*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ TAZKIRAH RINGKAS Pada zaman Rasulullah SAW, telah datang malaikat yang menyerupai manusia kepada Baginda SAW dan bertanyakan hal-hal yang berkaitan dengan Islam dengan tujuan sebagai didikan dan ajaran. Salah satu soalan yang telah dikemukakan ialah apakah itu ihsan? Sebagai balasan Rasulullah SAW menjawab, ihsan adalah melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh ikhlas dan hanya diniatkan semata-mata kerana Allah Taala umpama kita melihat Allah Taala di hadapan kita. Jika tidak mampu, ingatlah bahawa Allah Taala sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Dalam hal ini, marilah kita sama-sama cerminkan diri kita adakah selama ini, amal ibadat kita, interaksi kita dengan makhluk lain dan segala jenis perbuatan yang kita lakukan telah diniatkan hanya semata-mata kerana Allah Taala ataupun segala perlakuan itu hanya untuk mendapat pujian daripada orang lain? Ingatlah bahawa sifat takbur, riak dan 'ujub itu hanyalah taktik yang digunakan oleh syaitan LaknatuLlah dalam usaha mereka untuk menghancurkan individu seseorang muslim itu. Cubalah kita renung sejenak adakah sifat-sifat riak, takbur dan 'ujub itu wujud dalam diri kita ataupun tidak. Sekiranya sifat-sifat ini ada dalam diri kita, maka insaflah segera. Ubahlah niat kita agar segala perbuatan yang kita lakukan, bermula dari terbukanya kelopak mata ini sehingga ianya tertutup semula, hanyalah kerana Allah Taala semata-mata. Wallahu a'lam. Shahrir Kasjoo ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: shahrir kasjoo <[EMAIL PROTECTED]>