*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Minggu ini minggu akhir bulan Mei tahun 2000; selain daripada berita-berita
propaganda BN menjelang pilihanraya kecil di Teluk Kemang, kita juga
digemparkan dengan 'Demonstrasi Siber' oleh laman-laman pro-reformasi menuntut
keADILan dalam Parti KeADILan Nasional.

HMM, MACAM TU KALU, BOLEHLAH KOT PI BAGI 'keADILan' kat depa, lepas tu PKN
tukar nama tinggal PN saja….Parti Nasional!!

[Ya lah, nak buat gena, dah depa minta 'keADILan', bagilah keadilan kat depa,
jadi tinggal PN sajalah - alah, nama Parti Nasional (PN) pun glamor juga pa -
bukankah Parti KeADILan pernah diwar-warkan sebagai parti berbilang bangsa
untuk semua rakyat jelata - Parti Nasionallah tu!!]

APA RAA, ORANG DOK KELAM KELIBUT NAK KURANGKAN MAJORITI BN DI TELUK KEMANG,
DEPA PULAK DOK KELAM KELIBUT BEREBUT 'keADILan'!!!

Okaylah, on serious note, di bawah ini adalah pandangan peribadi saya mengenai
isu Parti KeADILan ini:

Pertama sekali, dari sudut politik Melayu, saya melihat PKN ini adalah sebagai
parti pertengahan atau pun sebuah parti persinggahan yang terletak antara UMNO
dan PAS. Cuba bayangkan PKN sebagai sebuah jambatan gantung di sebuah lembah
yang menghubungkan pergunungan UMNO dan pergunungan PAS; di hujung jambatan
yang berdekatan dengan UMNO, majoritinya adalah bekas-bekas ahli UMNO yang
sama ada pro-Anwar atau pun anti-Mahathir atau pun kedua-duanya sekali. Di
hujung jambatan berdekatan dengan PAS pula, majoritinya adalah dari
gerakan-gerakan Islam seperti ABIM, JIM dan mereka2 yg pernah terlibat dengan
gerakan Islam semasa di kampus; mereka ini majoritinya adalah pro-Anwar dan
sekaligus juga anti-Mahathir. Jadi, siapa pula yang terletak di tengah-tengah
jambatan gantung ini?

Saya melihat kumpulan yang terletak di tengah jambatan ini adalah mereka yang
betul-betul pro-reformasi, original punya reformist; mereka turun ke
jalan-jalan menuntut perubahan dan keadilan, bukan kerana mereka pro-Anwar
atau pun kerana mereka kecewa dengan kegagalan kumpulan mereka mendapat tempat
dalam UMNO selepas tersingkirnya Anwar dan Zahid Hamidi, tetapi kerana mereka
sendiri sebenarnya adalah kumpulan yang tertinggal dan tertindas oleh
ketidakadilan dalam negara, baik dari sudut ketidakadilan sosial, ekonomi,
pendidikan dan sebagainya.

Contoh kumpulan ini adalah golongan berpendapatan rendah di bandar-bandar,
daripada yang bekerja sebagai pemandu teksi, attendant hospital, peniaga
kecil-kecilan, pelayan hotel 5 bintang hinggalah kepada pak guard - pak guard
di pejabat kerajaan atau pun swasta. Mereka ini sememangnya tidak mampu
memiliki rumah2 mewah atau pun kondominium di tengah2 bandaraya, lantas
kebanyakannya  cuma end up tinggal di flat-flat, rumah kos murah atau pun
hanya menjadi penumpang di kawasan setinggan.

NEGARA MEMBANGUN DAN BERKEMBANG BEGITU PESAT, TAPI APA YANG MEREKA DAPAT????

Bagi mereka memilih PAS atau UMNO tidak ada bezanya kerana masalah mereka
bukan berkaitan dengan ideologi tapi lebih merupakan masalah survival hidup
seharian. Bagi mereka, perjuangan PKN yang lantang menuntut perubahan
dirasakan sesuai dengan serasi dengan jiwa mereka.

Selain dari itu, termasuk juga dalam kumpulan di tengah jambatan itu juga
ialah golongan kelas menengah Melayu di bandar-bandar, yang sudah bosan dengan
kerenah pihak2 yg berkenaan yang pada pandangan mereka bersultan di hati dan
beraja di mata, baik dari sudut politik, ekonomi, penyalahgunaan  media mahu
pun dari sudut kebebasan sistem kehakiman. Golongan ini mendapat pendedahan
dari sumber yang tak terbatas terutamanya melalui internet dan juga hasil
pergaulan lansung mereka dengan pihak2 berkenaan.

Golongan ini kebanyakannya menjadi boss atau pun pegawai eksekutif di tempat
yang mana golongan 'berpendapatan rendah' di atas bekerja. Hasil gabungan
kedua2 kumpulan ini menyebabkan gerakan reformasi menuntut keadilan merebak
begitu cepat baik di sektor swasta mahu pun sektor kerajaan.

KEDUA-DUA KUMPULAN INILAH SEBENARNYA PEJUANG REFORMASI YANG SEJATI!!

Dan saya juga melihat bahawa kumpulan ini sudah pun wujud, lama sebelum
wujudnya gerakan reformasi dan hatta sebelum wujudnya Laman Reformasi itu
sendiri; dan melalui pembacaan saya selama ini satu-satunya hamba Allah dalam
Jawatankuasa PKN yang begitu komited dan istiqamah memperjuangkan hak-hak
kumpulan ini lama sebelum wujudnya Parti KeADILan itu sendiri adalah tak lain
tak bukan daripada saudara Chandra Muzafar, yang diminta berundur oleh
'Pejuang-Pejuang Reformasi'!!

Saya, sebagai salah seorang daripada ribuan manusia Melayu yang tersepit
dengan kemelut ini sememangnya mengikut perjuangan saudara Chandra Muzafar
sejak dahulu lagi; kerana itu berkesempatan di sini, ingin saya perturunkan
sebahagian daripada tulisan-tulisan beliau untuk sama-sama kita lihat siapakah
Pejuang Perubahan yang sebenar:

Rujuk Makalah PEMIKIR Julai-September 1996:

Mengenai ketidakadilan Ekonomi terhadap golongan pinggiran di bandar-bandar
beliau menulis:

"Sebagai contoh, seorang kerani rendah yang berpendapatan kurang drpd RM800
ringgit dan isterinya yang bertugas sebagai penolong jururawat yang lebih
kurang sama gajinya, sudah pasti tidak mampu hidup selesa dalam persekitaran
bandar. Perbelanjaan bulanan mereka untuk keperluan2 asas seperti makanan,
pakaian, sewa rumah, elektrik, air, pengangkutan dan persekolahan anak2
merupakan bebanan besar yang mereka terpaksa tanggung. Itulah sebabnya
kumpulan pnggiran ini pada lazimnya menghadapi masalah memiliki rumah sendiri"

Mengenai ketidakadilan Politik, beliau menulis:

"Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah antara yang paling ketara. ISA
bertentangan dengan beberapa prinsip keadilan yang terkandung dalam hukum
Syariah. Undang-undang ini mencabul hak individu yang dituduh untuk mendapat
pembelaan yang adil melalui proses perundangan. Dakwaan yang ditujukan kepada
individu berkenaan tidak dapat diperiksa oleh badan yang bebas dan berkecuali.
Keputusan tentang penahanan individu yang dituduh, tidak dibuat oleh badan
kehakiman. Sebaliknya pihak politik yang menentukan nasib tahanan."

Di dalam artikel bertajuk "Keadilan Sosial di Malaysia" ini juga beliau
menyentuh mengenai skandal Perwaja, BMF, kes Tun Salleh Abbas dan banyak lagi;
semuanya berkisar kepada perlunya perubahan atau pun reformasi dalam sistem
keadilan di Malaysia.

NAH! TULISAN-TULISAN BELIAU INI DITULIS PADA TAHUN '1996', LAMA SEBELUM
MELETUSNYA TRAGEDI ANWAR IBRAHIM YANG MEMBAWA KEPADA TERTUBUHNYA LAMAN-LAMAN
REFORMASI DAN PENUBUHAN PARTI KEADILAN ITU SENDIRI!!

Kerana itu, tidak dapat tidak kita meragui tangan-tangan di sebalik
demonstrasi siber atau pun 'tafakur' oleh Laman-Laman web berkenaan.

Secara peribadi, saya melihat bahawa isu tafakur ini ada sangkut pautnya
dengan perebutan kuasa oleh ketiga-tiga pihak di atas jambatan KeADILan yang
saya sebutkan di atas; Anuar Tahir dan gerakan2 Islam di sebelah hujung yang
berdekatan dengan  PAS, kumpulan Reformasi Sejati di tengah-tengah, dan satu
kumpulan yang 'tidak dikenali' yang pada minggu lalu menghayun jambatan di
hujung satu lagi yang menghubungkan mereka dengan parti UMNO!

MUNGKIN KERANA TIDAK TAHAN DENGAN HAYUNAN 'RAKAN-RAKAN' MEREKA SENDIRI, 15
ORANG TELAH MENGISYTIHARKAN KELUAR keADILan DAN MASUK UMNO DI TANGAN DR
MAHATHIR DI ALOR SETAR MINGGU LEPAS!!

[Sila rujuk Utusan Malaysia minggu lepas untuk melihat wajah-wajah 'reformist'
yang begitu girang berjabat tangan dengan YAB Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad]

MUNGKIN SEBAB RINDU, LAMA TAK JUMPA GAMAKNYA!!

Kerana itu, saya melihat usaha untuk menyingkirkan sdra Anuar Tahir, bekas
orang kuat ABIM dan juga sdra Chandra Muzafar, seorang pejuang tulin golongan
marhain adalah sebagai satu usaha untuk menyingkirkan atau mengurangkan
pengaruh kumpulan Berbau Islam dan kumpulan Reformist Sejati dari Parti
KeADILan; mungkin dengan harapan PKN akhirnya akan dapat ditunjang oleh
puak-puak 'yg tidak dikenali' yang masih badannya masih pekat dengan bau nafas
UMNO!!

SIAPA TAHU, MUNGKIN AGENDA MEREKA SETERUSNYA ADALAH MENJADIKAN PKN SEBAGAI
'KUASA TAWAR MENAWAR'  DENGAN DR MAHATHIR UNTUK MEMBAWA PULANG SEMULA PKN KE
PANGKUAN UMNO!!

Ini hanyalah satu spekulasi....

Wassalam,
Ahmad Baharudin KAsbi















 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke