*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ May 23, 2000 Mahathir 'aibkan' rakyat Indonesia ‘Ein Azmi 6pm, SEL: Pemimpin-pemimpin parti politik Indonesia menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah "mengaibkan" mereka apabila beliau menggambarkan reformasi di negara itu sebagai "tindakan ganas rakyatnya". Menjelang pilihanraya lalu, televisyen negara ini menayangkan berapa visual dan laporan tentang perkembangan gerakan reformasi di negara itu yang dianggap negatif, kata Naib Presiden Parti KeADILan Nasional, Datuk Sheikh Azmi Ahmad kepada malaysiakini hari ini. "Dr. Mahathir memberi gambaran negatif itu untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan India," katanya, menjelaskan tayangan televisyen sepanjang sembilan hari menjelang tarikh pengundian pada 29 November lalu. Beliau berkata semua stesen TV negara ini menyiarkan berita dan rencana perkembangan politik yang berlaku pada 13 Mei 1998 di negara jiran itu yang memaparkan visual "potong kepala, membunuh orang dan menyeret mangsa" dari jam 8 hingga 10 malam. Bekas mufti itu berkata, pemimpin politik Indonesia turut menawarkan bantuan untuk berkempen dalam pilihanraya kecil Teluk Kemang pada 10 Jun ini. Tawaran ini bertujuan menjelaskan gambaran salah yang diberikan oleh kerajaan melalui visual ganas itu, kata Sheikh Azmi. Tambah beliau lagi, rakyat Indonesia kini bebas melahirkan pandangan di bawah pemerintahan Presiden baru, Abdur Rahman Wahid atau Gus Dur. Syeikh Azmi berada di sana selama lapan dari bersama Ketua Pemuda, Mohamad Ezam Mohd. Nor dan tujuh pemimpin pemuda KeADILan negeri untuk lawatan muhibbah yang berakhir Ahad lalu. Rombongan itu menemui parti-parti politik utama, Parti Amanah Nasional, Pemuda Golkar, Parti Bulan Bintang, Parti Kebangkitan Bangsa dan Parti Keadilan. Menurutnya, mereka mendapat liputan meluas di media tempatan sama ada akhbar harian, radio dan TV. Sebelum itu, Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah dijemput membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Demokrasi di Asia' dalam satu seminar anjuran Majlis Liberal dan Demokrat Asia di Jakarta. Azizah sempat mengadakan pertemuan dengan Gus Dur, Timbalan Presiden Megawati Sukarnoputri dan Menteri Pembedayaan Wanita, selain beberapa tokoh parti politik dan sahabat-sahabat suami beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>