita berbuat yang terbaik pada "hari ini" yang kita miliki, maka
>setiap "hari esok" kita akan mengurus diri sendiri (tak perlu dibentuk
>lagi...dia terjadi sendiri ) Marilah kita buat hari ini lebih baik dari
>kemarin .
>
>Katakan pada diri kita :
>-Hari ini amat bereti bagi kita.
>-Kita lebih bahagia hari ini.
>-Hari ini kita hanya perlu sedikit usaha sahaja dalam tugas kita.
>-hari ini kita akan tambah sedikit rasa kasih sayang.
>
>Yang paling utama ialah kita katakan :
>Hari ini kita akan lebih dekat kepada Allah S.W.T
>
>Apakah faedahnya kalau kita dapat menjadikan setiap hari lebih baik untuk
>dijalani ?
>(berapa juta kita dapat....)
>
>Faedahnya :
>-kita telah memasuki arus utama kehidupan
>-kitaa mulai hidup yang terarah ke hadapan.
>-kita akan jadi riang
>-jiwa mendapat ilham
>kita akan cenderung mengembangkan yang terbaik untuk diri kita .
>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mona mz" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke