*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, …….sambungan……. Nabi kata, “Di hari qiamat nanti,apabila berada di Padang Mahsyar kelak; amalan umatku dibentangkan di hadapan ku.Maka aku melihat sekecil-kecil kebaikan pun dibentangkan di hadapan ku.Dan aku juga melihat ,sekecil-kecil dosa pun dibentang di hadapan aku.” [ Lalu Nabi hurai, “Yang aku tengok paling kecik kebaikan yang dibentang di hadapan aku ialah seseorang itu membuang duri di tengah jalan.”…Hadis ini cerita waktu zaman Nabi; jadi kalau zaman kita la ni kira macam batu ka atau papan yang ada paku ka,di tengah jalan tu.Lalu kita pun tolong alih la batu tu, takut sat lagi budak-budak jatuh motor terkopak pulak lutut depa bila langgar batu yang dok ada tengah jalan tu. Jadi,waktu zaman Nabi,baginda sebut duri la, pasai atas padang pasir waktu tu pokok berduri banyak. Sambung Nabi lagi, “Duri yang dibuang daripada tengah ke tepi; apalah ada kebaikan sekecil itu.Tapi tetap dibawa oleh ALLAH dan dibentangkan dihadapan ku.Dan aku juga lihat sekecil-kecil kejahatan, iaitu perbuatan seseorang meludah di dalam masjid.Lalu tidak dikambus atau dibuang kahaknya secara elok,maka menyebabkan kawasan masjid menjadi kotor.Bahkan orang yang melihat kawannya itu meludah di kawasan masjid,menyebabkan tercemarnya kesucian masjid (ludah saja; belum lagi kencing / berak); tapi dia tidak tegur perbuatan kawannya itu,maka dia pun dapat dosa sekali.” Apakah ‘point’ ustaz Halim menceritakan tentang hadis ini?…’Point’nya ialah kalau sekecik itupun kejahatan dibawa (hanya meludah di kawasan masjid saja); apatah lagi kalau bangkang hukum ALLAH/ apatah lagi kalau berjuang di atas dasar kebathilan/ apatah lagi kalau mengamalkan sistem yang bercanggah dengan Islam.Apakah ‘kamu’ ingat tidak dibawa semua ni di hadapan ALLAH?…Sedangkan kawan yang meludah tadi ni, dia baru saja keluar masjid yakni baru saja sudah sujud sembahyang,dan walaupun ludahannya itu boleh dicuci, tapi tetap dibentang juga di hadapan Nabi kejahatannya itu.Inikan pula ‘kamu’ yang sembahyang tetapi di luar sembahyang ‘kamu’ menentang perlaksanaan syariat ALLAH.Sehingga ‘kamu’ berhempas pulas supaya syariat ALLAH tidak ditegakkan.Maka dengan sebab itu, ‘kamu’ lagi teruk kena hayun di hadapan ALLAH nanti. Jadi inilah yang Nabi ajar,iaitu bila kita nampak saja kemungkaran,maka cegahlah dengan ‘tangan’ / ‘lidah’/ ‘hati’.Kemungkaran yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. disini ialah bersifat umum,yakni semua jenis mungkar.Dan tidak diizinkan untuk membiarkan kemungkaran tertegak walaupun yang paling kecil.Sebab itu Nabi kata, “Mesti kamu mengikut apa yang telah diajar dan telah aku bawa kepada kamu.” ] Kaedah-kaedah sebeginilah yang diajar oleh ALLAH SWT.Sebab itu,kita mesti faham bahwa cara peribadatan dan jalan manakah yang harus kita tempoh, maka itulah yang dinamakan ‘syariat’. [ ‘Syariat’ ialah pengabdian diri kepada ALLAH,kemudian kita tahu kaedah-kaedah peribadatan dengan mengikut adab-adab/sistem-sistem peraturanNya, baik daripada sekecil-kecil sehinggalah kepada memerintah sebuah negara. ] ‘Syariat’ mesti diutamakan dan dijadikan asas dalam melakukan segala kerja.Dan tidak diizinkan bilamana ALLAH menurunkan syariat dan perintah itu, lalu kita cuba untuk menidakkannya dengan menggunakan logikal akal. [ Sebagai contohnya,dalam ribuan pengajaran,ustaz Halim memilih untuk menyetuh akan seorang insan yang telah mengajar kita akan erti mematuhi syariat ALLAH SWT; iaitulah Ibrahim a.s..Sebab itu,Nabi Ibrahim disebut dengan ‘Abul ambiya`’ yakni bapa segala nabi.Manakala bapa kepada segala manusia ialah Adam a.s. dan ‘Saiyyidul ambiya`’ yakni penghulu segala nabi ialah Muhammad s.a.w. Lalu ustaz Halim ambik satu point yang amat mahal dalam ibadah haji; iaitu bilamana ALLAH SWT memerintahkan Ibrahim a.s. supaya menempatkan Ismail di suatu kawasan yang cukup kering kontang.Sudahlah dapat anak pun umur Ibrahim a.s. sudah lewat yakni ketika 87 tahun.Minta maaf sebut,kalau kita ni tara tu punya umur,kira tak larat nak makan tongkat Ali dah.(Lagi,antara Nabi-nabi yang lambat dapat anak ialah Nabi Zakaria a.s..Beliau lambat dapat Nabi Yahya a.s.) Orang dah lama tak dapat anak, tiba-tiba bila dapat anak, maka tentulah kasih sayang pada anak itu tak berbelah bagi.Tapi tiba-tiba ALLAH perintahkan Ibrahim a.s. tinggalkan Ismail di suatu kawasan padang pasir.Cuba tengok tuan-tuan, Nabi Ibrahim ajar kita erti taat kepada perintah ALLAH.Walhal kalau mengikut logik,apa perlunya ditinggalkan di situ.(Padang pasir tu sekarang dikenali sebagai Mekah al-Mukarramah).Nabi Ibrahim ni orang kelahiran Babylon yang kini dipanggil Iraq.Lalu diarahkan oleh ALLAH tinggalkan Siti Hajar dan Ismail a.s. di padang pasir itu,dan kemudian keluar pergilah bertemu dengan anak saudaranya Nabi Luth a.s., dan seterusnya pergi ke Palestin untuk berdakwah.Itu sejarahnya.Cuba tengok tuan-tuan, bila ALLAH suruh saja, Nabi Ibrahim tak cakap banyak, terus dibawa keluarganya dan dia letakkannya sepertimana yang disuruh oleh ALLAH SWT,sambil mengangkat tangan berdoa yang bermaksud, “Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku telah ikut perintah Mu dengan meletakkan zuriat ku di lembah ini yang tidak ada tumbuh-tumbuhan di sini, yakni di sisi RumahMu Baitullahil Haram.”…Ini bermakna Ka`abah sudah pun ada di zaman Nabi Ibrahim a.s..Sebab itu,ustaz Halim sebut Ka`abah ni sudah pun wujud sejak Nabi Adam lagi.Jadi,Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail hanyalah meninggikan tapak Ka`abah itu sahaja.Sepertimana firman ALLAH yang bermaksud, “Dan ingat ketika mana Ibrahim dan Ismail meninggikan bangunan itu.” …Yang ni kita kena faham,bahwa bukan Nabi Ibrahim yang memulakan membinakan Ka`abah.Kerana Ka`abah sudah sedia ada semenjak zaman Nabi Adam a.s. lagi.Maka sebab itu,Nabi Ibrahim kata bahwa, “Aku letakkan anakku di sisi Rumah Mu yang diharamkan untuk dicerobohi.” …Waktu tu hanya yang ada ialah tapak Ka`abah sahaja,yakni Masjidil Haram belum ada lagi.Mekah pada waktu itu adalah sebuah lembah padang pasir yang kering kontang.Kalau nak ikut logik akal manusia; memang tak logik ALLAH suruh Nabi Ibrahim tinggalkan Nabi Ismail yang masih bayi ketika itu di tempat yang sebegitu.Tapi pasai apa Nabi Ibrahim tak komplen kat ALLAH tentang tempat itu?…Inilah iman,tuan-tuan.Kalau ALLAH kata , “Di situ!” Maka ‘di situlah’ Nabi Ibrahim tinggalkan. Setelah ditinggalkannya; Siti Hajar pun menggeletar kerana dilihatnya sekeliling tidak ada apa pun.Dalam keadaan Ismail pula menangis meronta-ronta,maka mahu tak mahu terpaksa juga Siti Hajar berlari-lari mencari air.Hinggalah dia berlari memanjat bukit Suffah,kemudian dia tengok tak ada air.Siti Hajar lari turun balik, kemudian berhenti tengok Ismail sekejap.Lepas tu,dia lari lagi apabila dia nampak wap panas di tengah padang pasir,yang seakan-akan air pada pandangannya.Dia lari cari air sampai ke Marwah.Tak jumpa air juga, dia lari patah balik.Apabila dia letih, dia jalan sekejap, kemudian dia lari balik, sampai ke Suffah.Lepas tu, dia turun balik.Maka itulah yang seluruh umat Islam lakukan ketika umrah/haji setiap tahun.Oleh itu, barang siapa yang mengerjakan haji/umrah,maka tidak mengapa dia berlari-lari antara Suffah/Marwah.Inilah yang Siti Hajar lakukan dan seterusnya menjadi ikutan kepada seluruh umat Islam sampai sekarang. ] Maka inilah haji dan korban, yang mengajar kita patuh kepada ALLAH dalam keadaan apa saja. [ Kalau ‘Pak Mentua’ (PM) hangpa tu dok main sangat dengan logik akai dia; kemudian disokong pulak oleh puak-puak karat.Hah! cantik, la ni kan musim cuti sekolah, kenduri kendara pun banyak.Kan ka lebih baik bila depa nak buat kenduri, suruh saja depa sembelih kucing daripada sembelih ayam.Bagi puak-puak ni mentahkedarah kucing pulak.Kan ka kucing tu lebih bersih kalau nak dibandingkan dengan ayam.Pasai apa,bila nak kenduri saja, ayam yang kena sembelih?…Tak ka ayam tu kotor; patuh najis sana, masuk lonkang sini.Tapi mengapa kucing yang bersih tak boleh makan?…Kerana itulah ‘syariat’; yang mengajar kita tak boleh makan kucing. Faham ka puak-puak karat ni tentang ‘syariat’?…Kalau tak faham, ok, satu lagi contoh.Bila kita kentut,batal wuduk kita kan.Tapi awat masa kita renew wuduk; kita hanya basuh muka,lengan,kepala dan kaki sahaja? Awat kita tak basuh tang pungkok saja?…Kalau ikut logik akai,tentulah tang pungkok saja yang kena basuh, kan.Tapi itulah ‘syariat’; kerana basuh pungkok tak termasuk dalam rukun wuduk. Inilah kaedah yang ALLAH ajar kita,cara mana untuk layan puak-puak bengong ni.Yakni loyar buruk,dilayan dengan kaedah loyar buruk jugak.Sepertimana ALLAH ajar para nabi menghadapi kerenah kaum yahudi. ] Sebab itu, apa bidang kerja pun ,kita kena ikut ‘syariat’.Contohnya ialah perihal sembahyang.Kita kena tahu orang yang macamana nak dilantik sebagai imam.Kalau kita tak tahu,maknanya kenalah mengaji.Kemudian,dalam susunan saf pula.Iaitu saf depan,lelaki; kemudian kanak-kanak dan wanita di belakang sekali.Mengapa wanita diletakkan di belakang kanak-kanak?…Kerana walaupun dia kanak-kanak lelaki,tapi dia layak jadi pemimpin.Bagi wanita pula,dia hanya layak dipimpin.Sebab itu, sabda Nabi s.a.w., “Hancur suatu umat kalau melantik wanita jadi pemimpin.” [ Selalunya di masjid-masjid, saf kanak-kanak lelaki dipisahkan.Yakni kebelakang beberapa saf daripada saf lelaki dewasa,kerana jika kanak-kanak berada satu saf dengan orang dewasa, maka saf akan putus.Inilah hukum.Kanak-kanak mesti duduk belakang walaupun dia mummayiz,yakni boleh membezakan antara bersih dan kotor.Tapi kalau dia sudah baligh, baru dia boleh duduk satu saf dengan lelaki dewasa.Kita kena faham bahwa ini adalah ‘syariat’ yang diatur oleh Nabi s.a.w. Menurut ustaz Halim; Ibn Abbas ketika kanak-kanak,dia diletakkan oleh Nabi ke saf belakang.Ibn Abbas tak sembahyang fardu dekat dengan Rasulullah,kecuali kalau di rumah,bilamana Nabi buat tahajjud ka apa ka, kadang-kadang Ibn Abbas ikut bertahajjud.Sembahyang malam di rumah,barulah Ibn Abbas duduk tepi Nabi,pasai tak dak lelaki dewasa lain,dan Siti Aishah duduk di belakang sekali. Tetapi dalam bentuk berjemaah di masjid/surau, maka kanak-kanak mestilah ke belakang,walaupun dia dah berkhatan atau dah mummayiz.Yakni selagi mana kanak-kanak itu belum baligh,maka tidak boleh dia duduk satu saf dengan lelaki dewasa.Kerana akan merosakkan saf orang-orang dewasa,serta boleh mengurangkan pahala dan sebagainya.Sebab itu,di masjid/surau, disyorkan bahwa kita buat satu papan kenyataan yang menyatakan kat mana saf khas untuk kanak-kanak.Bukan pasai apa; bimbang sat lagi bila kanak-kanak ni mai awai, sedangkan saf di depan belum lagi dipenuhi, maka dibimbangi kanak-kanak ni nanti pi duduk saf depan pulak.Kita kenalah faham bahwa inilah kaedah yang diajar oleh Nabi yang kita tak boleh nak ubah. ] Maka inilah beberapa contoh ‘syariat’ yang ustaz Halim sebut.Yakni haji pun kena ikut peraturan ‘syariat’Nya; sembahyang pun kena ikut peraturan ‘syariat’Nya; puasa pun kena ikut peraturan ‘syariat’Nya; memerintah pun kena ikut peraturan ‘syariat’Nya.Maka oleh kerana itu, kita buat apa saja, maka ‘syariat’ menjadi asas kekuatan yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan kita. WALLAHU`ALAM. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints! http://photos.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>