*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Assalamualaikum 

Surah Yusuf ini seluruh isinya berkisar pada cerita Nabi Yusuf a.s dan
saudara-saudaranya berserta org tua mereka. Cara penurutan kisah Nabi
Yusuf berbeza dengan kisah-kisah nabi-nabi yang lain iaitu kisah Nabi
Yusuf a.s ini khusus diceritakan hanya dalam satu wahyu, sedangkan
kisah-kisah Nabi yang lain disebutkan dalam beberapa wahyu. Isi cerita
dari kisah Nabi Yusuh a.s berlainan dengan kisah nabi-nabi yang lain.
Dalam kisah nabi-nabi yang lain, Allah menitik beratkan kepada tentangan
yang bermaca-macam dari kaum mereka, kemudian mengakhiri kisah itu dengan
kemusnahan para penentang para nabi itu. Berlainan pula dengan kisah Nabi
Yusuf a.s, Allah s.w.t menonjolkan akibat yang baik daripada kasabaran,
dan bahawa kesenangan itu datangnya dari sesudah penderitaan. Allah
menguji Nabi Ya'qub a.s dengan kehilangan puteranya Yusuf a.s dan
penglihatannya, dan menguji ketabahan dan kesabaran Yusuf a.s dengan
dipisahkan dari ibu-bapanya, dibuang kedalam sumur, dan diperdagangkan
sebagai budak. Kemudian Allah s.w.t menguji imannya dengan godaan wanita
cantik lagi dari golongan bangsawan dan akhirnya dimasukkan ke dlm
penjara. Kemudian Allah melepaskan melepaskan Yusuf a.s dan ayahnya dari
segala penderitaan dan cubaan itu menghimpunkan mereka kembali,
mengembalikan penglihatan Ya'qub dan menghidupkan lagi cinta kisah antara
mereka dengan Yusuf a.s.

Apa yang menarik dlm kisah Nabi Yusuf ini ialah diturunkan (diwahyukan)
kepada Nabi Muhammad SAw dan menceritakan perihal kesabaran Nabi Yusuf dlm
menangani segala ujian dan cubaan yang dihadapinya. Memberitahu Nabi SAW
bahawa sebahagian besar manusia tidak akan beriman- walaupun kamu sangat2
mengingnkannya. Dan kamu sekali-kali tidak meminta upah kepada mereka
(terhadap seruanmu ini) itu tidak lain hanyalah pengajaran bagi semesta
alam. 

Dlm kisah Nabi Yusuf tiada peperangan yang berlaku sama ada peperangan
pertumpahan darah dan perebutan kuasa. Halnya berkisar kepada penderitaan
dan kesusahan yang berakhiri dengan kegembiraan. 

Istimewanya surah ini umumnya dikatakan dapat memberi wajah yang bercahaya
disimbahi Nur Ilahi apabila dibacakan oleh ibu-ibu yang mengandung
terhadap anak yang bakal dilahirkan . Ini adalah kerana Nabi Yusuf itu
dikatakan seorang lelaki yang tampan tiada tolok bandingannya. Hinggakan
barangsiapa yang melihatnya akan terpukau dengan ketampanan dirinya.


sekian saya sudahi dengan wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Rose <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke